
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Tip Jumpa Keluarga Si Dia Buat Kali Pertama, Apa Yang Perlu Korang Buat?

Perkara yang paling mendebarkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga adalah apabila perlu berjumpa dengan bakal keluarga mertua. Mana tidaknya, satu hari nanti mereka juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga korang.
Untuk mengelakkan rasa gugup atau janggal, berikut merupakan beberapa tip yang korang boleh buat sekiranya mahu berjumpa dengan keluarga bakal mertua nanti.
1. Plan

Perkara paling penting tetapi ramai yang lupa. Faktor masa ini adalah perkara paling penting kerana ini akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu.
Elakkan pertemuan secara mengejut. Pilihlah waktu seperti hari raya, kenduri kahwin saudara atau sewaktu dengannya. Kalau nervous, jumpa waktu petang untuk sesi hi-tea adalah yang terbaik.
2. Pakaian sopan

Bagi perempuan, jangan pakai ketat-ketak ya. Pilih pakaian yang sopan dan ikut keselesaan masing-masing. Baju kurung antara pilihan yang terbaik. Bagi lelaki pula, jangan lupa potong rambut dan kemaskan misai serta janggut. Jangan pakai baju gambar tengkorak pula, pilih yang senonoh sikit. Hiks!
3. Bawa buah tangan

Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih seperti kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak perlu nak beri set tudung mahal atau telekung Siti Khadijah, bukan masanya sekarang sebab nanti mereka fikir korang nak ‘beli’ mereka pula.
4. Pandai bersembang dan mesra

Bila dah sampai rumah mereka, janganlah senyum sahaja dari awal sampai balik. Gurau-gurau la sikit dan buat aktiviti dengan keluarganya. Ini juga antara tip untuk hilang gugup.
Elakkan berbual perkara-perkara sensitive seperti politik dan jangan bercerita tentang kehebatan diri korang. Sentiasa menjadi pendengar terbaik ketika berbual dengan mereka.
5. Selitkan pujian

Waktu berbual tu selitkan sedikit pujian, contohnya memuji masakan bakal mak mertua. Confirm mak mertua happy dan ajak korang datang lagi ke rumahnya. Hiks!
Kalau korang tak biasa dengan makanan yang dimasak oleh bakal mak mertua, nak tak nak korang kena belajar juga makan makanan tersebut kerana nanti bila dah kahwin, kalau korang dapat masak macam mak mertua, mesti suami pun happy.
6. Ringan tulang

Bagi perempuan, lepas makan janganlah berat tulang nak bersihkan pinggan mangkuk. Tak salah sekiranya korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Waktu inilah masa yang tepat untuk korang kenal bakal mak mertua dengan lebih rapat.
7. Ada pengetahuan agama

Terutamanya yang lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh doa makan, korang ternganga pula. Kalau nasib tak berapa baik, disuruh ke depan untuk jadi imam dalam solat. So, bersedia ya!
8. Berkenalan dengan bakal adik beradik ipar

Jangan buat muka sombong dan ambil peluang untuk kenal adik-beradik pasangan dengan lebih rapat kerana bila kita dah kahwin, bukan hanya kahwin dengan pasangan tetapi seluruh keluarganya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu segala kekusutan dan kegusaran korang. Hiks!
Sumber: Twt Wedding
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Sebab Perempuan Suka Lelaki Berjambang, Terakhir Itu Paling Penting

Setiap perempuan mempunyai taste yang berbeza terhadap personaliti seorang lelaki. Ada yang suka lelaki clean-shaved, bermisai, berjanggut dan berjambang.
Cuma, apa yang kami perasan, semakin ramai perempuan yang gemar bila pasangan mereka menyimpan jambang.
Nak tahu juga sebab apa sebenarnya perempuan tertarik dengan lelaki berjambang ni. Jom tengok
Lebih bergaya
Instagram: @remyishak
Kalau korang tengok selebriti berjambang seperti Ben Affleck, Keanu Reeves, George Clooney, Ryan Gosling, David Beckham, Justin Timberlake dan Hero Malaya Remy Ishak sendiri, penampilan mereka sangat bergaya walaupun hanya menyarung t-shirt saja.
Misteri

Instagram: @hrisbiismail
Percaya atau tidak, tiada siapa pun yang boleh membaca emosi lelaki berjambang kerana wajah mereka terlindung. They are normally a ‘closed book’. Apa yang pasti, lelaki berjambang adalah mysterious dan itu merupakan kualiti yang seksi!
Bijak
Instagram: @aeril_zafrel
Tak percaya? Cuba tengok tokoh-tokoh penting dan para ilmuan seperti Abraham Lincoln, Alexander Graham-Bell dan Leonardo Da Vinci, mereka semuanya berjambang.
Lebih maskulin
Instagram: @fikryibrahim
Perempuan suka jambang lelaki yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Just nice lah. Bagi mereka, lelaki berjambang ni jauh lebih maskulin dan nampak gagah.
Matang
Instagram: @kamaladli
Kalau ada pasangan yang berjambang, cuba lihat gambar dia sebelum menyimpan jambang. Nampak macam budak sekolah tak? Jadi sebab itu perempuan suka lelaki yang berjambang. Baru nampak abang-abang sikit.
Cuba saja lihat kepada perubahan yang telah berlaku kepada Kamal Adli sejak memenangi Hero Remaja 2007/2008 sehingga dia memenangi hati Uqasha Senrose pada akhir tahun ini. Hiks!
ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya, Kamal Adli Temui Cinta Secara Live
Bagaimanapun, di sebalik kematangan tersebut sebagai lelaki, Kamal masih lagi mengekalkan personalitinya yang gemar bergurau pada tempat dan masa yang bersesuaian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakai Pakaian Sedondon Setiap Hari, Pasangan Jepun Ini Sering Kongsi Foto Sweet Di IG

Satu ketika dahulu, pasangan dari Jepun ini pernah viral kerana memakai pakaian yang hampir sama setiap hari dan memuat naik gambar bersama di laman instagram mereka, bonpon511.
Dua tahun lepas, pasangan ini hanya mempunyai lebih kurang 90 ribu pengikut di instagram, tapi kini followers mereka telah meningkat kepada hampir 800 ribu orang.
Wow, hebatlah grandpa dan grandma ni. Hiks!
Kedua-duanya berumur lebih daripada 60 tahun dan telah mendirikan rumah tangga sejak 39 tahun yang lalu. Apa yang menariknya tentang pasangan ini, ke mana saja mereka pergi pasti mengenakan pakaian sedondon. Macam inilah kan baru relationship goals kan. Hehe!
Sejak mereka memuat naik foto pertama bersama pada Disember 2016, pasangan ini telah pun viral di seluruh dunia kerana memotretkan gambar dan gaya sedondon buat tatapan umum.
Jom kita lihat antara pada pakaian sedondon mereka yang dikongsi di laman sosial. Serius comel dan sweet gila!
Amacam, sweet tak? Apa lagi, tag la pasangan korang. Hiks!
Sumber: 9gag
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





