
Siri filem HARRY POTTER banyak meninggalkan kenangan yang cukup hebat buat ramai remaja di luar sana.
Malah tak salah REMAJA katakan bahawa ramai antara korang membesar dengan menonton filemnya yang bermula dari tahun 2001 sehinggalah yang terakhir pada tahun 2011.
CUBA JUGA: Lagu K-pop Paling Ngam Dengan Personaliti Korang
Disebabkan itu jugalah siri yang diadaptasikan daripada novel karya J.K Rowling ini mempunyai tempat istimewa di hati ramai golongan remaja.
Kali ini REMAJA nak ajak korang cuba kuiz personaliti HARRY POTTER! Jom sama-sama kita cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aamir Khan Umum Rehat Berlakon, Mahu Luangkan Lebih Masa Bersama Keluarga

Bagi peminat naskhah Bollywood, pasti mengenali bintang popular seorang ini. Membesar dengan setiap naskhah jejaka bertubuh sasa ini semestinya akan memuji setiap gerak geri hebat menerusi karakter yang dimainkannya.
Terbaharu, pelakon terkenal, Aamir Khan, membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk meluangkan masa lebih banyak masa bersama keluarga tercintanya.
Perkhabaran tersebut didedahkan pelakon filem popular 3 Idiots itu, semasa tayangan perdana filem Salaam Venky, pada Rabu. Pelakon itu yang dalam perancangan menerbitkan sebuah filem turut memaklumkan telah menarik diri sebagai watak utama dan kini sedang mencari aktres yang sesuai bagi menggantikan tempatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Mantap Aamir Khan Sentuh Hati Penonton Dalam Laal Singh Chaddha

Menurut laporan portal NDTV Movies, Aamir bagaimanapun akan membuat kemunculan semula selepas setahun ‘berehat’. Ini kerana, superstar itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya sering menimbulkan kekesalan apabila tidak banyak masa bersama anak-anaknya ketika mereka membesar.
“Saya tidak buat apa-apa, saya pun sudah lama bekerja. Jadi, pada waktu ini saya mahu meluangkan masa bersama keluarga. Namun, saya akan kembali berlakon selepas setahun.
“Bagaimanapun, anda semua boleh menonton saya dalam filem Saalam Venky ini yang berperanan membawa watak kecil menerusi naskhah ini,” katanya.

Sekadar informasi, lakonan terakhir Aamir Khan menerusi filem berjudul Laal Singh Chaddha, lakonan bersama bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapor. Namun begitu, naskhah berkenaan kurang mendapat sambutan sehingga dia terpaksa menanggung kerugian.
Filem tersebut ditayangkan pada Ogos lalu dan hanya meraih jumlah kutipan sebanyak kira-kira RM33 juta.
SUMBER FOTO: Instagram Fanpage Aamir Khan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa Status SPM, STPM & Peperiksaan Utama Lain Selepas PKP Diumum? Ini Kata KPM

Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mendatangkan pelbagai persoalan kepada para pelajar dan pengajar berkenaan status peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan peperiksaan utama lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan medianya sendiri demi menjawab persoalan tersebut berdasarkan kepada kawasan berstatus PKP, PKPB dan PKPP.
ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan Pengisytiharan DARURAT Kepada Agong Tidak Bermaksud ‘Tentera Memerintah’, Cuma.. – REMAJA
Sekolah Di Kawasan PKP
Sesi sekolah secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia serta peperiksaan antarabangsa yang setara dengannya bagi sesi 2020 dan 2021.
Ini juga melibatkan pelajar sekolah berasrama penuh yang dibenarkan pulang ke kampus mulai 16 Januari ini. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah agar pelajar dan penjaga dibenarkan merentas negeri dan daerah.
Bagi pelajar di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 4, korang perlu meneruskan pembelajaran secara online dari rumah mulai 20 Januari ini. Ini juga melibatkan pelajar Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM di Kolej Vokasional.
Bagi pelajar yang akan menduduki ujian petaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, calon yang masih belum mendudukinya boleh mengikuti petaksiran dari 20 hingga 29 Januari 2021.
Bagi pelajar yang akan menduduki pentaksiran kemasukan Tingkatan 4, ia akan diadakan dari 15 Januari hingga 25 Februari 2021. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh KPM untuk calon merentas negeri atau daerah untuk ke pusat pentaksiran.
Sementara itu, pelajar kolej matrikulasi yang sudah berada di kampus perlu kekal di kolej masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hibrid.
Sekolah Di Kawasan PKPB & PKPP
Institusi pendidikan di bawah Kementerian dan yang berstatus swasta di kawasan ini adalah berdasarkan takwim masing-masing.
Pelajar dibenarkan untuk mengikuti takwim yang ditetapkan asalkan mengikuti norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
*
Sementara itu, satu sidang media khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada jam 4 petang ini.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Joe Flizzow Akui Terima Tawaran Reunion Too Phat, Serah Keputusan Kepada Malique

Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow menyatakan bahawa beliau sedia untuk berkolaborasi bersama rakan seperjuangannya, Malique walaupun ditawarkan dengan bayaran rendah.
Ini susulan Malique yang kini memberi bayangan seolah bakal kembali aktif dalam dunia seni dan mula meraih perhatian peminat apabila beliau mula membuka akaun Instagram sejak hujung Februari lalu.
Walau bagaimanapun, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak (46) berkata, beliau hanya mampu menunggu kata putus daripada Malique untuk menghidupkan semula nostalgia kumpulan Too Phat seperti dahulu.


“Saya terbuka berkolaborasi bersamanya (Malique), walau dibayar RM1 pun saya akan lakukan malah kalau tiada bayaran juga saya tak kisah”
“InsyaAllah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, terpulang kepada awak bro. Keputusan di tangan awak, saya sentiasa bersedia. Kalau saya yang kena bayar pun saya akan buat,” katanya.
Pada masa yang sama, pelantun lagu Havoc itu juga mengakui menerima pelbagai tawaran untuk sepentas bersama Malique. Namun, beliau terpaksa akur jika mereka belum dapat berkongsi pentas lagi.


“Saya dapat banyak tawaran persembahan dengan Malique. Kalau saya nak cakap jumlah tawaran diberikan, rasanya tinggi nilainya”
“Saya selalu cakap wang bukan segala-segalanya. Mungkin ada pihak penganjur menganggap bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya untuk membuat persembahan dengan dia”
“Sejak dia membuka akaun Instagram, semakin banyak penganjur menawarkan tawaran persembahan untuk Too Phat,” ujar Joe.

Dalam pada itu, Joe menganggap kehadiran semula Malique sebagai sesuatu yang perlu diraikan serta beliau turut menegaskan mereka masih belum berhubung walaupun Malique dipercayai akan buat kemunculan semula bagi menggegarkan industri muzik hip hop tanah air.
Sebelum ini, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim (48) mengejutkan para peminat apabila muncul dengan akaun media sosial rasminya iaitu @maliqueibrahimqarma.
Namun, Malique yang terkenal dengan gelaran ‘Mr. General’ kekal dengan prinsip untuk tidak memuat naik sebarang foto yang memaparkan wajahnya.
Sekadar info, selepas pembubaran Too Phat pada tahun 2007, Malique mula bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam sebarang platform media tetapi terus aktif menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir.
Sumber: Artikel Ini Diolah Daripada Kosmo Online!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

