Bagi sesetengah pelakon, meninggalkan karakter selepas selesai menjalani penggambaran mungkin bukan perkara mudah.
Situasi sama turut dilalui pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi, apabila penghayatannya terhadap watak Abbas dalam KUDRAT1968: High Council dikatakan terlalu mendalam sehingga karakter tersebut terbawa-bawa ke kehidupan hariannya.
Lebih mengejutkan, Zarif mendedahkan dia pernah secara tidak sengaja memarahi rakan serumah hanya kerana perkara kecil.
‘Abbas’ Sampai Terbawa Balik Rumah
Menurut aktor berusia 22 tahun itu, perkara tersebut berlaku kerana dia perlu benar-benar mempercayai karakter Abbas bagi memastikan watak itu dapat disampaikan dengan meyakinkan kepada penonton.
“Of course, bila kita percaya, sebab kami sebagai pelakon, kami perlu percaya. Saya perlu percaya yang watak ataupun roh Abbas itu masuk ke dalam saya supaya saya dapat keluarkan watak Abbas daripada segi lakonan. Bila saya sendiri percaya, penonton juga boleh percaya bahawa saya memang itu bukan saya, itu bukan Zarif Ghazzi, itu adalah Abbas.
“Memang ada sampai saya terbawa balik rumah. Saya tiba-tiba termarah housemate saya sebab just a small thing, macam dia terlupa nak cuci pinggan atau apa. Bila saya masuk bilik, saya diam-diam fikir, kenapa saya nak marah kawan-kawan saya, housemate saya? Itu adalah Abbas, itu bukan saya.
“Jadi antara cara untuk saya keluarkan Abbas ini, saya just perlu bercuti, pergi bercuti di mana-mana, di laut atau tempat-tempat yang nature. Alhamdulillah, sekarang dah tak ada side effect,” katanya kepada Gempak.
Ads
Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media KUDRAT1968 yang berlangsung di TGV Suria KLCC.
Bukan Emosi Sahaja, Fizikal Pun Terjejas
Menariknya, kesan daripada watak Abbas bukan sekadar melibatkan emosi.
Zarif turut mendedahkan karakter tersebut masih meninggalkan kesan terhadap dirinya sehingga kini, termasuk pengalaman berdepan rasa berdenyut pada bahagian kepala ketika menjayakan watak berkenaan.
“Sejujurnya Abbas masih kekal dengan saya, dia masih ada. Macam contohnya sebelum ini saya kurang ada urat di kepala, jadi waktu saya melakonkan watak Abbas ini, antara side effect yang saya kena ialah urat itu dah sampai ke telinga, dia berdenyut-denyut.
“Saya pergi kepada doktor dan doktor just cakap saya memang kena rehat. Saya tak cukup rehat, saya terlalu depressed dan sebagainya. Semuanya demi untuk menghasilkan watak Abbas,” ujarnya.
Ads
Walaupun melalui pengalaman yang agak mencabar, Zarif menganggap apa yang dilaluinya sebagai sebahagian daripada perjalanan untuk menghidupkan karakter tersebut dengan sebaik mungkin.
‘Give It To Me’ — Zarif Tak Takut Cabaran
Bagi pelakon muda itu, setiap karakter mempunyai cabaran tersendiri dan dia bersedia melakukan perubahan yang diperlukan demi memastikan watak yang dibawakan benar-benar meyakinkan.
Malah, kecintaannya terhadap dunia lakonan membuatkan dia tidak kisah sekiranya perlu berdepan perubahan fizikal atau cabaran yang lebih berat untuk sesuatu peranan.
“Bagi saya ini adalah journey saya untuk melakonkan watak Abbas. Walaupun saya kena effect apa-apa, itulah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk melakonkan tak kisahlah watak sesusah mana atau se-challenging mana pun.
Ads
“Saya memang bermati-matian. Saya memang minat berlakon. Jadi tak kisahlah, bagi saya watak yang saya perlu kurus kering, watak kanser pun saya tak ada masalah. Jadi watak askar, atlet, actor, just give it to me and I will do it my best. I will give 100% for that role,” ujarnya lagi.
Untuk yang mengikuti dunia High Council, KUDRAT1968: High Council merupakan prekuel yang membawa penonton menyelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.
Kisah tersebut menjadi titik awal kepada dunia yang sebelum ini diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Naskhah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
Jadi, kalau korang tertanya-tanya bagaimana semuanya bermula sebelum kisah High Council yang dikenali ramai, jawapannya bakal terungkai menerusi KUDRAT1968: High Council. Filem ini bakal menemui peminat di pawagam pada 11 September ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang ni ada macam-macam movie best yang sedang ditayangkan di pawangam. Antaranya Charlie's Angel, Pusaka, Frozen 2 dan filem animasi Malaysia Ejen Ali pula dijadualkan pada minggu hadapan.
Biasanya harga averange tiket wayang dalam RM17 untuk dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak. Kalau dah setiap movie korang nak tonton, rabak juga la poket kan.
Nah, baru kami tahu TGV ada promosi bagi mereka yang menggunakan Maybank Credit/Debit Card holder. Menurut perkongsian daripada Mastura Abu Bakar, korang boleh mendapatkan harga tiket wayang dewasa dengan hanya RM8.50 dan kanak-kanak RM4.50 saja.
Tapi, korang perlu membuat pembayaran melalui Maybank Credit/Debit Card dan diskaun ini hanya sah untuk tayangan hari Sabtu sahaja.
Okay la tu kan, hari cuti. Jadi ramai yang boleh ke panggung untuk menonton.
Berikut merupakan step by step yang dikongsi oleh Masturah tenang macam mana nak dapatkan harga diskaun tiket tersebut.
1. Buka website/aplikasi TGV, cari movie yang korang nak tonton dan pilih book now
2. Kemudian, pilih tarikh (Sabtu), lokasi dan masa tayangan
3. Kalau korang malas nak sign in, just continue as guest
4. Masukkan details korang
5. Pilih seat
6. Diruangan partner offers tu, korang klik pada anak panah ke bawah
7. Kemudian, korang tolak order classic tadi dan tambah pada partner offers tu nak berapa banyak tiket dewasa dan kanak-kanak
8. Siap!
9. Selepas itu, akan keluar pilihan F&B tapi kalau korang tak nak just tekan pay
10. Okay masukkan details kad korang disini. Jangan tekan online banking dekat bawah tu sebab nanti tak dapat diskaun. CVV tu 3 digit nombor di belakang bank. Jangan risau sebab sebelum pembayaran dibuat, mereka akan request TAC number
11. Selesai. Korang akan dapat QR code, screenshot dan simpan. Nanti masa nak masuk korang tunjuk je dekat kaunter
Mudah je kan? Berbaloi pula tu. Weekend ni bolehlah ajak kawan-kawan pergi tengok wayang. Bestnyaaa..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai majlis pernikahan dan resepsi mereka pada sidang media yang akan berlangsung Isnin ini.
Undangan rasmi yang dinamakan Sidang Media Walimatul Urus Bella Astillah & Syed Saddiq mula diterima organisasi media hari ini.
Sidang media berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang di sebuah pusat acara di sini, sekali gus dijangka menjadi platform untuk pasangan itu menjelaskan lebih lanjut mengenai persiapan hari bahagia mereka.
Bakal Disatukan 10 Oktober
Sebelum ini, Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, mengumumkan bahawa mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober ini di aras 118, Menara Merdeka Maybank, di sini.
Selain majlis akad nikah, pasangan berkenaan turut dilaporkan merancang beberapa majlis resepsi yang bakal diadakan di sini, Muar, Johor dan Sabah bagi meraikan penyatuan mereka bersama keluarga serta tetamu jemputan.
Untuk majlis akad nikah pula, konsep serba putih yang diselitkan elemen Arab atau Islamik dikatakan menjadi pilihan atas permintaan keluarga.
Dari Pertunangan Ke Hari Bahagia
Kisah pasangan ini menuju ke alam rumah tangga bermula apabila mereka mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga serta teman rapat kedua-dua belah pihak.
Kini, semakin hampir dengan tarikh pernikahan, persiapan Bella dan Syed Saddiq dilaporkan semakin rancak apabila pasangan itu mula mengedarkan kad undangan kepada tetamu yang terdiri daripada pemimpin negara dan kenamaan.
Mohon Pandangan Sebelum Bergelar Suami Isteri
Dalam usaha mempersiapkan diri menuju alam perkahwinan, Bella dan Syed Saddiq sebelum ini turut meluangkan masa hampir dua jam bersama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pertemuan tersebut antara lain memberi ruang buat pasangan itu mendapatkan pandangan serta nasihat berkaitan kehidupan berumah tangga.
Syed Saddiq juga dilaporkan sudah menyerahkan kad undangan kepada beberapa tokoh penting termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Sedondon Busana Tradisional Melayu
Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut berkongsi sedikit gambaran mengenai persiapan perkahwinan mereka menerusi media sosial.
Bella dan Syed Saddiq tampil sedondon mengenakan busana tradisional Melayu berwarna putih dalam satu sesi fotografi.
Perkongsian tersebut dibuat ketika tarikh pernikahan mereka semakin hampir, sekali gus memberi gambaran bahawa persiapan pasangan ini kini sudah memasuki fasa yang lebih rancak sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal petang semalam telah mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan artis, kenalan rapat dan kaum keluarga seperti sepupunya.
Ia memandangkan tiada petanda yang menunjukkan Syazlin, 26 berdepan sebarang masalah kesihatan mahupun terlibat dalam apa-apa kemalangan. Malah, Allahyarham juga dilihat masih memuat naik hantaran terbaru ke akaun Instagram pada minggu ini; sebelum akaun tersebut dipadamkan susulan pemergiannya.
Begitu juga dengan akaun Instagram kelab peminat arwah yang bertindak untuk memadam akaun mereka.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup,” tulisnya.
Difahamkan, lokasi terakhir Syazlin sebelum perkhabaran itu tersebar adalah di Johor. Begitupun, punca kematiannya masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, rakan-rakan seangkatan Syazlin menzahirkan ucapan takziah mereka di bahagian komen hantaran terakhir Syazlin di Instagram.
“Allahuakbar,” luah Nadia Brian.
“Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin. Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.
“Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” catat Scha Elinnea.
Terdahulu sebelum bergelar seorang pelakon, Syazlin aktif sebagai seorang model dan pempengaruh media sosial. Di antara jenama majalah di bawah Nu Ideaktiv yang pernah berkolaborasi dan menemu bualnya termasuklah Majalah Remaja dan Hijabista.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.