Kucing Selebriti! Jasper Tiada Bebola Mata Tapi Punya 87.4K Pengikut Di Instagram

Share

Kasih sayang tiada batasan.

Ini dibuktikan apabila seekor kucing yang kehilangan kedua belah mata termasuk bebola matanya selepas dijangkiti sejenis virus mempunyai seramai 87.4 K jumlah pengikut di laman Instagram yang dibuka khas untuknya.

Disaat serba kekurangan itu, kucing yang memiliki nama Jasper ini bagaikan bintang berbanding kucing lain. Di paparan Instagram atas nama jazzy.purrs mengemas kini gambar-gambarnya termasuk merakam videonya.



Jasper atau Jazzy diambil oleh penjaganya, Kelli ketika usianya dua tahun, lapor Mirror. Ketika itu dirinya masih sihat. Namun dari masa ke semasa, Kelli menyedari ada sesuatu tidak kena mengenai Jasper hinggalah ketika dibawa ke klinik, kucing itu disahkan terkena virus herpes yang menyerang bahagian matanya.

Saat virus itu mula menyerang, mata Jasper sentiasa mengeluarkan air.Ia kemudian mula merosakkan korneanya pada November 2013. Dalam keadaan itu, sebelah dari matanya dibuang ketika pembedahan bagi mengelak virus terus berjangkit.

Ketika itu Jasper hanya memiliki sebelah mata. Malangnya beberapa tahun kemudian, sekali lagi Jasper terkena jangkitan sama, kali ini pada mata kirinya dan satu pembedahan dibuat dan bebola matanya perlu dibuang terus.

Nasib malangnya tidak terhenti begitu saja kerana pada April 2019, Jasper diserang strok yang membuatnya sukar sembuh.

Dalam pada itu, Kelli memaklumkan, Jasper pandai menyesuaikan diri biar tanpa kedua belah mata.

“Jasper melakukan dengan baik. Hari pertama balik ke rumah, dia memanjat sofa dan bahu saya selain cuba menjejalah semua tempat. Ia saat menakjubkan. Ramai orang berfikir Jasper sengsara tetapi kualiti hidupnya baik. Dia kucing yang bahagia walau serba kekurangan,” kata Kelli.

Baru ini Kelli membawa pulang dua ekor kucing lain dan salah satunya Tesssa yang juga buta. Akhirnya kedua kucing ini “berkawan baik”.

Rata-rata pengikut di Instagram begitu menyukai gelagat Jasper.

Seorang pengikutnya menulis, hati saya menangis saat melihatnya dan dirinya cukup berharga.

Seorang lagi menulis saya obsess dengannya. Dirinya seperti melihat dekorasi ketika Holloween.

IKLAN