Siapa sangka seekor kucing jalanan bergelar juara dunia dan mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul gelaran juara dunia di World Winner 2024.
Dinamakan ‘Baby’, kucing betina berusia sembilan tahun ini mencipta sejarah apabila berjaya dinobatkan sebagai juara dunia dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa, atau secara rasmi dikenali sebagai World Winner Show 2024, yang diadakan di Oslo, Norway pada 3 November lepas.
Baby, seekor kucing betina yang dimiliki oleh pasangan Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, berjaya meraih kemenangan besar dengan menewaskan ribuan pesaing dari pelbagai negara, menjadikannya ikon kebanggaan Malaysia.
Dengan kejinakan dan sifat manja, Baby berjaya memikat hati juri dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa anjuran FIFe! Keperibadian Baby yang tenang dan bersahaja sepanjang sesi penilaian membuatkan dia menonjol, malah mendapat perhatian besar daripada semua yang hadir.
Difahamkan, penjagaan rapi yang diberikan oleh pemiliknya, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, juga memainkan peranan penting—bulu Baby sentiasa nampak kemas dan berkilau, menyerlahkan lagi kecantikannya di pentas pertandingan.
Lebih mengagumkan, Baby yang sudah berusia sembilan tahun ini turut bersaing di peringkat akhir bersama seekor lagi kucing jantan milik pasangan tersebut, menjadikan pentas akhir benar-benar milik Malaysia!
Ads
Kucing lain turut dibawa untuk wakili Malaysia di Oslo
Selain Baby, beberapa lagi ekor kucing dari pelbagai baka turut dibawa hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM) untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan antaranya:
Empat ekor kucing baka British Short Hair.
Tiga ekor kucing jalanan dan Seekor kucing Bengal.
“Penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil apabila juri tertarik dengan perwatakan Baby selain piawaian lain yang memenuhi spesifikasi pemarkahan.
“Ini merupakan kali kedua Baby menyertai FIFe World Cat Show, selepas kali pertama bertanding pada 2017 di Amsterdam, Belanda, di mana Baby berjaya melangkah ke pentas final untuk pencalonan World Winner.
Ads
“Ini adalah penghargaan yang tinggi diterima kerana Baby perlu bersaing sengit dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukkan ini,” jelas Rooaida, dipetik Kosmo.
Selain pasangan itu, Timbalan Presiden KKM iaitu Habil Hussain serta Setiausaha Agong, Muhammad Hasbullah Ibrahim turut mengiringi kontinjen dari Malaysia ini ke Oslo untuk pertandingan tersebut.
Menurut Rooaida, dia dan suaminya memberikan pendedahan awal kepada Baby dengan sering membawanya menyertai pertunjukan kucing di dalam negara. Langkah ini bertujuan membantu Baby menyesuaikan diri dengan suasana yang terbuka dan ramai orang.
“Pendedahan ini penting supaya Baby terbiasa dengan orang ramai, sekali gus memupuk sifat jinak dan manjanya,” jelas Rooaida.
Ads
“Baby hanyalah kucing baka biasa. Kami ambil dia dari jalanan dan pelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dia menjadi seperti sekarang.”
Masih ada lagi segelintir pihak di dalam masyarakat pada hari ini yang didapati tidak menghormati dan gemar mempersenda golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Viral baru-baru ini, isu salah faham antara seorang pengurus disebuah premis makanan segera di Seremban dengan salah seorang keluarga pekerja di restoran tersebut telah mendapat perhatian daripada masyarakat termasuklah daripada pihak McDonalds sendiri.
Malah, melalui perkongsian Muhammad Hanis di laman Facebooknya, kejadian melibatkan adiknya yang merupakan seorang yang mempunyai masalah disleksia.
Tangkap layar dari Facebook Muhammad Hanis
Terbaru, menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak McDonald hari ini mengatakan bahawa pengurus restoran tersebut telah melanggar prinsip syarikat.
Sehubungan itu, pihak McDonald juga memohon maaf kepada keluarga pekerja berkenaan atas insiden yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini.
Difahamkan, pekerja tersebut merupakan telah berkhidmat selama empat tahun.
Bagaimanapun, pengurus di restoran McDonald’s Forest Heights, Senawang tersebut akan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.
Moga kita semua mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mesti ramai suka makan kek berasaskan Lotus Biscoff kan? Boleh dikatakan sebarang makanan yang menggunakan bahan ini sebagai salah satu bahan utama pasti akan menjadi pilihan mereka yang suka menikmati manisan.
Namun tahukah anda dari mana asalnya jenama ini dan bagaimana ia boleh menjadi kegilaan ramai ramai sejak dahulu sehinggalah sekarang. Produk ini bukanlah produk baharu yang mana ia telah wujud sejak tahun 1932 lagi. Rasa karamel dan rempah yang ada pada biskut ini menjadi salah satu ciri utama yang memberikan kelainan pada palet mereka yang menikmatinya.
Menurut maklumat yang diperolehi dari laman web rasmi jenama ini. Produk ini mula dihasilkan pertama kali oleh pembuat roti dari Belgium yang bernama Jan Boone Sr. Dia menamakan resipinya itu dengan nama Lotus (Bunga Teratai) yang melambangkan kesucian.
Pada mulanya biskut Lotus ini diperkenalkan di dalam industri makanan sebagai biskut untuk dinikmati bersama secangkir kopi. Ia menjadi terkenal dek kerana keenakan dan juga padanan menarik kepahitan kopi bersama rasa caramel biskut tersebut yang meningkatkan keenakan antara satu sama lain. Akhirnya biskut ini menjadi terkenal dan dipasarkan ke negara-negara jiran dan merebak ke seluruh dunia sehingga kini.
Sedapnya Biscoff Cheese Cake yang dihasilkan oleh Oh My Dessert KL.
Dari produk biskut ia berkembang kepada produk sapuan yang mana ia boleh dimakan bersama roti. Yang pasti, sehingga kini di Malaysia, produk kek yang berasaskan Lotus Biscoff pasti akan laku keras sehingga kadangkala perlu menunggu giliran untuk memperolehinya.
***p/s – Sedapnya! Min paling favorite Biscoff cheese cake!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!