Allah bayar cash! Mungkin inilah perkataan paling tepat buat seorang lelaki apabila perbuatan zalimnya menggantung seekor kucing hingga mati akhirnya berbalas. Namun kisahnya juga patut dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tentu ramai yang masih ingat dan marah dengan tindakan melampau seorang lelaki yang menggantung seekor kucing hingga mati pada hari raya lalu.
Laporan Harian Metro memaklumkan, perbuatan kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Pembantu kedai makan Al Azri dijatuhi hukuman penjara 15 bulan kerana menggantung kucing hingga matiPerbuatannya tular di media sosial dan selang lima hari lelaki ini dijatuhkan hukuman penjara akibat perbuatan kejamnya
Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ads
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.
“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” rayunya.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.
“Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
Ads
“Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari kucing miliknya mati di hadapan rumah selepas diberitahu oleh jirannya.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.
Ibu jiran pengadu kemudian membuka tali rafia itu dan membawa kucing berkenaan ke hadapan rumah pengadu.
Ads
Harian Metro sebelum ini melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan.
Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga.
Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.
Pemilik kucing itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kek Secret Recipe, pada 24 Februari nanti korang boleh menikmati tawaran promosi beli 2 percuma 1 kek.
Kami percaya apa-apa promosi yang dibuat oleh Secret Recipe pasti dapat perhatian ramai kan?
Mana tidaknya, kalau korang nak beli sepotong kek disitu pun dah lebih kurang berharga RM10 ke atas. Jadi, inilah peluang untuk korang dapat lebih sikit dengan pembelian yang dibuat.
New York Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, sebut apa sahaja flavour kek yang ditawarkan di Secret Recipe semuanya jadi favorite pelanggan.
So guys, jom serbu Secret Recipe sempena kempen Kek Mania yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti, bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.
Promosi ini sah di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya peminat filem Hindustan pasti menangis selepas mengetahui berita yang amat menyedihkan kerana selepas ini mereka mungkin tidak berpeluang untuk melihat kelibatnya dalam mana-mana filem.
Hari ini Mahkamah di Jodhpur, India telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak 10,000 rupee (RM594) selepas dia didapati bersalah memburu Antelop dari spesis “blackbuck” secara haram 10 tahun lalu.
Laporan dari akhbar Hindustan Times, aktor berbadan sasa itu didapati bersalah selepas terlibat memburu dan membunuh dua ekor haiwan terancam pupus itu ketika menjalani penggambaran filem HUm Saath Saath Hain pada September 1998 di Kankani, Jodhpur.
Perbicaraan kes tersebut telah bermula di Mahkamah Majistret pada Mei 2013 lalu.
Selain dirinya, beberapa aktor dan aktres terkenal Bollywood lain terlibat dalam pemburuan ini iaitu Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari namun kesemua mereka dibebaskan kecuali Salman.
Bagaimana pun ruang untuk peminatnya mungkin boleh jika aktor itu merayu hukuman yang dikenakan kepadanya.
Pendakwa raya, Mahipal Bishnoi berkata, aktor veteran itu namun masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Antelop antara spesis haiwan yang terancam sejak 20 tahun lalu dan termaktub dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar India, pada Februari 2006.
Tindakan undang-undang ke atas aktor utama filem Bajrangi Bhaijaan dan Sultantersebut bukan kali pertama dikenakan.
Terdahulu, Disember 2015, dia pernah dipersalahkan atas tuduhan langgar lari yang mengorbankan seorang gelandangan manakala empat lagi cedera namun dibebaskan daripada dakwaan.
Inilah spesis antelop dari jenis blackbuck yang sudah hampir kepupusan
Sedikti info tambahan, cari Remaja di Wikipedia mendapati Antelop adalah sejenis mamalia yang bentuknya menyerupai kambing dengan tanduk tegak lurus ke atas.
Ia kelihatan seperti kijang tetapi bukan dari spesis berkenaan. Haiwan ini merupakan dari keluarga Bovidae dan semakin pupus pembiakannya. Antelop banyak kelihatan di Afrika, Asia dan Timur Tengah.
Kumpulan binatang ini hidup secara berkelompok dan sering berpindah randah untuk mencari makanan.
Biasanya ketika ancaman bahaya datang, antelop betina terlebih dahulu memberi “tanda” kepada kawanan antelop, yang mana salah satu antelop akan melompat ke udara dan mengeluarkan suara keras seperti jeritan lalu diikuti oleh kawanan antelop yang akan berlari secara pantas untuk menyelamatkan diri.
Larian binatang ini tak boleh dipertikaikan kerana antelop mampu berlari 64 km/jam dan jauh meninggalkan kawanan binatang lain. Selain itu antelop juga dapat lari lebih lama daripada binatang-binatang lainnya.
Satu lagi bencana alam telah dilaporkan melanda semalam. Jika di China, langit menjadi oren gara-gara ribut pasir. Di Amerika Syarikat pula sebuah bandar di Colorado, Denver dilaporkan kini merekodkan salah satu ribut salji paling tebal dalam sejarah bandar itu.
Menurut CNN, lebih dari 27 inci salji telah dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada awal hari Isnin, ia menandakan ribut salji paling tebal keempat Denver sejak direkodkan pada tahun 1881.
Menurut laporan juga, salji lebat itu telah menyebabkan pokok tumbang dan ketiadaan talian kuasa serta kereta terdampar di seberang bandar.
Suhu yang sangat rendah juga menyebabkan kepingan ais kelihatan di beberapa jalan yang dilitupi salji. Ribuan penerbangan di Denver International juga dibatalkan, landasan ditutup untuk penerbangan pada hari Ahad.
Ribut salji kini ‘menuju’ ke Midwest termasuk kawasan di selatan Minneapolis dan di sebelah barat Chicago.
Go plows, go! Our crews worked all night and are continuing to clear runways so it’s safe for incoming and departing flights later in the day 📸: Instagram @aiport_ops (one of our awesome DEN team members!) pic.twitter.com/gnCXi7Wbnk
Firman Allah taala dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...