Kuasa Viral, Port #Instaworthy Nampak Kapal Terbang Ditutup Sebab Banyak Sampah

Share

Bagi penguna media sosial, sudah pasti mahukan gambar #Instaworthy kelihatan menarik di ruangan ‘feed’ Instagram masing-masing.

Bagi korang yang ingin mendapatkan gambar #Instaworthy yang ‘rare’ atau lain daripada lain, dengan kapal terbang lalu atas kepala mesti tahu satu port yang viral baru-baru ini.

Namun, bagi korang yang berniat untuk pergi hujung minggu ini diharapkan melupakan niat korang. Hal ini kerana menurut seorang pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.

 

Malah, tular video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports. 

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Akan tetapi, viewing deck

masih dibuka dan anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

Rata-rata netizen bersetuju tempat itu ditutup disebabkan sikap tidak bertanggungjawap masyarakat membuang sampah.

Foto : Fb
Foto : FB

Malah, tak kurang juga perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen kerana netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Facebook Are Peace

IKLAN