Selebriti K-pop menjadi salah satu topik perbualan utama sempena acara MTV Video Music Awards (VMAs) 2022 hari ini apabila kumpulan Blackpink, BTS dan Seventeen masing-masing memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Blackpink yang baru-baru ini meluncurkan lagu terbaru, Pink Venom bersempena album Born Pink yang bakal menyusul tidak lama lagi tidak mengecewakan para Blinks apabila menguasai pentas VMAs dengan persembahan lagu tersebut secara langsung.
Nak tau bagaimana kami tahu Pink Venom amat diminati? Lihat sajalah pada Taylor Swift yang sakan menari mengikut rentak lagu tersebut.
Tidak cukup sekadar menghangatkan suasana, Blackpink turut membawa pulang trofi VMAs bagi kategori Best Metaverse Performance menerusi projek kolaborasi mereka berjudul Ready For Love bersama permainan video popular, PUBG.
Sementara itu, salah seorang ahlinya iaitu Lisa Manobal mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi solo K-pop PERTAMA dalam sejarah penganjuran VMAs untuk membawa pulang trofi idaman ramai itu. Ia adalah menerusi kategori Best K-pop bagi lagu LALISA.
Sambil menamakan kumpulan peminat Blackpink, Blinks sebagai punca kemenangannya, Lisa turut berterima kasih kerana menjadikan impian ini satu realiti buatnya dan ahli Blackpink lain.
Ads
Dalam pada itu, SEVENTEEN juga tidak terkecuali membawa pulang trofi VMAs pertama mereka menerusi lagu Rock With You dalam kategori Push Performance of the Year.
Biarpun tidak dapat berada di sana, Vernon SEVENTEEN mewakili ahli lain dalam ucapannya dan berkata, “Ini adalah satu penghargaan besar untuk menjadi artis K-pop pertama dipaparkan bagi MTV Push; apatah lagi menerima anugerah Push Performance of the Year.”
Tambah Mingyu SEVENTEEN, “Terima kasih VMAs, dan terima kasih kepada peminat kami CARATS atas sokongan dan kasih sayang anda.”
Certainly not the least, kumpulan sensasi BTS melengkapkan kemenangan trio K-pop ini dengan kemenangan Group of the Year untuk tahun keempat berturut-turut di VMAs. Wow! Tak beri peluang langsung ya kepada kumpulan lain, hehe..
Ads
“Kami tidak boleh melakukannya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih ARMY.”
Jelas, kuasa hiburan Asia terutamanya dari Korea Selatan akan berada di sini untuk satu jangka masa yang amat panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
She is fresh, she is feeling better than ever and we cannot wait for this new era.
Setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri daripada radar dunia hiburan, tidak menghadiri sebarang acara anugerah dan hanya muncul sekali menerusi slot Saturday Night Live pada tahun lalu, penyanyi Inggeris popular Adele akhirnya mengumumkan comeback dalam masa kurang dua minggu dari sekarang.
Bersesuaian dengan musim luruh yang sedang melanda, muzik terbaru Adele ini seakan menjadi penambah perisa buat peminat muzik sedunia. *Cue feels*
Menerusi akaun media sosialnya (termasuk Twitter yang tidak dikemaskini hampir setahun lamanya), Adele memuat naik teaser berdurasi 21 saat bagi single berjudul Easy On Me. Klip pendek itu menyaksikannya berada di dalam sebuah kereta sambil mendengar dentingan piano daripada kaset yang baru dimasukkan. (Haa, korang tahu tak apa tu kaset?)
Di belakang kenderaan pula kelihatan perabot yang diangkutnya bersama; seolah-olah seperti dia baru saja meninggalkan seseorang atau sesuatu tempat.
Gambaran imej teaser ini serta-merta mengingatkan peminat Adele terhadap singleHello yang dilancarkan pada tahun 2015 dahulu.
Sekiranya benar album keempat Adele akan keluar pada tahun 2021, ini bermakna album tersebut mungkin sekali dinamakan ’30’ seiring dengan usia. Terdahulu, Adele telah menamakan albumnya 19, 21 dan 25 juga sebagai signifikan kepada usianya.
Kami jujurnya tidak sabar menantikan singleEasy On Me yang akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 15 Oktober 2021 hadapan.
*Fun Fact : Hello juga dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2015.*
Penyanyi berusia 33 tahun ini juga mungkin sekali akan mengumumkan albumnya pada 30 Oktober untuk menyamai tajuk albumnya, 30 (jika benar).
Era baharu bagi muzik Adele ini masih tidak lari daripada identitinya selama ini. It will be another classic Adele record. Dia masih kekal dengan genre soul dan pop; dan itulah sebab utama peminat Adele setia dengannya. Lihat saja kepada respon yang diterima Adele dalam tempoh sejam selepas membuat pengumuman malam tadi. Di Twitter dan Instagram saja, klip tersebut telah ditonton sebanyak 6 juta kali.
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan rutin hariannya.
Menerusi pemerhatian di laman Instagram miliknya hari ini, Fazura memuat naik beberapa hantaran yang menunjukkan sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Palestin, di samping berkongsi momen manis bersama puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Namun, di sebalik senyuman yang dikongsikan, ramai yang menantikan penjelasan rasmi daripada pelakon filem Pisau Cukur itu memandangkan beliau masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
Keadaan ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen yang turut meluahkan kebimbangan serta mendesak Fazura untuk tampil menjernihkan keadaan.
“Fazura tolong lakukan sesuatu. Sakit hati saya melihat mereka mengecam dan menghina awak di TikTok,” tulis seorang netizen.
“Kepada Fazura, mohon lakukan sesuatu berita yang tengah hangat diperkatakan di media sosial. Mohon berita kenyataan yang jelas dan khabar angin yang sedang panas,” kata seorang pengguna media sosial lagi.
Terdahulu, pengasas dan Pengarah Urusan Obor Holding Sdn Bhd, Lim Boon Haiatau tampil meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa syarikat milik Fazura, Pink Fate Sdn Bhd, gagal membuat bayaran seperti yang dipersetujui.
Difahamkan, syarikat milik Lim yang juga pemilik jenama Feline Malaysia, telah membekalkan tudung kepada Pink Fate bernilai RM7,330,197.04 sejak Jun 2022. Namun, hanya bayaran sebanyak RM2,680,167.90 sahaja yang diterima, menjadikan jumlah tunggakan sebanyak RM4.65 juta.
Lebih memburukkan keadaan, Obor Holding mendakwa mereka berdepan kesukaran untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.
Selain Pink Fate sebagai defendan pertama, dokumen saman turut menamakan syarikat Fazfit Sdn Bhd (defendan kedua), abang Fazura iaitu Ahmad Faiz Sharifuddin (defendan ketiga), serta Fazura sendiri sebagai defendan keempat.
Menerusi penyataan tuntutan yang diperoleh media, jumlah hutang itu termasuk lima pesanan tambahan yang dibuat pada Jun dan September 2024 berjumlah RM3.6 juta, walaupun hutang terdahulu masih belum dijelaskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah luahan penuh keinsafan di Threads.
Perkongsian ringkas itu mengundang rasa sebak ramai apabila Nora secara jujur mengakui dirinya hanyalah seorang pendosa yang setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri.
Luahan Sarat Keinsafan
Dalam hantaran tersebut, Nora menulis:
“Saya pendosa yang berusaha setiap hari untuk jadi lebih baik. Masing-masing ada struggle masing-masing. Moga air mata kita ini hanya mengalir kerana Allah.”
Ungkapan pendek itu nyata meninggalkan kesan mendalam dalam hati pengikutnya. Ruangan komen segera dibanjiri doa serta kata-kata semangat agar Nora terus diberikan kekuatan untuk istiqamah di jalan kebaikan.
Kredit: Instagram Nora Danish
Sokongan Dan Doa Warganet
Rata-rata netizen menyifatkan keterbukaan Nora sebagai sesuatu yang menyentuh jiwa. Ada yang berkongsi pengalaman perubahan diri mereka sendiri, manakala ada juga yang menitipkan kata-kata motivasi bahawa setiap insan berhak diberi peluang kedua untuk kembali kepada Allah.
Populariti Nora tidak menghalangnya untuk tampil jujur tentang kelemahan diri. Malah, sikap rendah hatinya itu dianggap inspirasi buat orang ramai, khususnya remaja, bahawa tiada siapa pun sempurna di dunia ini.
Kredit foto: Instagram Nora Danish
Inspirasi Untuk Remaja
Perkongsian Nora membawa mesej jelas bahawa menjadi insan lebih baik adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi. Kesilapan silam tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya menjadi pengajaran untuk melangkah dengan lebih yakin ke hadapan.
Buat anak muda, inilah contoh nyata bahawa perubahan tidak pernah terlambat. Apa yang penting ialah kesedaran, usaha berterusan dan keberanian untuk mengakui kelemahan diri. Seperti yang Nora tekankan, biarlah air mata yang mengalir itu kerana Allah – tanda penyesalan dan keikhlasan hati untuk berubah.
Luahan Nora Danish mungkin ringkas, namun mesejnya cukup besar: kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada dosa, tetapi keberanian untuk memperbaiki diri adalah langkah paling penting.
Semoga perkongsian ini terus menjadi inspirasi buat remaja untuk tidak berputus asa dalam perjalanan mencari kebaikan.