
Selain daripada menggunakan perkhidmatan pesawat dan bas ekspres, keretapi juga antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain.
Ada yang lebih gemar memilih menaiki keretapi kerana harganya yang murah berbanding pesawat, ditambah pula dengan kelajuan yang lebih berbanding bas ekspres.
Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) bermula 27 Oktober sehingga 9 November depan.

Diskaun tersebut ditawarkan bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada membabitkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM intercity ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Berita Harian, usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan itu mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB.
Walau bagaimanapun, di laman Facebook KTM Berhad terlihat banyak komen daripada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang sedih kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun tersebut.




Mungkin bukan rezeki masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk mendapat potongan 50 peratus diskaun n ikan. Hiks!
Tidak mengapalah, sama-sama kita berdoa agar terputus rantaian virus COVID-19 ini dan semoga kita semua sentiasa dilindungi.
Sumber: KTM Berhad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Joker Jatuh Di Tangga Kedua, Maleficent Mistress of Evil Catat Kutipan Tertinggi

Kehebatan pelakon legend Angelina Jolie masih tidak boleh disangkal lagi kerana buktinya, filem terbaru Maleficent Mistress of Evil masih mampu mengutip kutipan box office di seluruh dunia.
Seawal minggu pertama membuka tirai, filem terbaru lakonan Angelina Jolie ini sudah pun mencatat kutipan sebanyak $153 juta dolar seluruh dunia. Walau bagaimanapun,untuk pasaran domestik ia masih tidak mampu untuk menyaingi filem pertamanya apabila hanya mampu mengutip $36 juta dolar berbanding $69.4 juta dolar yang dicatatkan pada 2014.

Filem yang menjadi buah mulut masyarakat apabila kisahnya diangkat sebagai salah satu filem yang penuh dengan mesej, Joker hanya mampu berada ditangga kedua cara box office Amerika Syarikat dengan kutipan $29.2 juta dolar pada minggu ketiga tayangan.

Joker kini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak $737.5 juta dolar di seleuruh dunia dan nampaknya filem ini berpeluang mengatasi kutipan beberapa filem superhero DC seperti Suicide Squad dan Wonder Woman.
Sementara itu, filem sekuel Zombieland: Double Tap yang sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat berjaya mencatat kutipan diluar jangkaan apabila meraih $26.7 juta berbanding filem pertama mereka hanya $24.7 juta.
Filem animasi The Addams Family meraih kutipan sebanyak $16 juta dolar pada minggu lalu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $56 juta dolar. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 31 Oktober 2019.

BACA: #WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana The Addams Family
Okay kalau korang nak jadi yang pertama menonton filem The Addams Family bersama Remaja, jom sertai peraduan Wayang Remaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Kita tengok mampu tak filem tersebut mengatasi kutipan Maleficent Mistress of Evil?
Sumber: Kakimuvee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 19 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/www.remaja.my-1-3.jpg)
2018 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa pahit manis yang banyak menjadi teladan buat semua rakyat Malaysia.
Tak kurang juga dengan berita sedih yang kita terima sepanjang tahun ini.
Kisah mendiang adik Satiswaran menjadi satu tamparan buat masyarakat kerana kematiannya berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab masyarakat sekeliling.
Berikut merupakan coretan kisah ini yang berlaku sekitar Januari lalu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 20 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila mana seorang ibu melihat anak meninggal di depan mata sendiri.
Dengan cara kematian yang agak tragis, terpaksa menadah otak anak dengan kedua belah tangan sebelum anaknya rebah dipangkuannya, pengalaman inilah yang dilalui oleh Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun apabila anaknya mati di depan mata selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian semalam.
Menceritakan kejadian lebih lanjut kejadian malam semalam yang membawa kepada kematian anak bongsunya, kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 21 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_100001-379x675.jpg)
Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 22 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/blur.jpg)
Mengakui begitu sedih dan masih lagi trauma, berkali-kali dia bertanya soalan kepada barisan wartawan yang berada di sekelilingnya.
Tanya Kasthuribai, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.
“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.
“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 23 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_095829-1024x575.jpg)
Mengakui masih lagi trauma dan kesedihan kerana kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu, kata Kasthuribai, mendiang anak bongsunya itu memang baik.
“Dua hari sebelum ini, selepas balik dari sekolah, dia tolong bersihkan ruang tamu rumah yang sudah digenangi air akibat tempias hujan dari tingkap yang sudah reput. Air penuh sampai ke ruang tamu. Tanpa sempat makan dan salin pakaian, dia bersihkan rumah dahulu. Mop satu rumah. Tengoklah, bila hujan, air masuk ke dalam rumah,”katanya sambil menunjukkan kerosokan tingkap yang sudah mulai mereput akibat tempias hujan.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 24 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG-20180116-WA0005.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 25 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_102819-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 26 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_104635-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 27 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_101640-1024x575.jpg)
Bukan saja terkenal sebagai budak baik malah mendiang anaknya itu akan mencuci ruang koridor rumah mereka jika terdapat najis haiwan selain sisa kencing orang dewasa yang sengaja membuang air kecil di tangga berkenaan.
“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.
Mungkin masih trauma dan kesedihan berpanjangan, semasa kunjungan ini Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di Chile Bangsar tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.
Buat masa ini mendiang Satiswaran masih lagi di tempatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk upacara pengkebumian.
Malah pelaku yang mencampakkan kerusi dipercayai dari tingkat 21 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa kerana pihak forensik mahu mencari dna di kerusi sebelum menahan pelakunya.
Remaja turut difahamkan oleh nenek mendiang yang tinggal di tingkat 21, dia tahu dan kenal kerusi yang dibaling tepat mengenai kepala cucunya itu adalah milik jirannya yang diletakkan di ruang siar.
“Tapi saya tak tahu dia sudah kena tangkap atau tidak. Tapi kerusi itu memang ada sebelah rumah saya sebelum ini,” katanya mendakwa, pelakunya adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak kerana kerusi berkenaan agak berat.
Saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan meminta jaring keselamatan dipasang di bawah lif
Berasa simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, YB Nurul Izzah memaklumkan, dia akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke Parlimen pada sidang parlimen Mac akan datang.
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, namun kita mahu budaya membuang sampah ini yang boleh membahayakan nyawa orang lain dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tahu mahu isu ini berulang. Kita berasa simpati dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini bersama pihak berkuasa,” katanya menegaskan, untuk langkah awal dan pertama, adalah lebih baik jaring keselamatan dipasang di bawah flat demi menjamin kesejahteraan semua penduduk.
Baling barang perangai biasa penduduk Flat PPR ini
Remaja turut mendapatkan pandangan dari Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 28 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_103927.jpg)
“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.
“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.
“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan terdapat 984 buah rumah bagi kedua-dua blok.
Menyifatkan tidak timbul isu sukar membuang sampah ke ruang buang sampah, Azanan berkata, sikap mementingkan diri sendiri adalah mengapa isu ini tidak pernah selesai sejak dulu lagi.
Saksikan video ini bagaimana ibu mangsa tidak dapat menahan tangisannya…
*****
Sememangnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika masyarakat kita tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Kecuaian orang lain menjadi satu kemalangan buat insan yang tidak berdosa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Realiti Sebenar Pembaziran Industri F&B, Staff Dibuang Kerja Selepas Beri Makan Kepada Gelandangan

Membazir merupakan amalan yang tidak bagus. Namun akibat pandemik COVID-19, banyak perniagaan yang mengalami kerugian terutamanya sektor perniagaan makanan disebabkan ramai yang berkerja dari rumah. Tapi korang tahu tak, kemana perginya makanan yang tak habis tu?
Baru-baru ini, seorang bekas pekerja donut terkenal berani mendedahkan realiti sebenar pembaziran dalam industri F&B melalui video yang dikongsikan di TikTok.
@bryanjohnston_every night … 312 donuts + munchkins 😢@dunkin♬ In This House – Marcus Vinicius Alfaro Nascimento
Remaja yang beru berusia 16 tahun dengan nama Bryan Johnston di TikTok, rasa bersalah kerana perlu membuang beratus-ratus donat yang masih boleh dimakan ke dalam tong sampah setiap malam.
Oleh itu, dia akhirnya memutuskan untuk menyumbangkan makanan itu kepada orang-orang gelandangan dan pekerja-pekerja barisan hadapan seperti kakitangan hospital dan pegawai bomba.
dunkindonuts fired this worker for charitably giving food to the homeless instead of the usual 300+ donut waste that goes in the bin every day… (in just one store btw). organisations do not care about the good of society and they’ll do anything to pretend like they are moral pic.twitter.com/0qFvuS4qoP
— ☾ divya reads books (@itsdivyag) January 29, 2021
Walaupun ramai yang menyatakan perbuatan remaja ini betul namun Bryan akhirnya kehilangan pekerjaannya kerana melanggar protokol.
@bryanjohnston_Reply to @meza_melissa_ If u want to support me, links are in bio. I wanted the truth about Dunkin shared, it costed my job 🙁 wont stop making vids❤️♬ Worship Instrumental – Instrumental – Adrian Jonathan
Kisahnya yang tular ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai, sementara Dunkin’ Donuts juga tampil menjelaskan bahawa mereka mempunyai program sumbangan makanan, tetapi semuanya bergantung kepada pemilik cawangan masing-masing untuk buat apa dengan lebihan donat yang ada.
Namun, ada yang menasihati staff restoran untuk bertindak lebih bijak jika tidak mahu dipecat dengan tidak memuat naik di media sosial.
Please do this more but don’t get caught and don’t post it on social media https://t.co/rCG0Uggkec
— Nabill 易思平 🌹✊🏾🏳️🌈 (@YiSiping) January 31, 2021
Walaupun hilang pekerjaan, sikap remaja ini dipuji ramai dan warga netizen juga mula memberikan tanggapan negatif terhadap jenama donut tersebut.

So apa pandangan korang tentang perkara ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

