Tular di media sosial tentang kes Cikgu Azizan yang bakal dihadapkan ke mahkamah pada esok hari atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga guru ini dihadapkan ke mahkamah?
Berikut adalah kronologi kes Cikgu Azizan yang dikongsi oleh pendidik2U:
31 Oktober
Sebutan kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.
Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik saja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500.
Semasa proses ikat jamin, dia telah ditempatkan di lokap mahkamah bersama pesalah-pesalah jenayah lain yang terlibat dalam kes dadah dan lain-lain.
Dalam lokap tersebut ada lebih kurang 13 orang pesalah dan tangan Cikgu Azizan digari bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.
Dakwaan ke atasnya dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid dengan kesalahan:
1. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi pelajar lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan ini dilakukan sejak 2016.
Ads
2. Buli.
3. Memukul murid lain.
4. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
Gambar hiasan
27 November 2017
Dokumen pertuduhan telah diserah kepada Cikgu Azizan.
19 Disember 2017
Perbicaraan akan bermula.
Ads
Nasib Cikgu Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan esok (19 Disember). Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A atas tuntutan saman yang dilakukan sendiri oleh ibu bapa pelajar tersebut.
#PrayForCikguAzizan
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro kira-kira 200 orang guru dijangka memberi sokongan kepada Cikgu Azizan. Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkata, mereka akan menyediakan bantuan guaman untuk Cikgu Azizan dan berusaha membantunya sebaik mungkin.
Pihak NUTP juga turut memohon semua guru untuk memberi sokongan moral dengan menghadirkan diri ke mahkamah esok.
Ads
Jika didapati bersalah, Cikgu Azizan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Hanya kerana ketegasan seorang guru dalam mendidik pelajarnya, dia bakal menerima hukuman penjara jika disabitkan kesalahan. Kalau dulu isu seperti merotan pelajar tidak pernah dipersoalkan asal dengan tujuan mendidik, tapi kini bila cikgu sentuh sikit anak-anak, ada juga segelintir ibu bapa yang dah mula tak senang duduk dan viralkan di media sosial.
Bukankah ada pepatah yang mengatakan sayang anak tangan-tangankan? Tidaklah sampai nak mencederakan, cuma tak mahu terlalu dimanjakan.
Persoalannya, memang anak-anak zaman sekarang ni tidak boleh dijentik sedikit ke? Kalau nak menyebelahi anak sekali pun, biarlah berpada-pada.
Dah terang lagi bersuluh, si anak tu sebelum ini banyak melakukan kesalahan disiplin. Jadi, masih nak salahkan guru yang tugasnya hanya mahu mendidik?
Kes ini juga menimbulkan kembali persoalan sama ada larangan hukuman rotan di sekolah perlu dikaji semula kerana ini juga adalah antara punca kenapa ibu bapa berani mengambil tindakan terhadap guru.
Apa-apa pun kami doakan agar segala urusan dipermudahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara beginilah yang boleh merosakkan bukan sahaja masyarakat tetapi melahirkan generasi yang prejudis penuh syak wasangka. Dalam tempoh beberapa hari lalu telah tular sebuah rakaman video yang memaparkan tiga orang wanita membawa tiga ekor anjing berjalan.
Dek kerana rakaman itu, ia telah menjadi tular kerana kononnya tidak menjaga sensitiviti agama. Lebih mengharukan ramai netizen yang melatah dan memberi komen negatif terhadap mereka bertiga sedangkan tidak mengetahui pun hal yang sebenar.
Video yang tular:
Pada hari ini, Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Nor Kamariah telah tampil memberikan penjelasan dan kenyataan media rasmi menerusi Facebook rasmi UPM tentang perkara tersebut. Ketiga-tiga orang wanita yang dirakamkan membawa anjing tersebut merupakan pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) UPM Tahun Pertama pengajian yang sedang menjalani latihan praktikal luar kampus selama seminggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfare Society, Subang, Selangor.
Menurut UPM lagi, latihan luar kampus tersebut adalah sebahagian daripada syarat keperluan pengajaran dan pembelajaran DPV. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sepanjang 5 tahun pengajian, pelajar program DPV di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UPM perlu mengikuti kluiah, amali, amalan klinikal dan makmal di Hospital Pengajaran Veterinar Universiti (UVH), Makmal Diagnosis dan Taman Pertanian Universiti (TPU) di kampus UPM Serdang.
Pelajar juga akan terlibat dengan latihan praktikal luar kampus semasa cuti semester pengajian seawal tahun pertama pengajian samada di dalam mahupun di luar negara.
Jelas beliau lagi, ini bagi memastikan graduan DPV UPM mempunyai pengetahuan, kompeten dan berkemahiran insaniah yang cemerlang dalam memastikan kebajikan dan kesihatan haiwan, merawat, mengawal dan mencegah merebaknya penyakit pada haiwan dan manusia serta memastikan kecukupan makanan negara berasaskan sumber haiwan. Ianya melibatkan semua spesis haiwan samada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan. Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia.
Pelajar yang beragama Islam tidak terkecuali untuk mengendalikan pelbagai spesis haiwan tersebut. Pihak universiti sentiasa memastikan kebajikan para pelajar terpelihara termasuk menyediakan kemudahan menyamak setiap kali selesai sesi latihan.
Sehubungan itu, paparan video tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan dakwaan orang ramai (netizen) mengenai isu menyentuh anjing oleh orang Islam yang ditularkan.
Kami di REMAJA berasa agak kesal dengan sentimen seperti ini. Janganlah kerana inginkan sesuatu yang sensasi dan tular maka cepat sahaja ingin dikongsikan ke laman media sosial tanpa usul periksa. Sebelum share fikir dahulu dan jika tidak pasti bertanyalah kepada pihak berkenaan. Buang jauh-jauh sikap syak wasangka dan jangan pandang negatif sahaja.
Kenyataan Media Rasmi UPM:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow, bukan sedikit jumlah yang dituntut! Tetapi kenapa sampai berbilion?
Untuk pengetahuan pembaca pada 23 Mac 2021, kapal ini telah berlayar dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Malaysia untuk ke Rotterdam sebelum tersekat di Terusan Suez milik Mesir. Kapal tersebut berjaya diapungkan pada 29 Mac 2021 kira-kira enam hari selepas tersekat.
Selama enam hari tersekat, kapal Ever Given telah menutup laluan terusan tersebut menyebabkan kapal-kapal lain yang hendak melalui terusan itu terpaksa berpatah semula dan ini menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada kerajaan Mesir dan juga sector ekonomi negara lain yang mana kapal milik negara mereka tidak dapat melalui jalan tersebut.
Terusan yang dibuka pada tahun 1869 ini menjadi hab penghubung laluan perdagangan antarabangsa yang sangat sibuk di dunia. Pembukaannya bukan sahaja memendekkan jarak tetapi juga menjimatkan.
Pada mulanya panjang Terusan Suez ini adalah 164 kilometer (km) dan kedalaman lapan meter (26 kaki), tetapi setelah beberapa penambahbaikan dilakukan saban tahun, kini panjangnya ialah 193km dan kedalaman 24 meter (78 kaki).
Untuk melalui terusan ini setiap kapal perlu membayar tol mengikut saiz dan juga jenis kapal. Secara purata bayaran tol yang dikenakan adalah sekitar RM414,650.
Kesan dari tersekatnya kapal Ever Given menyebabkan harga minyak meningkat 2% kerana banyak kapal minyak yang ingin melalui terusan tersebut tersekat.
Gambarajah bagaimana Terusen Suez memendekkan perjalanan kapal. Sumber gambar: pinterest
Kini kapal Ever Given yang dimiliki oleh syarikat Shoei Kisen Kaisha dari Jepun itu telah dirampas oleh kerajaan Mesir dengan nilai tuntutan berbilion ringgit.
Sebut saja nama Dato’ Rizalman Ibrahim, pastinya satu Malaysia sudah mengenali ikon fesyen ternama tanah air ini. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.
Terbaru, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan melalui laman instagram miliknya sendiri sebentar tadi.
Dato’ Rizalman melalui catatannya telah meluahkan rasa kesyukuran dilantik jawatan berkenaan dan menyatakan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Oct 16, 2020 at 1:48am PDT
yang terikat itu baldi yang dalam itu telaga yang manis itu budi yang ilmu itu harta
Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat. . #uitm #uitmdihatiku
Terima Kasih tidak terhingga pada pengurusan Rizalman Ibrahim of Companies serta Yayasan RI di atas klip ini.
Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira pelantikan tersebut yang menyifatkannya sebagai sangat sesuai.
Melalui semakan di laman Twitter, rata-rata warganet masing-masing meluahkan rasa senang mereka kerana merasakan layak memikul jawatan itu.
Antara komen-komen netizen:
Hatta Dolmat juga sempat meninggalkan komen.
Untuk info, Dato’ Rizalman bukan sahaja pereka fesyen tersohor namun beliau juga merupakan alumni UiTM graduan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM . Jadi memang layak la beliau memegang jawatan tersebut.
Terdahulu, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti berkenaan pada Mei tahun lalu.
Tahniah kami ucapkan buat Dato’ Rizalman Ibrahim atas perlantikan ini dan semoga terus maju jaya di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!