Ads
Home Berita Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara...

Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu

Terbaru, rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand khususnya sempena musim perayaan Aidilfitri disarankan untuk menangguhkan perjalanan susulan krisis bekalan bahan api yang semakin meruncing di beberapa lokasi tumpuan pelancong.

Memetik laporan The Malaysian Reserve, beberapa kawasan seperti Satun dan Hat Yai kini berdepan kekurangan bekalan petrol apabila sebilangan stesen minyak dilaporkan kehabisan stok atau terpaksa melaksanakan catuan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Difahamkan, situasi ini berpunca daripada konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel yang memberi kesan kepada rantaian bekalan tenaga global, sekaligus menjejaskan pengedaran bahan api di wilayah selatan Thailand.

Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu

Pada masa yang sama, peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki Thailand dari Malaysia sempena musim cuti turut menambah tekanan terhadap bekalan sedia ada, sehingga mencetuskan kebimbangan kemungkinan pelaksanaan sekatan pembelian petrol kepada kenderaan asing.

Ads

Sementara itu, menurut pengendali pelancongan, Abdul Halim Othman, yang kini menetap di Satun memaklumkan kebanyakan stesen minyak kini mengehadkan pembelian bahan api kepada sekitar 500 baht (kira-kira RM60) bagi setiap kenderaan.

“Bagi motosikal pula, hanya petrol bernilai 50 baht (sekitar RM6) dibenarkan untuk setiap kenderaan. Penunggang harus memastikan mereka mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi sepanjang perjalanan,” katanya.

Ads

Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu Thailand Alami Krisis Bahan Api, Rakyat Malaysia Disaran Tunda Percutian Buat Sementara Waktu

“Jika mereka merancang untuk memandu sejauh 300 kilometer, seperti ke Krabi atau Phuket dari sempadan, pemandu harus mengisi semula minyak setiap kali tangki mereka berbaki kira-kira tiga suku penuh dan jangan menunggu sehingga ia hampir kosong kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku,” jelas beliau.

Ads

Di samping itu, Halim turut menasihatkan pelancong yang belum membuat sebarang tempahan agar mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan ke destinasi yang lebih jauh dari kawasan sempadan buat masa ini.

Langkah tersebut juga dilihat penting bagi mengurangkan risiko berdepan kesukaran mendapatkan bahan api, selain mengelakkan sebarang kemungkinan terkandas sekiranya berlaku gangguan bekalan secara mendadak di lokasi tertentu.

Sumber: The Malaysian Reserve

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads