Berita

Kris Dayanti Buktikan Usia Bukan Penghalang, Sertai Pertandingan Wushu Antarabangsa Di China Pada Usia 50-an!

Share

Siapa sangka, di sebalik jadual padat sebagai ahli politik dan selebriti terkenal, Kris Dayanti masih sempat mengejar minat baharunya dalam dunia sukan!

Nama penyanyi lagu Menghitung Hari itu sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan Indonesia.

Namun, selepas terjun ke dunia politik sebagai wakil rakyat, isteri kepada Raul Lemos ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus mencabar diri dan menikmati perkara yang menggembirakan.

Baru-baru ini, Kris Dayanti menarik perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya bakal bertanding sebagai salah seorang atlet dalam pertandingan antarabangsa Wushu di China. Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu hantaran di Instagram.

“Berlatih layaknya bertanding. Hari ini kami melakukan simulasi latihan terakhir sebelum berangkat untuk pertandingan international wushu di İmeishan China 14-20 Oktober nanti.

“Doakan Indonesia juara, jiayou!!” tulisnya di ruangan kapsyen bersama foto dirinya dan pasukan ketika sesi latihan.

Pertandingan tersebut bakal berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober ini di China, dan Kris Dayanti tampil sebagai wakil Indonesia bersama pasukannya.

Menariknya, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Rata-rata kagum melihat kehebatan Kris Dayanti melakukan rutin wushu yang memerlukan kelenturan badan serta disiplin tinggi, lebih-lebih lagi pada usianya yang sudah mencecah 50-an.

Untuk pengetahuan, Kris Dayanti sebenarnya telah mendalami latihan wushu sejak beberapa tahun lalu sebagai aktiviti masa lapang dan demi kesihatan.

Namun, siapa sangka, hobi tersebut kini bertukar menjadi satu bidang yang diceburi secara serius hingga ke peringkat antarabangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath