Kreatif! Selain Kostum ‘Nasi Lemak’ Viral, Pereka Fesyen Samantha Katie James Ada Banyak Lagi Idea

Share

 

Saban tahun, kostum nasional wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe pasti akan mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Jika korang masih ingat beberapa kostum yang disarungkan oleh wakil Malaysia, masing-masing mempunyai identiti berbeza beberapa tahun kebelakangan ini.

Dari kiri: Kiran Jassal dan Shweta Sekhon

Antara yang masih segar di ingatan adalah kostum KLCC (rekaan Rizman Ruzaini untuk Kiran Jassal), kostum bangau perahu (rekaan Saleh Hamid untuk Jane Teoh) dan terbaru, kostum meja makan Peranakan yang ‘hampir’ memenangi kategori kostum nasional terbaik pada tahun ini (rekaan Carven Ong untuk Shweta Sekhon).

ARTIKEL BERKAITAN : Kekeliruan Mega, Siapa Yang Menang Kostum Terbaik – Malaysia Atau Filipina?

Bercakap mengenai kostum nasional, siapa yang dapat melupakan kuasa viraliti yang dicipta oleh kostum ‘nasi lemak’ yang disarungkan oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James?

Tidak, penulis bukan ingin bercerita mengenai kontroversi yang sedang melandan Samantha berikutan kenyataan peribadinya yang berbaur perkauman.

BACA DI SINI : Foto Samantha Masih Terpampang Di Laman Web Rasmi, Ramai Bantah

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah idea menarik yang dicetuskan oleh pereka fesyen kostum tersebut iaitu Brian Khoo.

Menerusi perkongsian yang sempat kami ikuti secara live di Instagram tidak lama lalu, Samantha dan Brian saling mengingati semula detik mereka berdua berkolaborasi untuk menghasilkan kostum nasi lemak tersebut.

Menurut Brian, sebaik saja mendapat berita gembira bahawa jenamanya diberikan tanggungjawab untuk wakil Miss Universe Malaysia 2017, dia terus melakar beberapa idea berlainan untuk memberikan impak semasa Samantha bertanding di Amerika Syarikat, pada tahun itu.

Jom lihat di antara rekaan yang telah dilakar oleh Brian:

 

1 Lakaran asal kostum Nasi Lemak & hasilnya.

 

2 Lakaran kostum Nasi Lemak dengan potongan jumpsuit dan timun sebagai aksesori kipas

 

3 Lakaran kostum Meja Peranakan Baba Nyonya. Deja Vu?

 

4 Dua lakaran kostum Bunga Raya yang diinspirasikan daripada kelopak bunga. Menurut Brian, walaupun idea ini cantik tetapi banyak negara lain yang telah menghasilkan kostum berdasarkan bunga kebangsaan negara mereka.


 

5 Lakaran kostum campuran alat permainan tradisional seperti congkak, gasing dan wau bulan, with a whip!

 

6 Lakaran kostum Teh Tarik dengan tosai untuk membaluti tubuh sebagai dress

 

7 Lakaran kostum Mi Udang dengan menggunakan chopstick sebagai aksesori kepala

 

8 Lakaran kostum sate yang mempunyai daun pengipas sebagai skirt dan dapur arang sebagai ‘wing’ di bahagian belakang

*

Menarik kan!

Dalam banyak-banyak lakaran ini, yang masa satu adalah kegemaran korang?

 

IKLAN