Masih berkisar tentang ragam peminat bola sepak di Piala Dunia Qatar 2022.
Kemeriahan bola sepak masih berlangsung di bumi Qatar, namun baru-baru ini seorang peminat bola sepak ini telah menjadi perhatian dunia apabila telah mengambil keputusan untuk membuat video bantuan pengadil (VAR) sendiri di perlawanan Piala Dunia 2022.
Hal ini berlaku ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia, lelaki ini telah menarik perhatian orang ramai dengan menggunakan telefon sebagai VAR buatan sendiri.
Untuk pengetahuan korang, VAR adalah sebuah alat teknologi video untuk membantu pengadil mengambil keputusan yang lebih tepat terutamanya dalam perlawanan bola sepak.
Melalui perkongsian akaun TikTok Bestoffootball, video itu menunjukkan seorang lelaki Qatar mengeluarkan teropong gred tinggi bersama dengan telefon bimbitnya.
Peminat itu kemudian mula mengambil gambar dengan jarak dekat menggunakan teropong untuk memeriksa sepakan seperti ofsaid hanya melalui tempat duduknya.
Ads
Bagus dan bijak tindakan lelaki ini, baru puas hati kan tengok sendiri ‘ofsaid’ atau tidak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah menjadi satu kewajipan bagi mana-mana individu yang ingin memasuki mana-mana pasaraya perlu mengisi nombor telefon peribadi seperti diarahkan oleh pihak berkuasa. Tujuan ini dilakukan bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan seandainya pada hari kita memasuki pasaraya itu ada berlakunya penyebaran COVID-19.
Namun lain halnya yang berlaku kepada seorang individu Nurhas Nhz yang berstatuskan isteri orang yang berkongsi “ketakutan” apabila berterusan diganggu oleh warga asing dipercayai warga Nepal ketika memasuki Pasaraya NSK Selayang bersama suaminya dalam kejadian tiga hari lalu yang mencuri-curi mengambil nombor telefonnya dalam kertas yang mewajibkan kita mengisinya sebelum dibenarkan memasuki pasaraya.
Lebih melampau, bukan saja begitu banyak panggilan dibuat malah siap ada mesej panggilan sayang. Memang melampau la tu. Satu dah la status isteri orang dan keduanya tidak hormat dan ketiganya curi-curi ambil nombor telefon.
Baca perkongsiannya. Ada ketika memang bahaya juga kalau kita letak nombor telefon. Kena pada orang tidak bertanggungjawab begini, memang menyusahkan jadinya.
Assalamualaikum salam ramadhan
Aku update ini kerana untuk mengingatkan wanita-wanita di luar sana. Aku diganggu oleh warga asing!
Ahad 17/5/2020 lebih kurang jam 5 petang, aku dengan suami pergi NSK Selayang untuk membeli barang dapur. Sebelum masuk NSK, kena cek suhu badan dan isi nama dan nombor HP ( arahan PM pasal isu COVID-19) dan aku masuk berjalan asing dengan suami tapi jarak tak jauh la.
Lebih kurang jam 5.40 pm, aku ada terima panggilan dari aplikasi WhatsApp dan aku bercakap hanya 48 saat (aku ada nyatakan gambar) aku tanya dia siapa sebab nombor tak kenal.
Dia cakap nak kenal dengan aku dan dia bagitahu ambil nombor dalam FB. Aku terus matikan HP dan bagitahu suami. Suara Nepal. Suami terus cakap mungkin Nepal dekat depan taid kot (staff NSK) dan aku malas nak fikir terus silent HP dan simpan dalam handbag. Dan banyak kali dia call, video call tapi aku tak layan sebab kebetulan bz sangat-sangat.
isnin 18/5/2020 jam lebih kurang 2.17am, dia ada call dan video call lagi dan menyatakan dia ambil nombor aku dekat NSK. Jadi betullah apa yang suami aku kata tu. Dan malam tu suami aku kerja. Jadi aku terus Whataspp bagitahu suami hal ini. Aku screenshot bagitahu suami.
Ikutkan masa sahur tu terus nak pergi buat report tapi kawan cakap report kena jam 8p pagi ke atas. Jadi tunggulah sampai pagi aku dengan suami buat report. Selepas selesai, aku dengan suami terus pergi NSK Selayang untuk jumpa Manager (tapi aku tunggu dalam kereta sebab takut dan suami tak bagi keluar).
Pihak NSK cakap tak ada pekerja nama Ahmad seperti yang dia bagi tahu dalam WhatsApp itu yang namanya Ahmad. Pihak NSK minta resit pembelian sebagai bukti yang kami pergi sana.
Allahu nasib baik aku simpan lagi resit itu sebab jenis aku suka buang terus resit ( lepas ni kena simpan resit) dan pihak NSK berulang kali cakap tak ada staff nama Ahmad. Okay, jadi suami minta tengok rakaman CCTV untuk pastikan siapa Ahmad. Pihak NSK bagi tengok, cuma dia minta kerjasama tak boleh record.
Suami dan beberapa orang (kawan suami dan orang NSK) tengak rakaman itu. Okay memang bukan staff NSK dan aku minta maaf kerana buat report mengatakan staff NSK. Ya lah, sebab masa nak tulis nama tu, pekerja nepal berpakaian NSK ada dua tiga orang dekat situ.
Suami mengatakan ada dua orang warga asing (tak nampak sangat muka sebab pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yang isi nama dan nombor HP dan keluarkan HP dia untuk ambil nombor aku!
Dan masa dia start call pada jam 5.39pm (aku tak jawab sebab tak dengar) masa tu dia berhampiran dengan aku! Dan 5.40pm aku jawab panggilan itu pun dia masih berhampiran dengan aku! Dia ikut ke mana aku pergi (dalamNSK).
Warga asing ini memang jenis tak takut orang ke? Sebab dia dah nampak aku berdua dengan suami memilih barang tapi masih ikut aku. Dan dia tidak membeli apa-apa barang (tengok melalui rakaman CCTV) cuma hanya ikut dan perhatikan aku.
Sampai aku keluar NSK tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak. Kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta taka da parking dan kami dapat parking dekat hujung-hujung. Kalau aku seorang, masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!
Kepada semua wanita, tolong berhati hati. Ajak la suami atau sesiapa untuk teman kita. Jangan keluar seorang-seorang. Tolong!
Walau pun tekaan kami salah (kami fikir staff NSK) tapi si Nepal itu tetap salah! Kau dah curi nombor (isteri orang) dan kau kacau-kacau siap vdeo call bagai untuk apa? Panggil sayang-sayang pula tu. Kau balik la negara asal kau!
Oh ya, surat report tu aku terpaksa tutup sebab dalam report tu aku menyatakan yang staff NSK ambil nombor aku tapi . Jaga diri semua ya terutama wanita-wanita.
Oh ya, ada WhatsApp yang dia delete tu sebab dia dah takut kot sebab suami dan beberapa kawan suami call dia. Tapi Alhamdulillah sempat aku screen shoot sebelum dia delete. #Nskselayang #WargaAsing
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pertama kalinya dalam sejarah Australia, seorang Muslimah dan berhijab telah dipilih menjadi senator seawal usia 27 tahun. Berita ini sudah tentu sangat mengujakan umat Islam di seluruh dunia.
Menurut perkongsian Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin melalui hantaran di Facebooknya wanita ini berasal dari keluarga imigran yang susah dari Afghanistan.
Wanita Muda Muslim Pertama Berhijab Dilantik Sebagai Senator Australia
Fatima dikatakan telah berhijrah bumi di Perth, Australia sejak umurnya 8 tahun. Sesuatu yang kurang menonjol di Australia tetapi Senator Fatima Payman yang berusia 27 tahun telah mengubahnya.
On this #WorldRefugeeDay we are pleased to hear that Ms Fatima Payman, an Afghan 🇦🇫Refugee, now an Australian 🇦🇺 citizen, has made her path towards the Senate of the @Aust_Parliament
— Afghanistan in Australia (@AfghanEmbassyAu) June 20, 2022
Beliau yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Parlimen Australia awal bulan lalu berkata
“Hope is an amazing thing”,
“Harapan adalah sesuatu yang menakjubkan”
“Not only because Islamophobia has been rife in the media, but I want young girls who do decide to wear the hijab to actually do it with pride.”
“Bukan sahaja kerana Islamofobia telah digembar-gemburkan oleh media tetapi saya mahu wanita muda Muslim yang ingin berhijab dapat memakainya dengan bangga.”
Tahniah kami ucapkan kepada wanita muslimah ini dan semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat membuka mata dunia dan tidak memandang rendah terhadap individu beragama Islam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan tidak lama lagi. Inilah waktu masyarakat setempat mengetahui calon wakil rakyat mereka yang bakal dipilih.
Kebiasaannya, wakil rakyat dikalangan calon yang telah berpengalaman lama dan sudah tentu agak berusia sedikit, namun bagi PRN Melaka kali ini, calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd Nasir mencuri perhatian kerana menjadi calon termuda.
Baru berusia 21 tahun, Farzana bakal bertanding kerusi DUN Sungai Rambai dan menurutnya kepada Berita Harian, walaupun baru setahun jagung dalam arena politik, namun beliau yakin pengundi semakin bijak dan matang menerima orang muda sebagai wakil rakyat.
“Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat, apa lebih penting berupaya memahami masalah dan berusaha selesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan,” jelasnya.
Farzana juga merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan dan katanya, beliau akan memberikan tumpuan kepada pembangunan generasi muda dalam bidang pendidikan kerana masalah liputan internet di DUN Sungai Rambai menyukarkan golongan muda yang kini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan teknologi untuk belajar dan bekerja.
“Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai,” katanya.
Gadis ini juga kini sedang sibuk turun padang untuk bertemu dengan rakyat tempatan sempena kempen mengundi yang bakal dijadualkan pada 20 November depan.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.