
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyifatkan video keselamatan terbaharu Malaysia Airlines (MAS) sebagai satu usaha membanggakan yang berjaya menonjolkan identiti Malaysia kepada dunia.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia sememangnya tiada tandingan sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kepelbagaian, di mana perpaduan menjadi kekuatan utama.
Aaron juga menyifatkan inisiatif MAS menampilkan kepelbagaian budaya dan etnik dalam video keselamatan tersebut sebagai satu langkah bijak untuk memperlihatkan keharmonian rakyat Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Dalam masa sama, beliau menyambut baik usaha berterusan MAS yang terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh rasa bangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.