
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyifatkan video keselamatan terbaharu Malaysia Airlines (MAS) sebagai satu usaha membanggakan yang berjaya menonjolkan identiti Malaysia kepada dunia.
“Inilah wajah Malaysian Hospitality yang sebenar.


“Video ini bukan sahaja menyampaikan mesej keselamatan, malah turut meraikan kekayaan kepelbagaian budaya kita dan menonjolkan perpaduan Malaysia di mata dunia,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia sememangnya tiada tandingan sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kepelbagaian, di mana perpaduan menjadi kekuatan utama.

Aaron juga menyifatkan inisiatif MAS menampilkan kepelbagaian budaya dan etnik dalam video keselamatan tersebut sebagai satu langkah bijak untuk memperlihatkan keharmonian rakyat Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Dalam masa sama, beliau menyambut baik usaha berterusan MAS yang terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh rasa bangga.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Cemerlang STPM 2024: “Saya Belajar Bukan Sebab Nak Kejar 4 Flat, Tapi Nak Lihat Senyuman Mak Ayah”

Mushrifah Ismail, anak kedua daripada empat adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, menjadi bukti bahawa keikhlasan belajar demi keluarga mampu membuahkan kejayaan yang luar biasa.
Dengan keputusan 4.00 PNGK penuh dalam STPM 2024, Mushrifah berjaya mengharumkan nama sekolahnya, SMK Jerantut (SMJ), yang sememangnya terkenal sebagai sekolah cemerlang dalam STPM.
“Saya sangat gembira dan terharu sebab berjaya mendapatkan keputusan yang memang saya idamkan sejak mula masuk STPM,” kongsinya kepada Remaja.
Anak kepada pasangan guru ini memulakan persekolahan menengahnya di SMKA Tun Ahmadshahdan menamatkan SPM dengan keputusan 7A 3B 1C bagi aliran Sains Tulen.
Meskipun menerima tawaran ke Matrikulasi Gambang dan Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer di UIA, Mushrifah nekad memilih laluan STPM dan berpindah ke SMJ kerana yakin dengan reputasi sekolah tersebut.

Tiada Jadual Belajar Tetap, Tapi Disiplin Jadi Kunci
Walaupun bukan pelajar yang terlalu terancang, Mushrifah tetap komited untuk menyelesaikan semua tugasan secepat mungkin tanpa bertangguh.
“Saya tiada waktu belajar yang spesifik… Tapi saya akan cari masa terluang walaupun sedikit untuk siapkan tugasan.
“Kalau bertangguh, tugasan makin bertambah dan membebankan fikiran,” katanya jujur.
Setiap hari selepas pulang sekolah sekitar jam 4.30 petang, dia akan terus menyiapkan tugasan sebelum ke kelas malam. Kalau tak sempat, Mushrifah tetap akan teruskan selepas kelas, yang penting, kerja siap!

Guru & Keluarga Jadi Tulang Belakang
Buat Mushrifah, kejayaannya bukan semata-mata usaha sendiri. Ia juga hasil doa dan dorongan orang di sekelilingnya.
“Guru-guru sangat baik dan prihatin, jadi tempat saya meluahkan perasaan. Kalau saya down, merekalah yang beri kata semangat.”
“Cikgu Din (GPK Tingkatan 6) selalu kata: ‘Saya yakin dengan awak ni, awak boleh.’ Kata-kata tu saya ingat sampai sekarang,” katanya.
Tak dilupakan, ibu bapa Mushrifah juga menjadi pendorong utama. Mereka tidak pernah memaksa, tetapi pengorbanan mereka membuatkan Mushrifah mahu belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda penghargaan.
“Saya malu dengan mereka sebab mereka sentiasa penuhi keperluan dan kemahuan saya.
“Cara saya balas adalah dengan buat mereka bangga dan senyum tengok saya berjaya,” tambahnya lagi.
Pesan ibunya pula sentiasa diingati: “Utamakan Allah dalam segala urusan, sebab Allah yang Maha Memberi.”

Pernah Hampir Berputus Asa… Tapi Kembali Bangkit
Seperti pelajar lain, Mushrifah juga pernah merasa penat dan tertekan, terutamanya ketika semester kedua.
“Saya pernah rasa nak berhenti sebab terlalu penat dan tertekan.
“Tapi saya teruskan juga sebab saya cerita secara terbuka pada ibu saya supaya dia faham keadaan saya,” tuturnya.
Selain bergantung pada sokongan keluarga dan rakan-rakan, Mushrifah juga menjadikan amalan solat hajat sebagai kekuatan rohani untuk terus bertahan.
Impian Sambung TESL Di UKM & Capai PhD
Kini selepas tamat STPM, Mushrifah sudah menetapkan hala tuju: ingin menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan (TESL), dengan UKM sebagai universiti pilihan.
“Kalau diberi peluang, ruang, dan kesihatan oleh Allah, saya memang bercita-cita untuk sambung pengajian hingga ke peringkat PhD,” ujarnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Mengenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Sana” -Siti Nurhaliza

Situasi yang kini berlaku di Gaza membuatkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenangkan keselamatan 50 anak angkatnya di Palestin, yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.
Sejak peperangan itu meletus, penyanyi lagu hit Nirmala itu memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan pelajar sekolah Afwa Al Afiyah serta petugas pusat kelolaan Yayasan Nurjiwa itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Dikecam Kerana ‘Buka Mulut’ Isu Palestine, Gigi Hadid Berbeza Dari Adiknya, Bella Hadid Yang Memilih Berdiam Diri Sebagai Tanda Hormat

“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat. Situasi di sana sangat runcing.
“Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” katanya di Instagram.
Selain itu, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan Yayasan Nurjiwa difahamkan antara bangunan yang musnah akibat bedilan tentera Israel.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai membantu menyalurkan sumbangan selain mendoakan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
“Sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
“Perkara in juga tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.

“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” coretnya lagi.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inspirasi Dari ‘Dessert’ Klasik, Starbucks Perkenal 3 Minuman Baharu

Cuaca panas sekarang ni memang buat tekak rasa kering dan haus je kan?
Apa kata kita cuba minuman perisa baru daripada kedai kopi terkemuka Starbucks. Fuh, bayangkan nikmatnya bila sampai di tekak tengah panas terik ni…!

Yang menariknya, minuman-minuman yang pastinya ‘menyejukkan’ cuaca panas ini diinspirasikan dari pencuci mulut klasik dan perasa yang disukai anak kecil seperti vanila, strawberi dan juga coklat.
Untuk info, Starbucks Malaysia akan melancarkan beberapa minuman baharu mereka untuk penutup musim panas ini, iaitu Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino, dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.
Difahamkan harga bagi Neapolitan Frappucino dan S’mores Frappucino bermula dari RM20.65 manakala harga Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula bermula dari RM 15.90.

Kesemua minuman ini boleh didapati di semua cawangan mereka di seluruh negara mulai hari ini iaitu 27 Julai 2021, hanya dalam tempoh masa dan stok yang terhad.
Namun bagi Chocolate Truffle Nitro Cold Brew pula, ianya hanya akan ditawarkan di cawangan mereka yang terpilih.
Sebelum sampai ke Malaysia, 3 perisa minuman ini mula ditawarkan oleh Starbucks Singapura pada 22 Julai yang lalu.
Lepas minum perisa baru Starbucks ni mesti kita mengimbau kenangan zaman kecil kita dulu kan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


