Kreatif, Elak Lembu Stress Petani Pakaikan Lembu Cermin Mata VR

Share

Di era ini, semua benda semakin canggih.

Kalau selalunya kita dengar orang mengunakan teknologi  ‘virtual reality’ atau VR untuk bermain game. Tetapi, seorang petani Turki memakaikan cermin mata realiti maya (VR) kepada lembunya dalam usaha meningkatkan hasil harian susu lembu ternakannya.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Bukti Saintifik. Doktor Larang Guna Tahi Atau Air Kencing Lembu Sebagai ‘Penawar’ COVID-19

Foto Via: Dailymail

Kreatif kan?

Izzet Kocak terpaksa membawa masuk lembu-lembunya ke dalam kandang akibat cuaca sejuk. Namun dia masih mahukan haiwan itu menganggap ia sedang bermain di atas padang rumput hijau yang segar.

Petani itu berkata, dia mendapat inspirasi menggunakan kaedah berkenaan daripada sebuah artikel berita mengenai lembu yang memakai cermin mata realiti maya di Rusia.

Izzet tertarik dengan idea tersebut lalu menghubungi syarikat yang membuat cermin mata khas untuk lembu dengan memesan beberapa beberapa set. Menurutnya, lembu-lembunya semakin gembira dan menghasilkan lebih banyak susu selepas memakaikan cermin mata realiti maya itu.

“Saya mendapat purata 22 liter susu setiap hari daripada lembu ternakan. Ada dua lembu yang memakai cermin mata VR dan menonton padang rumput hijau yang luas sepanjang hari dan pengeluaran susu harian meningkat sehingga 27 liter.

“Cermin mata ini secara emosi baik untuk haiwan kerana membuatkannya kurang tertekan dan hasilnya dapat dilihat menerusi kuantiti pengeluaran serta kualiti susu,” katanya.

Dia sebelum ini memasang muzik klasik untuk 180 ekor haiwan ternakannya bagi meningkatkan emosi gembira dan membuatkannya berasa lebih santai. Malah bercadang untuk membeli lebih banyak cermin mata itu bagi kegunaan lembu-lembunya.

“Buat masa ini, kami memakaikan cermin mata VR kepada dua lembu dan memerhatikan peningkatan pengeluaran susu.

“Kami kini dalam fasa percubaan pertama. Untuk peringkat kedua kami menempah 10 set cermin mata VR. Jika percubaan itu berjaya, kami memesan cermin mata untuk semua haiwan ternakan,” jelasnya.

Selain itu, dia turut memantau emosi dan tingkah laku lembu ternakannya dengan alat bantuan penjejakan dengan menerima data daripada cip yang dipasang pada buku lali lembu.

Difahamkan, keluarga Izzet mempunyai ladang menternak lembu sejak tiga generasi lagi. Perniagaan mereka bertahan lama kerana sentiasa berusaha mengikuti perkembangan zaman.

Oleh itu, kini gilirannya pula memastikan perniagaan keluarga berjalan dengan lancar untuk diteruskan kepada generasi akan datang. Dia cuba menggunakan pelbagai pendekatan tidak konvensional seperti kaedah yang dibuat ini.

Untuk info,  Teknologi VR telah muncul selama beberapa dekad. Untuk memberi anda idea, paparan headset yang pertama ialah peranti yang dipanggil Headsight yang diwujudkan pada tahun 1960-an. Sebenarnya banyak lagi kegunaan VR dalam bidang-bidang lain yang lebih mencabar atau luar biasa.

Malah, teknologi ini telah digunakan untuk pelbagai benda selama 200 tahun dari sains dan perubatan hingga melatih juruterbang dan membantu arkitek membentangkan lukisan pencakar langit mereka.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

BACA LAGI : Mana Lebih Seronok Belajar, Ada Guru Depan Mata @ Guna VR?

Sumber : Dailymail , bizimpulse.me

IKLAN