KPT Maklum Lebih 500,000 Peminjam Tidak Bayar Semula PTPTN

Share

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September tahun ini.

Jumlah ini adalah daripada 2,424,009 orang peminjam yang telah menamatkan pengajian dan patut mula membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah hampir RM24.6 bilion.

Foto: The Star

Menurut laporan Sinar Harian

, daripada jumlah itu seramai 1,884,725 orang peminjam telah membuat bayaran balik dengan 751,216 peminjam telah menyelesaikan pinjaman.

Seramai 427,861 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual bayaran balik, manakala 705,648 peminjam membuat bayaran balik namun secara tidak konsisten.

Sehingga 30 September lepas, PTPTN meluluskan pinjaman kepada lebih 3.5 juta peminjam dengan jumlah pengeluaran lebih RM64.8 bilion.

Hm, sekiranya korang peminjam PTPN dan sudah memperoleh pekerjaan, buatlah caruman pinjaman walaupun sedikit. Setidak-tidaknya ia tidak memburukkan rekod nama korang nanti.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN