Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.
Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.
Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.
Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.
Ads
Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.
Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?
“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”
Ads
Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.
Pembaca jangan salah sangka ini adalah Kota A’Famosa. Ini hanyalah salah satu pintu masuk yang dikenali sebagai Porta de Santiago. Kota A’Famosa sangat besar merangkumi kawasan yang luar. Sumber gambar: The Star
Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.
Ads
Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.
***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.
Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Baru-baru ini tular di laman tiktok sebuah video pasangan pengantin. Berita itu mula menjadi perhatian masyarakat apabila dimaklumkan pengantin ini baru tingkatan 5 dan bakal menduduki SPM bulan hadapan. Memandangkan perkahwinan ini dianggap luar biasa, video tiktok pasangan ini mula menjadi tular dengan pelbagai komen dari netizen.
Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, Amyra Hanifah sempat berkongsi detik-detik indah dirinya berkahwin dengan jejaka pilihannya. Malah dia menceritakan serba sedikit kronologi dia dan pasangan mengambil keputusan untuk bernikah.
Walaubagaimanapun, dia memaklumkan akan tetap ke sekolah pada minggu hadapan dan sama sekali tidak menjadikan perkahwinan alasan untuk berhenti belajar.
Diruangan komen pula, rata-rata warganet memuji niat pelajar initidak meninggalkan pelajaran walaupun sudah bergelar isteri diusia muda. Malah mengucapkan tahniah kepada pasangan muda ini diatas pernikahan mereka.
Ada juga sebahagian daripada warganet yang sempat jadikan ‘bahan’ bergurau.
Lama tak sekolah tahu2 kahwin
Yang masih degree pun belum kahwin lagi
Apa pun, jom doa yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru ini. Moga perkahwinan mereka kekal hingga jannah. Paling penting jangan lupa pelajaran okay!
Hari ini adalah detik penentuan bagi Donald Trump dan Joe Biden bagi menentukan siapa antara keduanya adalah Presiden baru ke 59 Amerika Syarikat bagi tempoh empat tahun akan datang.
Jika sebelum ini Donald Trump yang dahulunya merupakan seorang ahli perniagaan, sosialit, penulis dan personaliti televisyen terkenal dari Amerika Syarikat menjadi pilihan ramai kerana gaya hidup mewah dan begitu banggakan kekayaannya kerana beiau merupakan Pengerusi dan CEO Trump Organization, sebuah syarikat hartanah di Amerika Syarikat tapi nampaknya minat penduduk US seakan beralih.
Mungkinkah ini kali terakhir Trump menduduki kerusi Rumah Putih? Hanya masa menentukannya.
Buat masa ini (ketika berita ditulis), calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.
Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut The Associated Press.
Bekas naib presiden itu telah menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk memenangi Rumah Putih.
Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas. Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia ratu cantik sememangnya tidak sunyi dari drama dan insiden yang melucukan. Kelmarin satu momen memalukan telah berlaku ketika pertandingan Mrs World Sri Lanka diadakan. Untuk pengetahuan anda pertandingan Mrs World merupakan pertandingan ala Miss World namun ia difokuskan kepada wanita sudah berkahwin berumur di antara 21 hingga 48 tahun.
Kelmarin satu insiden yang memalukan dan melucukan berlaku apabila Mrs World Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang merupakan pemenang pertandingan Mrs World pada tahun itu telah dengan sendirinya mengumumkan bahawa pemenang Mrs World Sri Lanka 2021 adalah tidak sah.
Saat mahkota belum ‘dirampas’. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka
Ujarnya, “Saya ada satu permintaan dari Mrs World Inc, yang ada peraturan mengatakan anda harus kekal berkahwin dan tidak bercerai. Jadi saya dengan ini mengatakan mahkota itu jatuh kepada pemenang tempat kedua.”
Dia kemudiannya dengan tanpa segan silu mencabut mahkota dari pemenang Pushpika De Silva dan memberikan mahkota itu kepada pemenang tempat kedua. De Silva yang bingung dengan keadaan itu terus meninggalkan pentas setelah dimalukan di khalayak ramai.
Saat selepas dimahkotaan semula bersama anaknya. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka
Namun begitu fakta yang sebenar bukanlah begitu, De Silva sebenarnya masih lagi seorang isteri dan tidak bercerai walaupun sudah tinggal berasingan. Pihak Mrs World Sri Lanka memulangkan kembali mahkota tersebut kepada. Pihak Mrs World Sri Lanka juga mengeluarkan kenyataan media yang Tindakan Mrs World 2019 sangat memalukan.
De Silva telah melakukan laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Caroline Jurie yang disifatkan telah memalukan dan menyebabkan kecederaan saat mencabut mahkota tersebut dari kepalanya.
***P/S- Sebagai seorang Ratu Cantik, tidak seharusnya memalukan dan mengambil tindakan sendiri tanpa usul periksa. Jika benar dia melanggar syarat pertandingan perkara itu boleh dipertikaikan secara profesional. Such a shame.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!