
Isu tentang koronavirus masih belum reda apabila jumlah individu yang dijangkiti virus ini terus meningkat kepada 19 orang di Korea Selatan.
Menurut Astro Awani, kes terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit ke-18. Mereka difahaman makan bersama lelaki warganegara Malaysia yang sah dijangkiti koronavirus semasa menghadiri persidangan di Singapura pada bulan lalu.

Apa yang membimbangkan, Korea Selatan adalah antara negara yang dikunjungi ramai masyarakat Malaysia dan disini kami ingin mengingatkan kepada korang yang akan ke sana dalam waktu terdekat ini, sentiasalah berjaga-jaga dan memakai penutup muka.
Take care guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan Lesbian Lakukan Hubungan Intim Disebat 6 Kali, Sama Seperti Di 2 Negara Islam Lain?

Hari ini, dua perempuan pasangan lesbian menjalani hukuman sebat enam kali di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu.
Terdahulu tertuduh berusia 22 dan 32 tahun, yang didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah, mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.
Hukuman terhadap pasangan “kekasih” ini sepatutnya dilakukan lebih awal sebelum ini namun ditangguhkan kerana masalah teknikal. Dalam penghakiman 28 Ogos lalu, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Nurul Huda Abdul Rahman berkata, hukuman enam sebatan yang diperintah terhadap pasangan terbabit terpaksa ditangguhkan susulan isu teknikal membabitkan pihak yang menjalankan hukuman. (Sumber Harian Metro)
Pada masa sama, Nurul Huda menasihatkan pasangan itu supaya hadir seawal 10 pagi iaitu sebelum hukuman dijalankan (3 September).

Mungkin pertama kali di Malaysia melibatkan pasangan lesbian, hukuman sebat ke atas pasangan Lesbian Gay Biseksual & Trangender (LGBT) ini sebenarnya adalah isu yang sudah biasa dilakukan di beberapa buah negara atau daerah seperti Acheh, Brunei, dan Arab Saudi.
REMAJA senaraikan kes-kes sebat melibatkan pasangan LGBT yang pernah terjadi dan bagaimana undang-undang syariah itu adalah acuan terbaik dalam membentuk hati golongan yang “tersasar” dari landasan agama.

Kes 1
Gay disebat 83 kali
Polis agama di Indonesia menyebat dua lelaki kerana seks dengan 83 sebatan ke atas mereka di hadapan orang ramai yang menyaksikan pelaksanaan hukuman yang diarahkan oleh mahkamah syariah. Selepas menguatkuasa undang-undang Islam di daerahnya mulai 2014, Acheh dikatakan mula melaksanakan hukuman itu tiga tahun kemudian dengan pasangan berusia 23 tahun dan 20 tahun adalah pertama disebat di khalayak ramai.
Apa reaksi orang ramai? Ramai yang bersorak dan merakamkan perbuatan tersebut sehingga viral di media sosial. Lebih 1000 orang hadir dan semua bersorak di sebalik teriakan kesakitan lelaki yang disebat. Kes ini tidak habis begitu sahaja biar mendapat tentangan dari Human Right yang menyifatkan undang-undang ini agak kejam dan bersifat memalukan!

Pasangan gay “nikah” kena tangkap di Arab Saudi
Awal tahun ini, kesemua tetamu yang menghadiri satu majlis pernikahan pasangan gay di Arab Saudi ditangkap pihak berkuasa selepas video itu viral di media sosial. Dalam video itu memaparkan pengantin lelaki berjalan menuju ke pengantin perempuan sambil tetamu menabur sesuatu (seperti kertas). Akibatnya mereka dikenal pasti dan ditangkap.
Arab Saudi sememangnya tegas dalam undang-undang Islam mengenai isu melibatkan LGBT ini. Tidak terkecuali Brunei yang turut mengamalkan hukum hudud di negara mereka sebagai penegak syiar Islam.
Di sebalik isu sebat melibatkan pasangan lesbian ini, carian REMAJA mendapati Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam keputusan Mahkamah Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 yang menjatuhkan hukuman enam sebatan masing-masing kepada dua wanita serta denda sejumlah RM3,300 kerana cuba melakukan hubungan sejenis di Dungun.
“Hukuman sebegitu adalah menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka.
“Ia sekali gus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama,” ujar Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Suhakam juga menegaskan, hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa.
Apa kata korang? Adakah hukuman sebat ini benar-benar memberi pengajaran atau boleh menginsafkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Calang-Calang! Ammar Ahyan Terkejut Dapat Kereta Porsche Sebagai Hadiah Istimewa

Pempengarruh, Ammar Ahyan baru-baru ini meraih perhatian di media sosial apabila menerima sebuah kejutan istimewa daripada ibu bapanya.
Anak sulung kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida itu bukan sekadar menghadiahkan anak sulung mereka itu dengan hadiah harian biasa tetapi ia berbentuk sebuah kereta mewah berjenama Porsche 718 Cayman.
Menerusi satu perkongsian di Tiktok dan Instagram milik Datin Nur Shahida, beliau berkongsi detik manis itu sambil menjelaskan bahawa pemberian tersebut merupakan tanda penghargaan buat anak sulung mereka yang kini semakin dewasa dan sudah memiliki lesen memandu.
“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Iyalah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Menurut Datin Nur Shahida, mereka sengaja merahsiakan ketibaan kereta berkenaan bagi memberikan kejutan kepada Ammar.
“Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. Jadi, Mama dengan Papa tahu hari ini sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan. Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. InsyaAllah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya,” jelasnya lagi.
Dalam video yang sama, Datin Nur Shahida juga sempat berseloroh mengenai reaksi Ammar ketika menerima hadiah tersebut.
“So Ammar Ahyan happy sebab pagi tadi dia macam dah ‘ala Mama aduh’ dia dah macam tu kan tapi akhirnya dapat juga kereta, saja je nak prank Ammar Ahyan,” katanya sambil ketawa.


Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri turut menzahirkan rasa bangga dengan anak sulungnya itu dan menegaskan bahawa segala usaha yang dilakukan adalah demi kesejahteraan anak-anak.
“Kita cari duit, apa yang Abah buat ini untuk anak-anak Abah,” ujar beliau ringkas.
Datin Nur Shahida turut menambah, rezeki yang mereka peroleh juga turut dikongsi bersama anak-anak sambil berharap agar mereka kelak turut membantu dalam perniagaan keluarga.
“Sebenarnya ada rezeki anak-anak kat sini juga, jadi kita harap anak-anak pun tolong kita meniaga, nanti masing-masing pun ada juga manisnya nanti,” katanya.

Di akhir perkongsiannya, Datin Nur Shahida turut menitipkan pesanan bermakna buat Ammar agar tidak lalai dengan nikmat yang diterima dan sempat mengingatkan puteranya itu untuk tidak riak dan sentiasa tunduk ke bumi.
“Ingat, Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” tambahnya.
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benci Islam! Polis India Sengaja Pukul Pelajar Muslim Belajar Di Perpustakaan Tanpa Sebab

Isu protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru di India yang disuarakan oleh seorang ahli politik yang tewas iaitu Kapil Mishra bukan saja mengakibatkan terjadinya rusuhan, huru hara, pembunuhan malah umat Islam di India terus ditindas dengan zalimnya.
Dilaporkan puluhan maut,antaranya termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal manakala ratusan yang lainnya cedera.

Beberapa kawasan kejiranan muslim di Utara Timur New Delhi sengaja diserang, masjid dibakar malah umat Islam diserang dengan sengaja.
Jika kita melihat hanya orang awam menyerang antara satu sama lain, nampaknya pihak yang berautoriti iaitu pihak berkuasa polis yang sepatutnya mengawal kejadian turut sama bertindak memukul orang awam khususnya pelajar muslim. Lebih teruk pelajar dipukul ketika mereka sedang belajar di perpustakaan sekaligus menunjukkan sesiapa yang beragama Islam di India begitu dibenci ketika ini.

Dalam satu rakaman CCTV memperlihatkan polis Delhi menyerang dan mencederakan siswa di dalam ruang kelas mereka di Perpustakan Jamia Millia Islamia.
Dari rakaman yang disiarkan secara langsung oleh wartawan CJ Werlemen dilihat polis India sengaja memukul pelajar yang sedang belajar hanya kerana isu kewarganegaraan India yang anti Muslim.

Dalam pada itu, Menteri Penternakan, Susu dan Perikanan, Giriraj Singh yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkata, umat Islam di negara mereka seharusnya dihantar ke Pakistan ketika konflik negara bermula 1947 lagi.
Jelasnya hal sebegini tidak akan terjadi bila undang-undang kontroversi Citizenship Amendment Act (CAA) dan National Register of Citizens (NRC) dilakukan ketika konfrantasi itu lagi.
Mari doakan agar umat Islam di India sentiasa dalam peliharaan Allah taala.
Sumber : Pilarbangsa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

