Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia.
Oleh kerana itu, satu fatwa yang dikeluarkan pada 2011 oleh mufti besar Dubai telah mengarahkan mereka yang berada di bangunan tersebut wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat bangunan.
Huh, kenapa pula macam tu?
Disebabkan bangunan Burj Khalifa tu terlampau tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat, iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding individu yang duduk di tingkat atas.
Ads
Zon berbuka yang berbeza
Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed Al Haddad menerangkan bahawa Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat dan disebabkan itu, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada tiga.
Tiga waktu tersebut bergantung pada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat dari tempat tinggal mereka. Selagi tidak melihat sendiri waktu matahari terbenam, mereka tidak boleh berbuka puasa.
Bagi siapa yang tinggal di tingkat bawah, iaitu 80 hingga 150 bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa dilambatkan selama dua minit daripada tingkat bawah.
Sama seperti solat Isyak yang harus dilambatkan dua minit juga. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan dua minit lebih awal daripada tingkat bawah.
Ads
Armani Residence di Burj KhalifaRestoran tertinggi di dunia, At.Mosphere.
Untuk mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas,iaitu pada ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan tiga minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Begitu juga dengan solat Isyak yang perlu dilambatkan sebanyak tiga minit dan solat subuh bermula tiga minit lebih awal.
Kenapa orang di tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal?
Umat Islam memulakan hari berpuasa bila sudah masuk waktu Subuh, iaitu apabila kelihatan ‘Fajar Sodiq’ yang merupakan cahaya putih agak terang menyebar di ufuk Timur, muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.
Ads
Dah tentulah orang yang ada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar Sodiq’ ini terlebih dahulu kerana mereka berada di tempat yang tinggi. Jadi, ini adalah sebab kenapa mereka perlu berpuasa lebih awal berbanding individu yang tinggal di tingkat bawah.
Rupa-rupanya ini yang berlaku kalau kita berada di tempat tinggi sangat kan. Kalau macam ni, kena la selalu alert dengan jadual waktu berbuka. Tak boleh suka-suka hati ikut orang lain, knowledge tu perlu ada.
Sekurang-kurangnya dengan penjelasan yang diberikan ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita sendiri.
Pernah tak anda tahan bersin dan kemudian terasa seperti pedih di bahagian telinga serta tekak. Itu adalah tanda buruk kecil akibat perbuatan tersebut. Baru-baru ini tular di dada platform berita utama negara mengenai kematian seorang lelaki berusia 34 tahun akibat menahan bersin.
Hasil post-mortem mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher. Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Bersin sebenarnya bagus untuk kesihatan kerana ia merupakan mekanisme tubuh untuk menyingkirkan habuk, kuman atau apabila ada iritasi pada hidung. Proses bersin melibatkan tekanan di dalam dada yang sangat kuat dan laju. Oleh itu apabila bersin sengaja ditahan ia akan mencederakan organ dan saluran pernafasan.
Berikut adalah kesan menahan bersin.
Pecah Gegendang Telinga
Merosakkan Saluran Darah, mata & Hidung
Patah Tulang Rusuk
Tekak Akan Cedera
Jangkitan Telinga
Diafragma Akan Cedera
CARA BERSIN YANG BETUL
Cara betul untuk bersin jika tidak memiliki sapu tangan atau tisu. Sumber gambar: pexels.com
Bila dikatakan jangan menahan bersin, jangan pula anda bersin sesuka hati tanpa memikirkan orang disekeliling. Bersin dengan berhemah, jika anda memiliki satu tangan atau tisu tekapkannya ke hidung sebelum bersin, ini bagi mengelakkan cecair dari tubuh anda berterbangan lalu terkena pada orang lain.
Jika tidak memiliki sapu tangan atau tisu gunakan bahagian lengan anda (bahagian lengan siku) dan rapatkan bahagian itu ke hidung.
741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperolehi keputusan PNGK (CGPA) 4.0 setelah keputusan diumumkan semalam. Menariknya, 554 daripada 741 calon itu atau 74.7 peratus merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.
Dalam sidang media yang dikendalikan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly itu, beliau mengumumkan jumlah itu sedikit berkurangan berbanding STPM 2019 sebanyak 61 calon. Pada STPM 2019, seramai 802 calon berjaya memperolehi keputusan PNGK 4.00.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ini masih merupakan satu keputusan memberansangkan memandangkan calon STPM pada tahun lalu terpaksa berdepan cabaran persiapan serta ulang kaji secara atas talian.
Ternyata, wang bukan kayu pengukur kepada kejayaan pelajar. Walaupun mungkin berdepan kepayahan belajar secara atas talian tanpa kelebihan peranti canggih, pelajar B40 masih mampu cemerlang.
Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly.
“Secara keseluruhannya, pencapaian PNGK 3.09 meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020
“Seramai 23 calon memperolehi keputusan 5A dalam kesemua subjek yang diambil, sedikit menurun daripada 42 calon pada STPM 2019. Manakala, calon yang memperolehi PNGK 4.0 dengan mendapat A dalam kesemua 4 atau 5 subjek yang diambil juga menurun dari 802 orang pada tahun 2019 kepada 741 orang pada tahun 2020,” katanya pada sidang media secara maya.
Pencapaian 44,704 orang calon STPM 2020 juga dianggap setara dengan STPM 2019 kerana perbezaan pencapaian PNGK purata amat kecil iaitu hanya 0.01 mata saja.
Bagi yang ingin menerima maklumat lanjut mengenai keputusan STPM 2020, korang boleh layari ke http://stpm.mpm.edu.my/stpmK. Manakala, sijil STPM 2020 pula akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan lagi.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua lepasan STPM 2020!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dianggarkan seramai 32.66 juta jumlah penduduk Malaysia pada suku kedua 2021, meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding suku kedua tahun 2020 (32.58 juta).
Menurut Harian Metro, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.96 juta orang (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta orang (8.2 peratus) bukan warganegara.
Jelasnya, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua tahun ini.
Penurunan ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik COVID-19.
Data penduduk yang diperoleh itu berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2010, pertambahan semula jadi kelahiran dan kematian serta migrasi bersih sebelum disemak semula selepas hasil dapatan Banci Malaysia 2020 dibuat.
Melalui hasil bancian tersebut, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh sama. Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk.
Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun kedua ini ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti oleh Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). Manakala, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 0.3 dan 0.4 peratus.
Sebanyak 3,898 kematian pada tempoh itu disebabkan oleh covid-19, meningkat daripada 78 kematian pada suku kedua 2020. Data juga menunjukkan kematian tertinggi disebabkan covid-19 direkodkan oleh kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun, dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236 manakala rekod terendah dicatatkan Putrajaya dengan empat kematian sahaja disebabkan wabak itu.
Sebagai generasi muda, korang juga perlu mengambil tahu tentang populasi masyarakat di Malaysia jika tidak mahu menjadi individu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Info-info seperti ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan korang.
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...