Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Foto Via Pexels
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan resipi kopi latte ala kampung yang korang boleh buat dan confirm ketagih nak lagi. Resipi ini telah dikongsi oleh Madihah Hamid dalam grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan:
– Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
– Susu kotak atau susu segar
– Gula melaka
– Air
Ads
Cara menyediakan:
1. Masakkan kopi sehingga menggelegak, biarkan dalam satu minit (dalam keadaan menggelegak)
Tunggu hingga menggelegak
2. Kemudian, tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api
Ads
3. Tuangkan air kopi dan susu tadi dalam juga, tuangkan secawan untuk diminum. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Lagi lama disimpan dalam peti ais, lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar
Sukatan lebih kurang untuk jug 1 liter
Ads
Lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan pun dah nampak sedap. Kalau nak tahu power tak power, korang cubalah sendiri okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.
Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.
Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-
Berfungsi sebagai anti bakteria.
Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.
Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Disiplin tinggi bukan sahaja membolehkan Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berlangsung baru-baru ini.
Penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC yang kini berusia 25 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Azfar menyifatkan karier sebagai pemain skuad Tok Gajah yang disertai pada 2024 bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu sama seperti penuntut lain sebaliknya ia mendidik diri dalam aspek pengurusan masa.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya. Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa”
“Saya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan,” katanya.
Menurut Azfar, beliau menyertai Penang FC dan tinggal di Pulau Pinang pada tahun 2023 menyebabkan tidak dapat hadir ke kelas yang terletak di UiTM Shah Alam. Namun, itu bukan alasan dan Azfar cuba mencari inisiatif lain dengan berhubung dengan pensyarah dan belajar sendiri selain menyertai kelas menerusi Zoom dan Google Meet.
Ditanya mengenai cabaran sebagai pemain dan penuntut, pemain kelahiran Terengganu itu berkata, elemen putus asa tidak ada dalam dirinya walaupun sibuk mengikuti latihan dan juga kuliah.
“Semuanya tidak mustahil kerana paling penting adalah bagaimana seseorang itu mengimbangkan diri apabila berstatus atlet dan juga pelajar. Saya pernah rasa nak give up sebab apabila masuk kelas sebab rasa macam zero knowledge. Tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan dan supervisor yang selalu bantu saya untuk catch up,” ujarnya.
Azfar juga turut berterima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakannya yang sering membantu dan menasihati anak muda di luar sana agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencari bantuan bila diperlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada siapa yang mampu menolak takdir Ilahi. Itulah yang dilalui oleh keluarga kepada graduan Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Allahyarham Wan Ruslan Wan Yusoff, yang pergi dijemput Ilahi pada 16 Mac 2025, sebelum sempat meraikan kejayaan menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu.
Namun, semangat arwah terus hidup dalam hati insan tersayang. Dengan penuh ketabahan, Julina Jamil, melangkah ke pentas utama Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-20 hari ini untuk menerima Anugerah Anumerta bagi pihak arwah suaminya.
Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor pada sesi pertama majlis tersebut.
Menurut Julina, beliau tidak menyangka akan diberi penghormatan sebesar itu bagi pihak arwah yang sentiasa gigih menuntut ilmu hingga ke akhir hayatnya.
“Ini merupakan salah satu impian Allahyarham untuk menuntut ilmu di peringkat tertinggi. Allahyarham seorang yang suka mencabar diri dan tidak pernah berhenti mencari ilmu baharu.
“Ketika orang lain masih belum mengenali apa itu Kecerdasan Buatan (AI), beliau sudah mula menulis dan membangunkan programnya sendiri,” ujarnya penuh bangga.
Julina turut menambah bahawa beliau sendiri menjadi saksi kepada perjuangan arwah suaminya dari awal hingga akhir.
“Arwah sempat menghantar tesis pra-viva pada 20 Disember 2024, namun takdir menentukan segalanya apabila beliau menghembuskan nafas terakhir akibat Cardiogenic Shock Secondary to Advanced Heart Failure,” ujarnya lagi.
Majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan detik penuh emosi apabila lima penerima menerima Anugerah Anumerta sebagai tanda penghargaan universiti terhadap semangat juang mereka dalam menuntut ilmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...