
Impak penyebaran wabak Covid-19 yang mencatatkan penambahan kes di Malaysia turut memberi tempias kepada institut pendidikan tinggi (IPT).
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Jaafar berkata, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyarankan agar semua aktiviti berkumpulan di IPT seluruh negara ditunda, sekurang-kurangnya selepas Mac dan April ini.
Ini bertujuan untuk mencegah penularan lebih banyak kes Covid-19.
Antara acara besar seperti konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijadualkan berlangsung bermula 24 Mac ini diumumkan ditangguh. Penangguhan ini membabitkan kampus Shah Alam dan semua kampus cawangan UiTM.

Sementara itu, acara konvokesyen di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) juga ditangguhkan walaupun sepatutnya berlangsung semalam.
Sekurang-kurang, acara ini tidak dibatalkan. Ia cuma dibawa ke tarikh lain kelak. Apa-apapun be careful guys! Ambil langkah pencegahan sewajarnya okay.
Kalau terpaksa berkumpul juga, korang boleh ikut nasihat di bawah.
Bagaimana Hadir Kenduri Kahwin Time Covid-19 Merebak? Pensyarah UKM Saran Ikut Langkah Ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?

Esok, seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bagi pengundi yang sedang berkhidmat, belajar atau sedang bermigrasi di luar negara pula, mereka akan dapat merasai pengalaman mengundi secara pos demi menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia.
Menariknya, media sosial telah dijadikan ruang perkongsian sesama pelajar di luar negara serta untuk berkongsi dengan rakan di Malaysia mengenai ‘perjalanan’ kertas undi yang telah mereka pos. Maklum sajalah, kali pertama ingin mengundi pastinya ada beberapa perkara yang kita tidak faham sepenuhnya mengenai undi pos. Jadi, platform seperti Facebook dan Twitter diguna sebaik mungkin untuk berinteraksi.

Salah seorang pelajar yang menarik perhatian kami adalah Qaisy Jaslenda yang kini sedang menuntut di Bartlett School of Architecture, UCL, University of London. Melalui akaun Facebook miliknya, Qaisy berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pengundi pos kali pertama.
Agak-agak, sempat sampai atau tidak kertas undinya itu?
* * * * *
1 Mei 2018
Pada jam 22:32, kertas undi pos saya telah dihantar ke FedEx Shah Alam, Malaysia untuk ke London.

2 Mei 2018
Pada jam 20:21, kertas undi tersebut sudah dalam perjalanan.
3 Mei 2018
Pada jam 14:07, saya terima sms memaklumkan kertas undi tersebut akan sampai di London pada 4 Mei 2018.
Pada sekitar jam 23:00 malam, saya periksa tracking number di website FedEx. Kertas undi tak dapat dikenalpasti.

4 Mei 2018
Kertas undi masih tak dapat dikenalpasti menerusi website FedEx. FedEx juga tidak dapat dihubungi melalui telefon.

5 Mei 2018
Menerusi website FedEx, kertas undi tersebut didapati masih di Sepang, Malaysia. Jangkaan masa sampai ke London masih tidak ada.

6 Mei 2018
Masih tiada khabar.
7 Mei 2018
Jam 20:40 malam (waktu Perancis). Kertas Undi berada di FedEx ROISSY CHARLES DE GAULLE CEDEX, France.
8 Mei 2018
Pada jam 08:30 pagi (sehari sebelum PRU14), kiriman tersebut tiba juga di Depot FedEx di London. Saya sedang membuat pertanyaan lanjut mengenai “shipment exception” beberapa hari lalu dengan pegawai FedEx di London.
Sekitar jam 10:00 pagi, kiriman kertas undi sampai ke tangan saya. Rakan saya bantu saya untuk bawa kertas undi saya ke Heathrow, untuk naik kapal terbang dan dibawa balik ke Malaysia. Kami kumpul wang untuk tanggung kos tiket.
* * * * *
Ini bermaksud, kebanyakan daripada warganegara Malaysia di United Kingdom khususnya mungkin masih belum menerima kertas undian mereka walaupun berbaki kurang sehari sahaja lagi sebelum tarikh mengundi.
Menarik juga apabila kita dapat melihat, servis “FedEx International Priority” mengambil masa lima hari untuk sampai ke Sepang dari Shah Alam. Hhm..
Ini yang boleh disimpulkan oleh Qaisy melalui pengalaman undi pos kali pertama. “Memandangkan hanya tinggal empat hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei 2018 tamat, dan cuti hari buruh di United Kingdom pada hari Isnin, 7 Mei 2018. Saya jangkakan kertas undi saya tak akan sempat sampai ke kotak undi.” Namun seperti yang dinyatakan di atas, akhirnya ia tiba juga pagi tadi.

Bagaimana pula dengan rakan atau ahli keluarga korang yang sedang berada di luar negara? Adakah mereka menghadapi situasi yang sama ataupun sama sekali enggan kisah dengan situasi tidak dapat mengundi ini?
Bagaimana pula sekiranya rakyat Malaysia di luar negara ingin mendapatkan penjelasan mengenai isu ini?
Kami harapkan ada solusi yang dapat dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Sumber: Facebook Qaisy Jaslenda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fazura Disahkan Fail Cerai Daripada Fattah Pagi Jumaat, 13 September

Keharmonian rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin, 33 dan Nur Fazura Sharifuddin, 41 yang hangat dipersoalkan di media sosial beberapa bulan kebelakangan ini terjawab pada Jumaat, 13 September.
Ini setelah Fazura difahamkan memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam, pagi tadi.

Menurut sumber yang mengesahkan perkara tersebut kepada BH Online, Fazura bagaimanapun tidak menghadiri mahkamah.
Sebaliknya, pemilik jenama Tudung Fazura dan Fazbulous itu diwakili oleh peguamnya untuk menguruskan pemfailan tersebut.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi,” kata sumber berkenaan.
Namun, butiran terperinci termasuklah punca penceraian tidak didedahkan untuk pengetahuan khalayak.

Sebagai info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“I Dah Penat Doh Fikir Semua Benda Ni…” Perbualan Group Chat Pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Kena ‘Leak’?

Bukan senang apabila 20 pelajar berkumpul dalam sebuah kelas yang sama selama 20 episod. Sudah lah tak boleh keluar berjumpa orang luar, mereka juga digertak oleh cikgu kelas sendiri untuk tidak berhubung dengan orang luar menerusi teks mesej di telefon masing-masing. Kalau tidak ikut cakap… nyawa jadi bayaran!
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh para pelajar Cikgu Hiragi yang ditahan dalam kelas mereka sendiri sehingga tercipta fenomena di seluruh Malaysia.


Cuma yang peliknya baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar yang seakan menampakkan perbualan di antara 20 orang pelajar Kelas 5A itu.
Aik, kata tak boleh berhubung menerusi telefon pintar mereka. Malah, telefon mereka juga dilaporkan dirampas oleh Cikgu Hiragi sendiri. Bagaimana pula sebahagian besar daripada mereka boleh berkomunikasi seperti ini?
Jelas dalam perbualan tersebut, setiap pelakon yang menukar nama mereka menggunakan nama karakter yang diberi mula merasakan Cikgu Hiragi lakonan Nadhir Nasar seakan lain macam sewaktu di dalam kelas. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.
Tambahan pula, Cikgu Hiragi mula bertanyakan soalan yang anah-aneh kepada pelajarnya kerana salah seorang cuba menyorokkan sesuatu yang serius daripada pengetahuan yang lain.
Eh, ter-speku pula!
Nah, korang bacalah sendiri perbualan mereka yang tular itu.

“Woi, jangan aa! Goosebumps siot. Aku tak nak mati!”

“I dah penat doh fikir pasal semua benda ni.” – Siew May

Pula dahh…
Apapun, sama ada ia merupakan group chat sebenar yang ada dalam kalangan para pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi atapun sekadar gimik drama tersebut sahaja… korang tentukan sendiri.
Yang penting, peminat mereka sememangnya mencari peluang untuk menyertai group chat tersebut!


Agak-agak, apa tindakan Cikgu Hiragi sekiranya dia tahu para pelajar tahanannya itu telah melanggar arahan dengan berkomunikasi menerusi group chat ini?
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

