Baru-baru ini, kontroversi melibatkan sebuah video siaran langsung bintang terkenal K-Pop, RM BTS terus menjadi perbualan hangat di media sosial apabila pelbagai salah faham mula timbul sehingga mencetuskan perdebatan antara peminat dan warga internet.
Difahamkan, selepas sesi siaran langsung itu, pelbagai spekulasi serta khabar angin mengenai ahli BTS sedang hangat diperkatakan serta komen RM atau pemilik nama sebenar Kim Namjoon (31) mengenai beberapa topik sensitif, termasuk isu berkaitan kumpulan, menjadi fokus utama sehingga ada pihak yang mengambil kata‑katanya di luar konteks.
Disebabkan potongan video tersebut tersebar tanpa konteks penuh, RM menerima jumlah komen negatif yang agak tinggi. Ramai yang mendakwa kenyataannya seakan mengundang kontroversi, sedangkan apa yang disampaikan sebenarnya lebih kepada luahan hati dan rasa tertekan.
RM BTS Ketika Siaran Live Baru-baru IniPerkongsian RM BTS Di Weverse
Selepas dua hari, pada 8 Disember, RM tampil meredakan keadaan dengan memuat naik foto berbentuk hati di aplikasi Weverse. Dalam hantaran sama, beliau menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada peminat yang mungkin terasa atau salah faham.
“Saya minta maaf kalau live saya dua hari lepas buat ramai ARMY rasa penat. Sekarang saya menyesal buat live itu, tapi ketika itu saya memang rasa tertekan,” katanya.
Ketua kumpulan kepada BTS itu turut menambah bahawa beliau menerima banyak mesej daripada individu yang risau tentang keadaannya. Dalam nada lebih santai, beliau menjelaskan perancangan peribadi yang sedang berlangsung sambil mengingatkan peminat supaya menjaga diri dalam cuaca sejuk.
Ads
“Saya akan fokus pada penghasilan muzik, latihan koreografi, fikirkan content baru, tidur elok-elok, dan jalani hidup macam biasa,” jelasnya.
Kredit foto: IG RM BTS
Dalam hantaran yang sama, RM sempat bercerita mengenai kehidupannya kebelakangan ini, termasuk persiapan untuk mengambil ujian memandu, menonton filem indie berjudul The Color of Pomegranates, serta proses renovasi rumah yang akhirnya siap selepas enam bulan.
Sementara itu, di ruangan komen, para peminat menyambut baik keterbukaannya itu dan ramai yang menyatakan bahawa RM tidak bersalah dalam isu tersebut. Malah, sebahagian besar mereka berpendapat permohonan maafnya menunjukkan sikap matang serta rasa tanggungjawab sebagai figura awam.
Walaupun kontroversi itu memberi sedikit getaran dalam komuniti peminat, ramai percaya ia hanyalah salah faham yang diperbesarkan. Selain itu, menerusi penjelasan RM, suasana kini dilihat semakin reda dan peminat kembali memberikan sokongan penuh kepada beliau.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS kini dikhabarkan sedang dalam persiapan melancarkan album penuh baharu. Mereka dijangka kembali dengan aktiviti kumpulan sepenuhnya pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam hantaran sama, Saidah berkata dia tidak menyangka mereka akhirnya bertunang meskipun ada segelintir pihak yang tidak yakin dengan hubungan mereka memandangkan jarak usia yang agak jauh.
Menurut laporan, pasangan sama cantik sama padan ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Malah, menurut Munzatar juga dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawap sebagai seoarang suami dalam usia muda.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Sedikit info, Muntazar juga merupakan adik kepada pelakon kanak-kanak yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Firdaus Ghufran. Manakala, Saidah pernah membintangi drama Kerana Cinta Itu Ada, Tentang Hati Dia dan Rajuk Karina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang, itulah silap saya. Tidak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi pengajaran buat saya”
Itulah kata-kata yang ditutur pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengenai isu pecah amanah yang berlaku dalam syarikat yang melibatkan perniagaan miliknya, baru-baru ini.
Pelakon filem popular Pisau Cukur itu bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Malah, perkara berkenaan sekali gus membuka matanya untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling termasuk kenalan terdekat.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap menjadi pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai orang serta sebagai teladan buat si pelaku juga menyesali dengan apa yang sudah dilakukan.
“Sejak kebelakangan ini, saya banyak mengalami situasi begitu (dikhianati) dengan pekerja dan kawan-kawan. Tidak boleh mempercayai sesiapa walaupun dia rapat dengan saya,” tuturnya ketika ditemu bual.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin itu memaklumkan kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Betul memang ada pecah amanah dan kes ini sangat-sangat berat dan melibatkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak. Saya tidak ingin ulas panjang kerana hal ini masih menjadi siasatan pihak polis.
“Insya-Allah kita akan tahu lebih lanjut apabila mendapat kemas kini nanti. Apatah lagi isu ini bukan membabitkan satu kes saja sebaliknya melibatkan beberapa kes lain. Saya bukan ingin mengaibkan sesiapa, sebaliknya sudah melanggar undang-undang,” katanya lagi.
Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Fazura ada membuat satu laporan polis berkenaan isu pecah amanah terhadap syarikat miliknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, selepas menerima permintaan luar biasa daripada peminat tegar kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia telah membuahkan hasil apabila konsert mereka di Kuala Lumpur ditambah kepada dua malam berturut-turut.
Pengumuman ini dikongsi oleh penganjur, Hello Universe menerusi media sosial selepas 60,000 tiket bagi malam pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil habis terjual dalam masa kurang dua jam. Situasi ini turut mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat, terutama apabila wujudnya gangguan teknikal dan penjualan semula tiket oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, konsert tambahan ini bakal berlangsung pada 1 Mei 2026, sehari selepas persembahan asal yang dijadualkan pada 30 April 2026, menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia Tenggara dengan dua malam persembahan.
“Rasmi! Doa anda termakbul dan suara anda didengari, Malaysia!”
“Bersedia untuk satu-satunya persembahan kedua yang ditambah untuk Asia Tenggara! Ini adalah peluang terakhir anda untuk menjadi sebahagian daripada malam paling epik dalam sejarah emo rock,” tulis Hello Universe dalam kenyataan rasmi mereka.
Tiket untuk malam kedua konsert akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 jam 10 pagi menerusi laman web dan aplikasi rasmi GoLive Ticketing. Harga tiket kekal seperti malam pertama bermula dari RM299 hingga RM1,099 merangkumi zon tempat duduk dan berdiri.
Kehadiran MCR ke Malaysia kali ini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia mereka, namun hanya Kuala Lumpur dipilih untuk dua malam persembahan. Negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina hanya menerima satu malam konsert sahaja setakat ini.
Terdahulu, kali terakhir MCR membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2007 menerusi jelajah ‘The Black Parade World Tour’ dan kepulangan mereka kali ini membawa nostalgia mendalam buat generasi peminat yang membesar dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay (I Promise).
Respon luar biasa ini membuktikan bahawa muzik MCR masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat lama mahupun generasi baru. Tambahan malam konsert ini dilihat sebagai satu penghargaan kepada peminat Malaysia yang setia menanti kemunculan semula mereka.
Dengan kehadiran MCR yang dijangka bakal menggegarkan pentas Bukit Jalil selama dua malam, para peminat digesa untuk bersiap sedia dan tidak melepaskan peluang memiliki tiket seawal mungkin. Tidak mustahil, konsert malam kedua ini juga bakal habis dijual dalam masa singkat seperti sebelumnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Tokoh Perfileman Asia BIFF 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman Asia yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.