Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh enggan mengulas secara terperinciĀ mengenai kontroversi konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelantun lagu popular Cinta itu juga mengakui bahawa dia belum bertemu dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment.
“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna.Ā Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyiĀ Sabahan.
Ads
“Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi,” katanyaĀ ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun.
Pada masa sama, Marsha turut mengunci mulut mengenai rakan seperjuangannya, Stacy Anam, yang telah menarik diri daripada konsert tersebut.
“Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia. Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep,” ujarnya lagi.
Ads
Walaupun dalam situasi yang tidak pasti, penyanyi lagu Bimbang itu berharap agar konsert yang menggabungkan penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu berjalan dengan lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram,Ā Instagram &Ā TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkat kreativiti, bakat dan fokus pada perihal pertandingan; pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah diumumkan sebagai juara program realiti Famili Duo musim kedua.
Kedua-dua anak penyanyi lagenda, Jamal Abdiillah itu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
FOTO: TV3 Malaysia
“Alhamdulillah. Syukur, terima kasih kepada semua yang menyokong. Kepada team Nusa Music, ibu bapa kami! Itu yang sangat bermakna. Terima kasih Mama, terima kasih Babah,” kata Yamani selepas mereka diumumkan sebagai juara. Adik-beradik itu secara resfleks bersujud syukur di atas kemenangan.
Tambah Zaki Yamani, “Terima kasih Abang Ajai, Mummy (Mas Idayu). Terima kasih kepada abang-abang pemuzik, terima kasih kepada emak saya yang selalu bagi semangat.”
Tatkala program Famili Duo diheret dengan beberapa cerita sensasi sejak kebelakangan ini, Yamani dan Zaki kekal meletakkan misi utama untuk menjuarai pertandingan dengan membawakan medley lagu Hutang dan Bunga bagi kategori ‘Lagu Anugerah Juara Lagu’ dan lagu Kau Pun Sama bagi kategori ‘Lagu Bebas’.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada pasangan The Jebats (Ayda Jebat & Fyna Jebat) manakala pasangan Bella Astillah dan Wani Kayrie pula merangkul tempat ketiga.
Tempat keempat dibawa pulang oleh Naim Daniel dan Sissy Iman.
Kontroversi Famili Duo
Isu pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman teruk dimarahi juri Mas Idayu, isu Fyna Jebat didakwa bertengkar di kedai makan bersama isteri pertama bekas jurulatih bola sepak tempatan serta isu dugaan orang ketiga dalam perkahwinan Bella Astillah telah menjadi tajuk utama berita hiburan sejak kebelakangan ini.
Hanya sang juara ini sahaja yang dilihat bebas daripada sebarang kontroversi sekaligus membuatkan kemenangan mereka pada malam ini manis untuk diperkatakan.
FOTO: TV3 Malaysia
Walaupun sesetengah pihak berpendapat cerita-cerita sensasi ini ‘sengaja’ dijaja pada waktu yang tepat untuk menaikkan rating program Famili Duo, jelas fokus dan semangat sebahagian daripada pesertanya terkesan dengannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai peminat k-drama yang menantikan drama-drama terbaharu dari Korea pada tahun ini. Seperti biasa, senarai drama yang bakal dipertontonkan ini jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara drama-drama Korea yang bakal ditayangkan di Netflix sepanjang tahun 2022.
1. All of Us Are Dead
Menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ānovel grafik zombi gaya Koreaā.
2. Juvenile Justice
Foto: What’s on Netflix
Kisah seorang hakim yang tidak suka kepada pesalah juvana yang akhirnya dilantik sebagai hakim di mahkamah juvana. Kim Hye Soo memainkan watak sebagai Sim Eun Seok, seorang hakim berkarisma yang baru dilantik di daerah yang mempunyai kes juvana yang tinggi.
3. Twenty Five, Twenty One
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
4. Forecasting Love and Weather
Siri komedi romantis yang mengisahkan tentang pekerja-pekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea, jatuh bangun mereka dalam kehidupan. Jin Ha Kyung yang berazam tidak mahu bercinta dengan rakan sepejabat dan akhirnya menjalin hubungan dengan seorang pekerja baru.
Drama kehidupan dan percintaan yang menyentuh hati di antara persahabatan, cinta dan kehidupan tiga sahabat yang akan mencecah umur 40 tahun. Kebetulan mereka merupakan BFF di sekolah menengah. Apabila umur mereka 39 tahun, mereka mengalami kehidupan yang tidak baik dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada persahabatan yang telah terjalin.
6. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan āgream reapersā dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
7. Business Proposal
Drama percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia mengisahkan tentang percintaan CEO dan pekerjanya.
8. The Sound of Magic
The Sound of Magic, berdasarkan webtoon popular Annarasumanara, ialah drama menyentuh tentang Yoon Ah-yi, seorang gadis yang terpaksa membesar terlalu cepat, dan Rieul, seorang ahli silap mata misteri yang ā walaupun sudah dewasa ā ingin kekal sebagai seorang kanak-kanak.
Mengisahkan Rex, ejen mencari jodoh ekslusif dan pakar dalam melayani permintaan pelanggannya untuk dijodohkan dengan golongan orang berada.
10. A Model Family
Kisah sebuah keluarga yang di ambang kehancuran akibat muflis dan masalah terjebak dengan sindiket pengedaran dadah.
11. Glitch
Mengisahkan seorang wanita yang cuba untuk menjejaki kekasihnya yang hilang dengan bantuan kelab UFO. Dalam proses itu, dia berhadapan dengan rahsia misteri.
12. Suriname
Mengisahkan seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah di negara Suriname di Amerika Selatan. Drama ini merupakan drama paling mahal di Korea dengan kos mencecah 40 billion won (RM140 juta).
13. Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Menceritakan ahli strategi yang genius dan krewnya yang berbakat terdiri daripada pencuri kelas atas yang cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku di Semenanjung Korea.
14. Love to Hate You
Drama tentang seorang wanita yang tidak suka kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang curiga terhadap wanita yang kemudiannya menemui remedi kehidupan di sebalik ciri-ciri mereka yang bertentangan.
15. Somebody
Seorang pemaju sebuah aplikasi sosial terlibat dengan seorang lelaki misteri, ketika kes pembunuhan berlaku menerusi aplikasi sosial bernama Somebody yang dibangunkannya.
Wah, banyak betul kdrama sepanjang tahun ini. Harapnya korang terhibur. Selamat menonton!
Sumber: Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TBH, Shawn Mendes merupakan antara penyanyi lelaki paling hot pada masa ini. Tambahan pula, dia kini hangat dengan single āSenoritaā nyanyian bersama Camila Cabello.
Chemistry di antara Shawn dan Camila terus diperkatakan apabila video clip Senorita. Seksi eh korang! Ada yang menganggap mereka sebenarnya sedang bercinta, termasuklah kami yang ingin sekali ship mereka.
Baru-baru ini semasa sesi Q&A jelajah konsert Amerika Utara, peminat Shawn tak lepaskan peluang untuk bertanya siapakan selebriti perempuan yang dia minat.
Err bukan obviously Camila ke?
Tapi Shawn telah mengejutkan semua orang apabila menjawab, āSaya masih menyukai Emma Watson! Apabila saya berjumpa dengannya dulu, saya terus malu!
Eleh, acah malu.
Jika korang merupakan peminat hardcore Shawn, pasti korang ingat lagi tweet popular pada tahun di mana dia mengakui perasaan crush-nya kepada Emma.
Semasa menyertai segmen Carpool Karaoke. bersama James Corden pun, Shawn pun pernah mengakuinya.
Dengan memakai jubah Harry Potter, Shawn berkata, āSaya pernah berjumpa Emma sekali saja dan saya terus star-struck. I was definitely sweating a bit but I acted cool.ā
Menariknya, ada peminat yang perasan Shawn belum berkawan dengan Emma di Instagram. What?!
Harapnya mereka akan menjadi Instagram official tak lama lagi. Tak perlu malu sangatlah Shawn!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!