Konsert Percuma Di Awan Biru, David Foster, Dato’ Siti & Loren Allred Hiburkan Penumpang Dengan Nyanyian Menerusi Interkom Pesawat

Share

Hiburan dalam penerbangan membawa makna baharu apabila beberapa selebriti terkenal menghiburkan penumpang kapal terbang dengan ‘konsert mini’ melalui sistem interkom semasa penerbangan AirAsia baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagaikan Mimpi….” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Dipilih Untuk Berkongsi Pentas Di Konsert Eksklusif David Foster and Friends!

Komposer, penerbit, dan pemenang Anugerah Grammy David Foster, diiringi penyanyi Michael Bolton, Katherine McPhee, Peabo Bryson, Loren Allred, dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Singapura baru-baru ini bersempena konsert David Foster and Friends di situ.

Bagi mereka yang tidak maklum, kumpulan penyanyi terkenal itu baru sahaja menamatkan konsert mereka di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

 Menerusi video klip yang dikongsikan oleh pramugara penerbangan itu sendiri, David Foster mengambil alih sistem interkom pesawat dan mula menyampaikannya kepada beberapa artis lain yang turut berada di dalam pesawat untuk membolehkan mereka menyanyikan beberapa bait lirik lagu hits mereka.

Penumpang dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu terkemuka seperti A Whole New World, I Have Nothing, When A Man Loves A Woman, I Swear, dan Never Enough.

Penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu popularnya, Aku Cinta Padamu kepada para penumpang yang jelas kelihatan teruja dengan momen berharga tersebut.

Menjelang penghujung video, komposer terkenal itu mengucapkan terima kasih kepada pihak AirAsia atas peluang tersebut lalu berjalan ke bahagian belakang pesawat untuk menyapa penumpang lain. Wahh…kerlas ye konsert percuma di awan biru!

BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO/ARTIKEL: Instagram Victor Wong

IKLAN