Baru-baru ini, Kuala Lumpur kembali bergema dengan kehadiran kumpulan pop-rock terkenal dari Indonesia, Nidji, yang mengadakan konsert mereka di Malaysia selepas 18 tahun.
Konsert ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ yang berlangsung pada 2 Februari di Axiata Arena, bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi sebuah perayaan muzik bagi menandakan 23 tahun perjalanan mereka dalam industri muzik.
Selain itu, dengan kehadiran seramai 10,000 penonton pada malam semalam telah menjadi saksi betapa peminat di Malaysia masih setia dengan kumpulan ini walaupun sudah hampir dua dekad sejak kali terakhir mereka mengadakan konsert di sini.
Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan kepada peminat, Nidji telah mempersembahkan 23 buah lagu, selari dengan usia kumpulan itu.
Sejak tirai persembahan dibuka, aura nostalgia terus menyelubungi arena dengan lagu-lagu Ku Takkan Bisa, Biarlah, Sumpah dan Cinta Matiku, serta Rahasia Hati yang membuatkan penonton turut sama menyanyi.
Kehebatan konsert ini semakin terserlah dengan lagu ikonik mereka seperti Laskar Pelangi, Teroesir (Menunggu Karma), Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Nelangsa, Sudah, Wadoow, Teman Sejati, Lampu Hati dan beberapa buah lagu lagi.
Kemuncak emosi pada malam ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ mencapai kemuncaknya apabila Nidji menutup persembahan mereka dengan lagu hit mereka ‘Hapus Aku’ yang mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.
Ads
Kejutan istimewa turut mewarnai konsert ini apabila kumpulan Kugiran Masdo tampil sebagai tetamu undangan. Kolaborasi mereka dengan Nidji menerusi lagu Zayang Zayang mencipta momen istimewa buat peminat muzik Malaysia dan Indonesia.
Gandingan di antara kedua-dua kumpulan ini jelas terserlah memperlihatkan bagaimana muzik mampu menyatukan dua negara serumpun.
Selain membawakan lagu-lagu hits mereka sendiri, Nidji juga memberi penghormatan kepada lagenda muzik tanah air dengan menyanyikan Getaran Jiwa, lagu klasik yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee.
Versi piano yang dibawakan oleh vokalis Nidji, Ubay Yusuf membawa nafas baru kepada karya agung tersebut, namun masih mengekalkan keindahan melodi asal yang tidak lapuk dek zaman.
Ads
Antara salah satu elemen menarik konsert ini adalah kod pakaian yang ditetapkan kepada penonton iaitu bold, energetic, and expressive bukan sekadar satu tema fesyen, tetapi juga mencerminkan semangat dan tenaga yang ingin disampaikan oleh Nidji kepada peminat mereka.
Kelibat penonton yang hadir dengan gaya unik dan penuh warna-warni menambah lagi kemeriahan suasana, menjadikan konsert ini bukan sahaja tentang muzik, tetapi juga dapat diibaratkan sebagai sebuah perayaan ekspresi diri.
Kehadiran 10,000 peminat yang memenuhi ruang konsert membuktikan bahawa Nidji masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia.
Sambutan luar biasa ini menjadi bukti bahawa lagu-lagu mereka masih relevan dan dekat di hati pendengar, walaupun industri muzik terus berkembang dengan generasi baharu.
Ads
Konsert Nidji 2.3 ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ bukan sekadar sebuah persembahan mengubat rindu, tetapi juga satu perjalanan emosi yang membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan kumpulan ini.
Setiap setlist yang mengimbau kenangan, kejutan kolaborasi istimewa, serta tenaga luar biasa daripada barisan pemuzik dan penonton, konsert ini pasti akan dikenang sebagai salah satu persembahan terbaik yang pernah berlangsung di Kuala Lumpur.
Nidji kini terdiri daripada Ubay, Rama, Ariel, Randy, Andro serta Adri dan mereka baru sahaja melancarkan album terbaru yang berjudul Manifestasi Hati, sebuah karya yang mencerminkan evolusi muzik mereka sambil mengekalkan identiti yang telah lama dicintai peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Senario perfileman di Malaysia pada tahun ini makin menunjukkan peningkatan memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas!
Selepas berjaya mengaut kutipan RM22juta (what?!) selepas 18 hari tayangan, filem Paskal diiktiraf sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2018.
Bukan saja filem arahan Adrian Teh ini menampilkan lakonan mantap oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Malah ia turut diberi kesempatan untuk ditayangkan di Singapura pada pertengahan Oktober lalu.
Hari ini, Paskal memperoleh satu lagi pengiktirafan apabila ia mendapat rating tertinggi bagi kategori Filem Popular Dari Sesebuah Negara – Malaysia.
Paskal menerima rating 9.1/10!
Pagi tadi, mereka menerima rating 8.8. Hanya dalam masa beberapa jam saja, ia boleh meningkat naik hasil pujian para penonton! Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.
Nah, tengok pula 14 lagi buah filem Malaysia yang menduduki tangga TOP 15. Bagaimanapun, ada beberapa filem ber-rating tinggi yang tidak disenaraikan. Contohnya seperti ‘Tiga Abdul’ arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperoleh rating 8.0/10.
Kalau korang merupakan fans kepada bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik DAN sudah hafal kesemua single nyanyiannya, mesti korang perasan telor suara Zayn kadangkala mirip penyanyi Bollywood.
Walaupun dilahirkan di West Yorkshire dan menempah kerjaya sebagai penyanyi Brit-American, Zayn sebenarnya mempunyai susur galur keturunan Pakistan pada sebelah ayahnya.
Mungkin sebab itulah, apabila menyanyi Zayn akan menggunakan teknik falseto.
Jadi apabila ada ura-ura Zayn akan menyanyikan trek lagu berbahasa Hindi ke dalam album akan datang, honestly, we are not that surprised.
Tetapi bila Zayn berkata lagu tersebut akan digunakan di dalam filem Bollywood, now we are talking!
Zayn Malik dan filem Bollywood, kenapalah kami tak pernah terfikir akan kolaborasi tersebut?
Dalam temuramah bersama majalah Elle versi India, Zayn berkata lagu masih dalam proses recording dan bakal keluar tak lama lagi.
Dari segi lirik dan composition pula, katanya, “Ia adalah salah sebuah lagu berbahasa Hindi yang pernah saya nyanyikan, jadi saya tak sabar untuk melihat respon dari peminat.”
Bercakap mengenai album keduanya selepas album ‘Mind of Mine’ itu, penyanyi tersebut berkata, “Album ini akan mempunyai lebih banyak pengaruh dari Urdu dan the sound of Qawalli. Mungkin ada pengaruh Bhangra. Saya juga telah berkerjasama dengan AR Rahman untuk salah satu lagu.”
Hmm, AR Rahman telah banyak mencipta lagu untuk filem Bollywood. Mungkin itulah komposer bagi lagu filem Bollywood yang Zayn maksudkan.
Dalam pada itu, dia juga menceritakan tentang pertemuannya bersama pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan buat kali pertama.
“Personally, saya bukanlah peminat tegar beliau sehinggalah kami bertemu.
“Saya sedar betapa beliau cukup merendah diri dan menunjukkan different side of him yang tak pernah saya sangka. Di dalam filem lakonan beliau, karakter yang dimainkan selalu nampak ‘sombong’ bagi saya. Namun setelah berjumpa, he was just so nice.
“Pandangan pertama saya terhadap Shah Rukh Khan telah berubah.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam mana-mana pertandingan bakat yang dianjurkan oleh mana-mana negara, tentunya sesi penyingkiran adalah sesuatu yang normal. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang tersungkur di tengah jalan.
Jarang sekali sesebuah pertandingan itu mempunyai sesi penyingkiran di peringkat finale. Namun, jarang tidak bermaksud tak pernah.
Seperti pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World, peringkat finale pertandingan bermula daripada ratusan peserta dan sedikit demi sedikit, hanya peserta terpilih sahaja yang akan sebagai 5 peserta terbaik ataupun 3 peserta terbaik sahaja.
Malah semasa finale pencarian Hero Remaja 2017 dilangsungkan, jumlah 7 peserta terakhir juga dikurangkan kepada 5 peserta sebelum juara diumumkan.
Semalam semasa berlangsungnya acara finale Ratu Hijabista musim pertama, sesi penyingkiran telah dilangsungkan pada pertengahan episod.
Selepas 4 finalisnya iaitu Tina Aziz, Mellya Azizi, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina menjawab soalan pertama, 2 daripada mereka telah disingkirkan bagi memberi ruang kepada 2 orang finalis untuk maju ke hadapan.
Peserta yang kurang bernasib baik itu ialah Mellya dan Fiffy.
Menjawab sama ada mereka mempunyai perasaan ralat mengenai penyingkiran tersebut, Mellya berkata mereka berdua tentunya terkejut seperti yang dirasakan oleh penonton di rumah.
“Selalunya, kita akan tentukan kedudukan 4, 3, 2 dan juara. Tapi apabila saya melihat reaksi Puan Sri Normala Samsuddin menggeleng kepala, saya sudah dapat mengagak ada penyingkiran pada malam ini (semalam).
Mellya Azizi.
“Saya terus bercakap kepada Qila bahawa penyingkiran akan dilakukan walaupun dia tidak percaya.
“Sebaik turun dari pentas, saya terima dengan keputusan tersebut. Saya katakan kepada Fiffy, Allah telah berikan apa yang terbaik. Ini adalah usaha kita dan ini yang Allah beri. That’s it. Walaupun terkejut, saya terima dengan redha,” kata ahli parlimen belia Selangor itu.
Fiffy Afrina
Michael Ang & Puan Seri Normala Samsuddin Kata..
Pada segmen pertama yang melibatkan video Pesanan Khidmat Masyarakat dan sesi Q&A pertama, juri jemputan Michael Ang beranggapan bahawa keempat-empat finalis telah melakukan yang terbaik.
“Poin yang mereka beri pun membina. Cuma 2 lagi peserta (Tina dan Qila) memberikan respon dan jawapan yang sedikit lebih baik berbanding 2 lagi. Bukan kerana mereka tidak bagus,” kata pengarah itu.
Dua finalis di Top 2; Tina Aziz dan Qila Shahirah.
Puan Seri Normala Samsuddin pula menyifatkan ia adalah kejutan yang tidak seharusnya dijadikan isu. “Saya sebenarnya tidak sukakan penyingkiran, saya akan jadi emosional. Cuma sudah namanya pertandingan, tentu ada yang kalah dan ada yang menang,” jelas Puan Seri.
*
Apapun, penulis begitu kagum dengan kebijaksaan dan kepetahan bercakap pada diri keempat-empat finalis semalam.
Tahniah kepada juara Ratu Hijabista 2020, Qila Shahirah, tahniah juga kepada Tina, Mellya dan Fiffy yang berjaya tiba ke pentas finale.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.