Susulan konsert ‘comeback’ bintang K-Pop terkenal, BTS yang bakal berlangsung pada 21 Mac ini di Gwanghwamun Square, Seoul. Kerajaan Korea Selatan memaklumkan akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan keselamatan berikutan jangkaan kehadiran orang ramai sehingga 260,000 pengunjung yang berkemungkinan boleh menimbulkan kebimbangan mengenai risiko kesesakan luar biasa di kawasan berkenaan.

Memetik laporan KBS World, kerajaan telah mengeluarkan amaran awal tahap bagi potensi bencana kesesakan orang ramai pada hari konsert berlangsung. Amaran itu merupakan tahap kedua paling rendah dalam sistem amaran empat peringkat yang digunakan bagi memantau risiko berkaitan kerumunan besar.

Menurut Menteri Dalam Negeri Korea Selatan, Yun Ho-jung menegaskan bahawa pengurusan keselamatan yang menyeluruh amat penting memandangkan acara itu dijangka menarik ratusan ribu peminat dari dalam dan luar negara.

Konsert Comeback BTS Diramal Himpun Peminat 10 Kali Ganda, Kerajaan Korea Selatan Keluarkan Amaran Keselamatan Konsert Comeback BTS Diramal Himpun Peminat 10 Kali Ganda, Kerajaan Korea Selatan Keluarkan Amaran Keselamatan

Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan melakukan usaha terbaik bagi memastikan keselamatan orang ramai sepanjang konsert berlangsung.

Ads

Walaupun kapasiti rasmi kawasan konsert hanya sekitar 22,000 tempat duduk, jumlah peminat yang dijangka berkumpul di sekitar kawasan Gwanghwamun dipercayai melebihi sepuluh kali ganda daripada kapasiti tersebut. Situasi ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan lebih awal bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan bersama pihak polis telah menubuhkan pasukan pengurusan situasi khas untuk memantau keadaan secara berterusan. Kerajaan bandar Seoul pula akan mengaktifkan sistem pemantauan serta pasukan respons pantas bagi mengawal pergerakan orang ramai di sekitar lokasi acara.

Ads
Konsert Comeback BTS Diramal Himpun Peminat 10 Kali Ganda, Kerajaan Korea Selatan Keluarkan Amaran Keselamatan
Kredit foto: GQ
Konsert Comeback BTS Diramal Himpun Peminat 10 Kali Ganda, Kerajaan Korea Selatan Keluarkan Amaran Keselamatan
Kawasan Gwanghwamun Square yang dijangka dihadiri oleh 260,000 pengunjung menjelang konsert BTS

Pada masa yang sama, sebuah pusat kawalan situasi akan didirikan di Government Complex Seoul bagi menyalurkan maklumat secara masa nyata kepada semua agensi berkaitan sepanjang konsert berlangsung. Langkah ini bertujuan memastikan koordinasi keselamatan dapat dilakukan dengan lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Sebagai persediaan tambahan, tenaga perubatan dan ambulans akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan konsert. Kawalan keselamatan juga akan diperketatkan termasuk pelaksanaan langkah pencegahan anti keganasan, selain penempatan kira-kira 3,400 anggota bagi membantu mengurus keadaan di lapangan.

Ads

Konsert Comeback BTS Diramal Himpun Peminat 10 Kali Ganda, Kerajaan Korea Selatan Keluarkan Amaran Keselamatan

Sementara itu, bagi mengawal aliran orang ramai, beberapa stesen kereta bawah tanah berhampiran seperti Gwanghwamun Station, City Hall Station dan Gyeongbokgung Station dijangka akan dilalui tanpa henti bermula pada waktu petang hari konsert.

Selain itu, pasukan pemeriksaan keselamatan gabungan sektor awam dan swasta juga akan melakukan pemeriksaan awal di kawasan acara beberapa hari sebelum konsert berlangsung.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads