Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.
Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.
“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.
Ads
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.
Ads
Ads
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat pasukan negara kerana berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan gol 2-0 semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menyaksikan semangat rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk menyokong kontinjen negara dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kali ini.
Kemenangan pasukan negara disudahi dengan insiden lontaran suar dan balingan kerusi daripada penonton di stadium. Situasi ini memang sudah tidak asing kerana masyarakat kita sudah sedia maklum jika bertemu dalam perlawanan bola sepak dengan negara jiran tersebut, mesti akan ada insiden yang tidak diingini berlaku.
Setiap kali perlawanan bersama Indonesia, ada sahaja tanggapan negatif tentang penyokong tegar negara mereka.
Namun begitu, tidak semua rakyat Indonesia bersikap kasar orangnya. Satu komen yang telah dikongsi oleh pageDetective Konon ini menunjukkan buka semua warga Indonesia bersifat negatif.
Komen yang ditinggalkan oleh Dodi ini menyatakan bahawa Malaysia memang layak menang kerana mempunyai supporters yang lebih dewasa, tidak seperti di negaranya.
Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita pun negara berjiran, buat apa nak gaduh-gaduh kan? Hiks!
Apa pun sokongan yang korang berikan semalam memang power! Rasanya sebab itu juga pasukan negara betul-betul bersemangat di atas padang.
Pertanyaan dan teka teki sudah semakin sampai ke penghujungnya. Selepas 5 tahun berlalu peristiwa pesawat MH 17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, akhirnya penderitaan rakyat Malaysia dan waris yang terbunuh menemui jawapan.
Ini kerana 4 orang suspek telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
Beginilah keadaan pesawat MH17 selepas ditembak di UkraineKisah nahas pesawat ini cukup menggemparkan kerana kesemua mangsa seramai 298 penumpang dan anak kapal meninggal dunia di lokasi kejadian
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang. Ini hasil siasatan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT), iaitu kerjasama antara pendakwaraya dan polis Belanda dan wakil dari Malaysia, Australia dan Ukraine.
Kesedihan waris nahas pesawat MH17 ini pasti tidak dilupakan oleh dunia dan negaraAnak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini
Siapakah keempat-empat suspek tersebut?
IGOR GIRKIN – Berpangkat kolonel
Suspek pertama dari Rusia, iaitu Igor Vsevolodovich Girkin, 48 tahun, dikenali sebagai Strelkov atau Perviy. Girkin merupakan bekas kolonel FSB, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia.
Pada 17 Julai 2014, Girkin merupakan ‘Menteri Pertahanan’ dan komander tentera di satu kawasan yang diisytiharkan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk.
Walaupun Donetsk, satu bandar di Timur Ukraine bukan secara rasmi ditetapkan sebagai kawasan bebas, namun ia ditadbir oleh ‘Perdana Menteri’ serta kabinet menteri dan tenteranya sendiri. Donetsk merupakan lokasi penembakan pesawat MH17. Secara langsung, Girkin sebagai pegawai tentera tertinggi dilaporkan sering berkomunikasi bersama pegawai di Rusia.
SERGEY DUBINSKIY – perisik tentera Rusia
Surgey Nikolayevish DubinskIy, atau lebih dikenali sebagai Khmuriy, merupakan bekas pegawai tentera GRU, iaitu perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Pada 2014, DubsinkIy, 56 tahun menjadi salah seorang timbalan bawah Girkin serta ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk. Seperti Girkin, DubinskIy turut dilaporkan mengekalkan komunikasi bersama pegawai di Rusia.
OLEG PULATOV – pegawai tentera Rusia
Suspek ketiga dari Rusia, Oleg Pulatov, atau nama samarannya Giurza merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU, satu unit khas sebahagian daripada perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Pulatov, 52 tahun, pula memainkan peranan sebagai Timbalan Ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk serta salah seorang timbalan bawah Dubinsky.
LEONID KHARCHENKO – bukan tentera tapi pernah jadi komander unit pertempuran
Suspek warga Ukraine, Leonid Kharchenko. Foto – Openbaar Ministerie.
Leonid Kharchenko atau turut dikenali sebagai Krot, merupakan satu-satunya suspek warga Ukraine serta tidak mempunyai latar belakang dalam tentera. Kharchenko mendapat arahan secara langsung daripada Dubinsky.
Pada 2014, warga Ukraine berusia 47 tahun itu menjadi komander bagi satu unit pertempuran di Donetsk. Tahun itu menyaksikan konflik bersenjata di Donetsk yang mengganas antara pejuang pro-Rusia dan pejuang bersenjata Ukraine.
LATAR BELAKANG
Keempat-empat suspek terlibat dalam usaha mendapatkan sistem BUK TELAR yang melancarkan peluru berpandu 9M38 – punca nahas pesawat MH17.
BUK TELAR diperolehi dari Persekutuan Rusia dan dibawa ke satu tapak pertanian berdekatan dengan bandar Pervomaiskyi di Timur Ukraine, iaitu lokasi pelancaran peluru berpandu tersebut. Sejurus selepas peluru berpandu itu dilancarkan, sistem tersebut dihantar kembali ke Rusia dengan kekurangan satu peluru.
Pada 24 Mei 2018, JIT mengumumkan bahawa BUK TELAR yang digunakan untuk menembak pesawat MH17 datang daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53, sebahagian daripada pihak bersenjata Rusia dari Kursk.
Menurut Ketua Polis Belanda, Willbert Paulissen yang mengetuai sidang media khas pada Rabu, walaupun kesemua suspek tidak menekan butang melancarkan peluru tersebut, tindakan untuk mengaturkan penembakan itu boleh disabit kesalahan bawah undang-undang Belanda.
Tambahnya, JIT turut mengambil kira situasi konflik di Donetsk pada ketika itu. Walaupun kesemua suspek mungkin berniat untuk menyerang pesawat tentera dan bukannya pesawat komersial, namun pendakwa raya menuntut agar mereka masih dipertanggungjawabkan.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini, MR D.I.Y berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.
Bantuan tunai ini akan diberikan kepada pelajar melalui Touch n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November, dan 30 Disember. Ini antara usaha samaTouch n Go melalui platform eWalletnya dalam program #DIY4UM.
Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan MR D.I.Y Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.
Semua pelajar Universiti Malaya boleh membuat pendaftaran secara online melalui Portal Maya UM bermula 3 Oktober ini dan mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai akaun Touch N Go eWallet.
Ha, untuk pelajar UM semua jangan lepaskan peluang bantuan ini dan untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!