KJ Individu Pertama Terima Suntikan Sinovac, Apa Bezanya Dengan Pfizer-BioNTech?

Share

 

Pada 27 Februari lalu, satu lagi jenis vaksin COVID-19 yang dikenalis sebagai Sinovac telah selamat dihantar ke Malaysia. Akhirnya, ia sedia untuk diedarkan kepada penerima di seluruh negara.

Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar selesai menerima suntikan vaksin Sinovac sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia yang menerimanya.

Sumber Foto : Utusan

Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau merangkap vaksinator, Salha Abd Samad.

*

Biarpun rakyat Malaysia tidak boleh memilih jenis suntikan vaksin kerana ia bergantung kepada hantaran stok, ada di antara kita yang masih tertanya-tanya apakah perbezaan antara vaksin Sinovac dan vaksin Pfize-BioNTech.

 

PFIZER-BIONTECH

Ini merupakan vaksin pertama yang tiba di Malaysia dan penerima pertama suntikan ini ialah Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Foto: BERNAMA

Vaksin yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTECH dari Jerman ini menggunakan teknologi mRNA yang ‘mengajar’ sel dalam tubuh untuk menghasilkan zat yang merangsang tindak balas imun.

Ini sedikit berbeza daripada vaksin lain yang selalunya memasukkan kuman tidak aktif ke dalam tubuh penerima. Mengapa vaksin Pfizer-BioNTECH ini memerlukan lebih ‘effort’ bagi dilaksanakan di kebanyakan negara membangun adalah kerana keperluan untuk menyimpannya pada suhu -70 Celsius.

ARTIKEL BERKAITANBangga Lihat Vaksin BioNTech Pfizer Ciptaan Pasangan Muslim – REMAJA

 

SINOVAC

Vaksin yang berasal dari China ini menggunakan teknologi vaksin tidak aktif di mana ia menyerupai vaksin selesema dan vaksin campak. Virus hidup yang lemah digunakan untuk merangsang tindak balas imun daripada tubuh.

Buat masa ini, vaksin Sinovac menjadi pilihan di negara-negara yang sukar untuk mendapatkan kemudahan penyejukan kerana ia boleh disimpan dalam peti sejuk biasa dengan suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius.

*

Sebelum ini, REMAJA pernah menemuramah seorang doktor yang menjelaskan mengenai perbezaan jenis-jenis vaksin yang ada.

BACA LAGIDoktor Ini Kongsi Pengalaman Dan Tip Terima Suntikan Vaksin COVID-19 – REMAJA

IKLAN