Ketika ramai remaja seusianya sibuk bermain permainan video atau mengejar hobi baharu, Markus Villig pula memilih laluan berbeza. Pada usia 19 tahun, dia membuat keputusan berani untuk meninggalkan pengajian universiti dan mengejar impian membina perniagaan sendiri. Hari ini, Markus dikenali sebagai bilionair muda Eropah hasil strategi bijak membangunkan aplikasi e-hailing terkenal dunia, Bolt.

Kisah Awal Markus Villig dan Permulaan Bolt

Mengikut laporan, Markus ketika itu baru semester pertama dalam bidang Sains Komputer di Universiti Tartu, Estonia. Namun, semangat keusahawanan yang membara membuatkannya yakin bahawa teknologi adalah bidang yang mampu memberi impak besar walaupun dengan pasukan kecil. Dengan modal pinjaman RM25,000 (€5,000) daripada ibu bapanya, Markus menubuhkan syarikat permulaan yang kemudian dikenali sebagai Taxify, sebelum dijenamakan semula menjadi Bolt.

Markus Villig: Keberanian Remaja Di Sebalik Kejayaan Bolt Yang Menginspirasikan Dunia
Markus pengasas termuda sebuah syarikat berniali bilion ringgit di Eropah. — Agensi

Strategi Kejayaan Markus Villig Bersama Bolt

Apa yang menjadikan Markus Villig berbeza bukan sekadar inovasinya, tetapi cara pelaksanaannya yang bijak. Beliau fokus kepada penyelesaian masalah setempat, menawarkan komisen lebih adil kepada pemandu serta mengutamakan kelestarian dan kecekapan operasi. Tanpa bajet pemasaran besar, Markus sendiri turun ke jalanan di ibu kota Tallinn untuk merekrut pemandu teksi menggambarkan semangat keusahawanan sejati.

Falsafah Perniagaan Markus Villig

Dalam satu wawancara, Markus berkongsi rahsianya, “Pelanggan hanya akan kekal jika mereka rasa berbaloi. Jadi, kalau kita boleh tawarkan harga 20% lebih murah dan beri pemandu pendapatan 20% lebih tinggi, itu kemenangan sebenar.”

Ads
Markus Villig: Keberanian Remaja Di Sebalik Kejayaan Bolt Yang Menginspirasikan Dunia
Aplikasi Bolt yang berjaya memasuki pasaran dunia termasuk Malaysia. — Agensi

Kejayaan Global Bolt di Bawah Kepimpinan Markus Villig

Strategi itu terbukti berhasil. Bolt kini beroperasi di lebih 100 bandar di 30 negara, termasuk Malaysia, dengan lebih 150 juta pengguna dan setengah juta pemandu aktif. Pemandu Bolt juga dilaporkan memperoleh pendapatan purata 10% lebih tinggi berbanding platform pesaing.

Cabaran dan Kejayaan Markus Villig

Walaupun pernah gagal menembusi pasaran London akibat isu perlesenan, Markus Villig tidak berputus asa. Selepas beberapa percubaan dan penambahbaikan, Bolt akhirnya diluluskan beroperasi di United Kingdom pada tahun 2019. Kini, nilai syarikat tersebut dianggarkan melebihi RM39 bilion (AS$8.4 bilion) dan menjadikan Markus antara bilionair muda paling berjaya di dunia teknologi moden.

Ads
Markus Villig: Keberanian Remaja Di Sebalik Kejayaan Bolt Yang Menginspirasikan Dunia
Strategi Markus berjaya menaikkan nama Bolt secara global. — Agensi

Inspirasi Kejayaan Markus Villig untuk Remaja

Kisah Markus Villig bukan sekadar tentang kejayaan kewangan, tetapi tentang keberanian mengambil risiko, disiplin dan fokus terhadap matlamat. Dalam dunia yang penuh persaingan, dia membuktikan bahawa usia muda bukan alasan untuk tidak berjaya.

Pengajaran untuk Remaja

💡 Mulakan dari apa yang ada. Walau kecil, langkah pertama itu boleh membuka jalan kepada kejayaan besar. Dengan fokus, strategi dan kerja keras, impian kamu juga boleh jadi realiti seperti Markus Villig dan Bolt.

Ads

BACA LAGI : Tahniah! Pesilat Remaja, Raqib Darwisy Raih Pingat Pertama Kontinjen Malaysia Di Bahrain

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads