Berita

Kirk Bondad Juarai Mister International 2025, Buktikan Gagal Sekali Tak Bermakna Gagal Selamanya

Share

Jejaka berdarah kacukan Filipina-Jerman, Kirk Bondad bukanlah nama asing dalam dunia peragaan dan pertandingan male pageant terutamanya di Filipina.

Kirk Bondad.

Terdahulu pada November lalu, Kirk hanya sekadar menamatkan persaingan di pentas berprestij, Mr. World 2024 dalam kelompok Top 20 sahaja biarpun namanya dicanang sebagai salah seorang wakil paling berpotensi untuk bergelar juara.

Dek kegagalan bagi menepati ramalan ramai pihak itu, ia merupakan salah satu detik hitam buat Kirk kerana dianggap seperti menghampakan harapan ramai penyokongnya.

Kirk sewaktu berada di Vietnam pada tahun 2024 untuk menyertai pertandingan Mr World.

Kirk, 28 bagaimanapun tidak membiarkan dirinya dihambat rasa kecewa dan terus bangkit dengan memasang impian untuk sekali lagi mewakili Filipina di pentas antarabangsa.

Menerusi pertandingan Mister International 2025 yang baru dilangsungkan di Thailand malam tadi, Kirk akhirnya berjaya membuktikan kelayakannya di mata dunia setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan daripada 40 peserta dari seluruh dunia.

Wakil kacak dari Lubnan, Saadedine Hneineh terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara manakala wakil Korea Selatan, Cho Seung-ho menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Kirk mencuri perhatian juri menerusi beberapa pusingan seperti segmen pakaian mandi, segmen sut malam dan tentunya pusingan yang dinanti-nantikan iaitu soal jawab (Q&A).

Ketika disoal mengenai isu sosial atau isu politik yang ingin diketengahkan olehnya sebagai Mister International 2025 sekiranya diberikan peluang bercakap di pertemuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kirk memilih isu perlindungan kanak-kanak dan pendidikan.

“Jika saya mendapat penghormatan (bercakap dengan pihak Bangsa-Bangsa Bersatu), saya akan bercakap mengenai perlindungan kanak-kanak. Saya akan memberi mereka peluang, untuk memastikan lebih banyak perlindungan (diberikan) dan memupuk peluang pendidikan kerana kanak-kanak pada hari ini akan menjadi pemimpin kita di kemudian hari.

“Saya percaya sekiranya kita boleh secara kolektid membuat kuputusan dengan tepat – meskipun dengan langkah kecil – kita akan mencipta impak yang besar di peringkat antarabangsa,” jawabnya.

Sebagai info, Kirk yang juga merupakan pelatih fitness merupakan jejaka Filipina kedua untuk memenangi gelaran Misss International selepas Neil Perez pada edisi 2014.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ