Kini Sah Untuk “Bercinta Selepas Nikah”, Love Story Dua Finalis Idola Kecil Ini Sangat Comel

Share

 

Jika di Hollywood kita mempunyai kisah cinta remaja Zac Efron & Vanessa Hudgens (High School Musical), Adam Brody & Rachel Bilson (The O.C) dan Chad Michael Murray & Sophia Bush (One Tree Hill), di Malaysia kita mempunyai kisah cinta “Elly & Epit”.

 

Popular dengan siri kanak-kanak popular Elly & Epit di saluran Astro Ceria sekitar tahun 2011 hingga 2014, pelakon utamanya iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana sebenarnya telah mengenali diri masing-masing sebelum memasuki set Elly & Epit lagi.

Hadi dan Dayana merupakan alumni daripada program Idola Kecil di saluran TV9. Dayana merupakan juara Idola Kecil 2 manakala Hadi ialah peserta Idola Kecil 3.

Kiranya mereka berasal daripada dunia nyanyian sebelum memasuki ke dalam set penggambaran drama.

Instagram

Masing-masing sekarang berusia 20 tahun dan mereka baru saja melangsungkan pernikahan! Perghh, ramai pasangan high school sweethearts tak bertahan pun selepas tamat belajar tetapi Hadi & Dayana selamat sampai ke jinjang pelamin.

Menariknya, mereka berdua yang telah berundur daripada dunia hiburan menyatakan bahawa mereka tidak akan bercinta sebelum bernikah. Sepanjang tempoh bertunang pada tahun lalu, mereka enggan keluar dating ke sana-sini seperti pasangan remaja lain.

Seperti yang pernah ditulis Dayana di Twitter, “Kami tak bercinta dan tak akan bercinta sehingga selepas sahnya akad, InsyaAllah.”

Menurut ibu Hadi di akaun Facebook-nya, perubahan ke arah keagamaan pada usia muda itu bertitik-tolak daripada diri sendiri.

“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa Ampang. Selepas pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2004, dia mula mendalami agama.

Instagram

“Dayana pula berdepan momen sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika Dayana dan adik-adiknya masih remaja.

“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibu menguruskan rumah tangga dan adik-adiknya ketika ibu keluar mencari nafkah,” tulis beliau lagi.

Nampaknya semalam, Hadi dan Dayana telahpun selamat diijab kabulkan dan netizen memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.

Instagram

 

InsyaAllah, tak lama lagi Hadi akan berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajiannya ke peringkat seterusnya. Congratulations korang!

REMAJA doakan agar kehidupan berumahtangga memberikan lebih kebahagian dan rahmat dalam hidup masing-masing.

 

Instagram

 

Foto Utama: @yodapro

IKLAN