
Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Jong Kook baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila beliau memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Khabar gembira yang diumumkan sendiri oleh Jong Kook pada pagi 18 Ogos menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik di laman fan cafe rasminya. Dalam surat tersebut, personaliti rancangan Running Man itu mengakui beliau kini sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan.
“Saya selalu mempersiapkan diri untuk menulis surat seperti ini, tapi bila betul-betul menulisnya sekarang, saya rasa lebih gementar dan berdebar daripada yang saya bayangkan. Saya akan berkahwin,” tulisnya.


“Sebenarnya saya sudah memberi sedikit ‘hint’ dari semasa ke semasa, tapi saya tahu pasti ramai yang rasa ini agak mengejutkan. Tahun ini genap 30 tahun sejak saya debut, walaupun saya belum hasilkan album yang saya idamkan, saya sudah temui pasangan hidup saya,” ujarnya.
Menurut pelakon yang kini berusia 49 tahun itu, meskipun agak lewat, beliau tetap menganggap perjalanan ini sesuatu yang sangat bermakna dan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya akan diadakan secara sederhana dalam masa terdekat dan hanya akan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat tanpa sebarang liputan media secara besar-besaran.


“Saya ingin berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat saya sejak sekian lama. Berkat sokongan anda, saya mampu melangkah ke fasa baharu dalam hidup ini,” katanya.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Kim Jong Kook masih aktif berkongsi kandungan menerusi saluran YouTube peribadinya serta sebagai ahli tetap rancangan hiburan SBS ‘Running Man’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












