Berita baik buat rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita semua ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik kerana sudah terbukti tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari.
Khairy mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan ke Endemik ini.
“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka,”
Foto: The Star (Gambar hiasan)
“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri,”
Ads
“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” jelas Khairy
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramalkan kes COVID-19 akan naik mendadak selepas Aidilfitri ini. Namun, selepas dua minggu dilaporkan keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mendadak berlaku.
Tambahnya lagi, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan dan membantu mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit COVID-19.
Syukur kes COVID-19 nampaknya semakin berkurangan. Semoga ia terus kekal tidak mencatatkan peningkatan, namun kita masih lagi perlulah sentiasa berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujan lebat yang melanda negara dijangka bakal berlarutan sehingga Mac ini berikutan fasa monsun Timur Laut telah pun bermula. Beberapa negeri juga dilaporkan turut terjejas dengan banjir dan antara yang terkesan teruk adalah negeri Pahang Darul Makmur.
Banyak video yang tular di media sosial memaparkan situasi sebenar yang berlaku kepada mangsa banjir dan paling menyayat hati apabila melihat keadaan mereka, terutamanya anak kecil dan barangan berharga hanyut begitu sahaja.
Tidak kurang juga dengan kenderaan yang terkandas akibat kereta dinaiki air. Perkara ini antara yang paling dirisaukan kerana kos untuk menyelenggara kereta yang ditelenggami air ini bukannya murah.
Ekoran daripada situasi ini, Team Automotif GiatMara Bentong Pahang telah berkongsi beberapa tip SOP kenderaan yang boleh korang ikut ketika waktu banjir ini.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan daripada kereta supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada sistem elektronik
Dengan melakukan SOP ini, dijelaskan bahawa kos membaiki dapat dikurangkan sekiranya kereta korang ditenggelami air 100 peratus. Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.
Bagi korang yang tinggal di kawasan berisiko banjir, mungkin ini adalah cara terbaik untuk sekurang-kurangnya korang menjaga kereta daripada berlaku sebarang kemungkinan.
Apa-apa pun kami doakan agar semua mangsa banjir dilindungi dan semoga mereka terus kuat melalui ujian ini.
“Cepat sangat benda tu jadi sebab saya baru berbual dengan Ma. Ma tanya kita dah kat mana dan saya jawab dah kat Maran dan Ma sambung tidur semula. Kemudian secara tiba-tiba saya dengar bunyi letupan lantas kereta kami tersasar merempuh pengadang besi di kiri jalan. Semua berlaku sekelip mata, terlalu kejap,” kongsi Mohd Shahrul Ikhram, 20 yang terselamat dalam nahas jalan raya pagi semalam.
Menafikan dirinya mengantuk kerana mereka sudah berhenti tidur di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan sudah memandu setengah jam selepas berehat itu, dia yang memandu kenderaan mengakui masih lagi trauma apabila menyaksikan empat ahli keluarganya maut serentak dalam nahas ngeri yang berlaku di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur di Maran, Pahang, kira-kira jam 8.30 semalam.
Terkorban dalam kejadian menyayat hati ini ibunya, Azian Abdullah, 50 serta tiga lagi adik beradiknya iaitu kakak sulungnya, Fatin Najwa Mazlan, 27, adiknya, Fatin Nur Adriana, 15 dan Mohamad Danish Najmi, 10. Sementara itu, dia dan seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19 tahun yang berada dalam kenderaan itu hanya mengalami kecederaan.
Gambar terakhir bersama. Empat sekeluarga ini maut selepas pulang dari membeli belah persiapan raya di Kuala Lumpur. Hanya Mohd Shahrul terselamat (kiri)Beginilah keadaan kereta yang remuk. Kata Shahrul dia terdengar bunyi letupan sebelum kereta terus tersasar lalu merempuh penghadang besiBesi penghadang jalan yang menembusi kereta mengakibatkan kesemua mangsa tersepit dan meninggal di tempat kejadian
Kongsi Mohd Shahrul, sebaik letupan berlaku, kereta terus tersasar melanggar penghadang besi jalan lalu tembus ke dalam dalam kereta membuatkan mereka semua tersepit.
“Buka saja mata, saya tengok Ma, kak long dan adik-adik tersepit, saya cuba bantu tapi tak terdaya. Saya sendiri gagal mengerakkan sebelah tangan ketika itu ekoran bahu tercedera. Memang sedih tengok Ma dan adik beradik maut depan mata,” katanya yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
Jelasnya lagi, kemalangan itu menimpa hanya kira-kira setengah jam selepas mereka meninggalkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman.
Kata anak keempat dari tujuh beradik ini, mereka enam beranak bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi dan singgah di R&R Temerloh untuk berehat dan tidur kira-kira jam 3 pagi dan turut bersahur di situ. Mereka kemudiannya menunaikan solat Subuh sebelum menyambung tidur di dalam kereta sehingga hampir ke jam 8 pagi sebelum kemalangan terjadi pada jam 8.30 pagi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jengka sebelum jenazah empat beranak ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahat sekitar jam 12.00 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
Jenazah empat beranak ini disemadikan dalam satu liang lahatSuasana pilu berlaku apabila ahli keluarga memberikan kucupan terakhirJenazah empat beranak ini selamat dikebumikan sekitar jam 12.00 tengahmalam
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini ketika seluruh ahli keluarga berkumpul. Lebih menambah pilu apabila dua anak yang cedera, Fatin dan Shahrul menatap dan mengucup dahi satu persatu jenazah ibu dan adik mereka yang meninggal dunia.
Kira-kira 500 orang ramai yang hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan akhir kepada kesemua mangsa juga kelihatan tersentuh hati tatkala melihat satu persatu jenazah mangsa diturunkan ke liang lahad.
Suami dan bapa mangsa, Mazlan Mohd Rashid, 48, yang juga Pegawai Felcra kelihatan tabah ketika pengebumian itu dilakukan.Terdahulu, empat jenazah berkenaan itu tiba di Surau Al-Ridhuan, Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 10.15 malam dari Hospital Jengka, Pahang. Ketibaan jenazah disambut dan disembahyangkan kira-kira 1,000 orang jemaah.
Kasih sayang dari seorang suami buat seluruh ahli keluarganya yang terkorban. Mazlan kelihatan tabah menghadapi ujian ini malah redha
Rasa tak sedap hati – Bapa
Jumaat lalu, enam sekeluarga ini bertolak ke Kuala Lumpur bagi membeli barang persiapan menyambut hari raya. Malah mereka sempat singgah ke Genting Highland seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan menumpang tidur di rumah kakak kedua.
Di rumah sebelum kejadian itu berlaku, suami dan juga bapa kepada anak-anak ini, Mazlan Mohd Rashid, 54 mengakui sudah berasa tidak sedap hati.
Mazlan berkata, secara tiba-tiba dia merasa ‘sesuatu’ akan berlaku namun tidak menduga akan diuji dengan ujian berat kehilangan isteri dan tiga anak serentak di saat sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.
“Tapi ini dah suratan takdir, saya reda…sedih memang sedih. Pagi tadi (kelmarin) saya rasa sesuatu, saya telefon isteri dan dia kata dah bergerak balik ke rumah,” katanya.
Mazlan yang juga Pegawai Felcra memberitahu, rasa tidak sedap hatinya itu terjawab selepas Mohd Shahrul Ikhram menghubunginya dan memaklumkan mereka enam beranak terlibat kemalangan di Maran.
Inilah gambar terakhir dirakam bersama semasa di Genting Highland. Ibu dan kakak sulung maut manakala Fatin dan Shahrul terselamatGambar kenangan tiga beradik. Malam itu mereka bermalam di rumah kakak kedua (gambar tengah baju merah)
“Saya bergegas pergi ke LPT di Maran, namun saya hanya mampu tatap jasad isteri dan tiga anak yang sudah terbaring kaku,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mazlan mengakui merasa lega dan berpuas hati kerana dapat menguruskan perjalanan akhir isteri dan tiga anaknya itu sehingga kesemuanya selamat disemadikan.
“Terima kasih kepada kawan-kawan dan semua yang menguruskan jenazah sehingga semuanya selamat dikebumikan” katanya yang tidak mengikut isteri dan anak-anaknya itu.
Ramadan ini sudah pasti tidak sama lagi, begitu juga Aidilfitri yang bakal disambut. Walau seberat mana ujian, namun seluruh ahli keluarga ini redha.
Sementara seorang lagi anak mangsa, Amirul Shafiq, 24 berkata, kesemua adik beradiknya nampak gembira hendak pergi shoping sebelum kejadian.
Kata anak ketiga ini, ketika kali terakhir berjumpa ibu dan adik beradiknya itu, ibunya menyuarakan hasrat untuk membeli persiapan Aidilfitri ke KL pada Jumaat lalu.
“Ma, kak long dan empat lagi adik saya bertolak ke KL pada jam 9 pagi Jumaat lalu dan mereka sempat singgah di Genting Highlands. Tapi saya terkejut lepas abah bagitahu saya pada jam 9 pagi tadi yang ma, kak long dan adik-adik ditimpa kemalangan,” katanya yang kelihatan masih trauma.
Alfatihah untuk seluruh ahli keluarga yang maut dalam nahas menyayat hati ini.
Kredit :- Raihan Sanusi, Sinar Harian Kemaman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan kacukan dan selebriti terkenal, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya dipastikan telah bergelar suami isteri secara rasmi setelah beberapa foto tersebar semalam.
Foto-foto daripada sumber dalam itu menunjukkan mereka berdua sedang tersenyum lebar semasa melakukan majlis Mehendi.
Now, what is Mehendi?
Mehendi atau juga dikenali sebagai mehndi ialah acara melukiskan inai pada bahagian tubuh badan seperti yang juga dilakukan oleh pasangan pengantin Melayu di negara kita. So sekarang korang tahulah kan dari mana datangnya adat malam berinai tu.
Priyanka dan Nick telah memilih pakaian tradisional daripada pereka fesyen sama iaitu Abu Jani Sandeep Khosla. Abu Jani juga bertanggungjawab untuk rekaan baju Deepika Padukone dan Ranveer Singh, bulan lalu.
Tunang Joe Jonas iaitu Sophie Turner turut hadir dengan memakai pakaian tradisional hitam. Selain itu, Frankie Jonas, Kevin Jona dan pelakon Kingdom Jonathan Tucker juga turut serta.
Walaupun foto berinai ini tersebar semalam, namun mereka dipercayai telahpun menyelesaikan majlis tersebut kelmarin.
Dan daripada info yang disampaikan rakan berbangsa India kami, majlis berinai hanya akan diadakan sehari dua sebelum upacara pernikahan.
Selepas ucapara Mehendi, pasangan biasanya dikehendaki untuk mengucapkan janji suci atau vow masing-masing agar mereka boleh disatukan sebagai suami isteri.
Menariknya, mereka berdua tak teragak-agak untuk memuat naik foto rasmi di Instagram dan meletakkan ayat caption yang sama. Ia berbunyi:
“Salah satu keistimewaan hubungan kami ialah waktu yang peluang untuk menyatukan keluarga dan menghormati budaya masing-masing. Pelan pernikahan kami yang memerlukan campuran budaya amat menakjubkan. Ini adalah majlis penting seorang gadis semasa upacara pernikahan di India iaitu Mehendi,” tulis mereka.
Menurut sumber lain, mungkin sekali telah dinikahkan dalam adat agama Kristian semalam di Istana Umaid Bhawan di Jodhpur, Rajasthan India. Bagaimanapun, masih belum ada foto yang tersebar.
Untuk majlis ini, Priyanka dan Nick dilaporkan memakai rekaan Ralph Lauren manakala cincin perkahwinan pula daripada Chopard.
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.