Khairul Aming ‘Buka Mata’ Netizen, ‘Kuasa FYP’ TikTok Mampu Lariskan Perniagaan

Share

Tidak dinafikan apa sahaja yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pastinya akan mendapat perhatian ramai dan menjadi trending. Malah, teknik pembelian dan marketing oleh generasi baru  juga kini lebih terarah pasaran atas talian atau online shopping.

ARTIKEL BERKAITAN : Aplikasi TikTok Saingi Shopee, Akan Perkenal Kedai Atas Talian Di Malaysia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti terkenal di media sosial ini. Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila dia memuat naik video tutorial masakannya di Instagram.

Anak jati Kelantan ini telah berkongsi pandangan beliau mengenai ‘kuasa unik’ FYP di platform TikTok yang membawa sesebuah kedai makan menjadi tular.

Menurut Khairul Aming, tahun 2022 membawa media sosial TikTok menjadi instrument marketing paling pantas untuk restoran.

“Banyak kedai makan yang viral sekelip mata, bawa sales ratus ribu dengan hanya satu video dari random person on TikTok. That’s the unique power of FYP,” katanya.

Beliau melihat platform TikTok menjadi a happy place kerana memaparkan kandungan yang berunsurkan hiburan dan sangat ringan untuk pengguna nikmati.

“Jadi sebab tu video pendek pasal restoran pun boleh jadi topik perbualan kat TikTok, and everybody seems to enjoy it. Tapi macam mana kedai boleh viral overnight?”

Beliau berpandangan memasuki ke platform TikTok begitu mudah berbanding Instagram dan YouTube. Tidak memerlukan pengikut yang ramai tetapi boleh menghasilkan video begitu menarik untuk menarik ramai pengguna mampu juga untuk muncul di FYP.

“So assuming ada kedai makan jual Kunafa, and 200 orang pergi. 10 orang buat video pasal kunafa ni, and 1 orang masuk FYP dengan views 500k. So sekarang 500,000 orang kenal kedai kunafa ni dengan effort seorang pelanggan ni.

“Crowd kedai yang 200 orang naik ke 2,000 orang, and daripada 10 orang buat video now dah naik ke 100 orang. Daripada 100 orang ni 10 orang lagi FYP dengan views 500K menjadikan total exposure 500K x 10 = 5 juta exposure. Bila benda ni terjadi maka wujudlah title “makanan viral”,” ujarnya.

Bagi Khairul Aming, proses ‘viral’ perlu terjadi dengan sendiri dan memerlukan penyertaan daripada orang ramai.

“Satu real life example. Hari tu aku ada nampak donut Starbucks yang letak caramel tu kat FYP Tiktok. Video tu ada 1.6M views. Hari keesokan aku pergi Starbucks, order benda sama and buat video jgk.

My video tu pun masuk FYP juga dengan 2.3M views. And then ada next person pergi Starbucks after tengok my video. So chain of reaction tu bersambung and Starbucks dapat berjuta-juta free exposure marketing tanpa cost. Ini yang orang panggil User-Generated Content (UGC) and it’s very effective, cheap, honest and scalable marketing method.”

Bagaimanapun, Khairul Aming juga berpandangan tidak semestinya sesebuah kedai makanan menjadi tular disebabkan video. Hal ini disebabkan sesuatu perkara itu tular jika ia menarik minat penonton.

“Selalunya kalau kedai tersebut ada menu unik, kedai cantik atau kuat latar ceritanya, ia mudah untuk tular.”

Malah, rata-rata netizen berterima kasih atas perkongsian khairulaming ini.

Hebatkan kuasa FYP ini?

BACA : Tak Ghairah Tukar Kereta Mewah, Khairul Aming Kongsi Kisah Perodua Bezza-nya

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN