Khairul Aming merupakan antara pempengaruh terkenal tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan puluhan juta pengikut di pelbagai platform media sosial, setiap perkembangan hidupnya sentiasa menjadi perhatian ramai.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi berita menggembirakan apabila beliau bakal mendiami rumah pertamanya dalam masa terdekat. Perkongsian itu dibuat selepas beliau melalui tempoh panjang menyewa rumah selama 12 tahun.
“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya.
Menurut Khairul Aming, rumah yang dibelinya bukanlah bersaiz besar, namun sudah memadai untuk dirinya yang masih bujang. Kediaman jenis kondominium itu berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi dan dianggap sesuai untuk kehidupan solo.
“Tapi rumah kondo kecil sahaja. Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy. Parking pun ada dua tapak,” ujarnya sambil berseloroh.
Perkongsian bersahaja itu mengundang reaksi positif daripada peminat yang rata-ratanya tumpang gembira melihat kejayaan Khairul Aming memiliki rumah sendiri hasil usaha bertahun-tahun.
Peminat Ucap Tahniah Dan Bangga
Ruangan komen siaran langsung tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menganggap kejayaan itu sebagai satu inspirasi.
Ads
Ramai yang memuji kesederhanaan Khairul Aming serta disiplin beliau dalam mengurus kewangan walaupun sudah lama bergelar individu berjaya.
Bagi peminat, pencapaian Khairul Aming beli rumah pertama selepas 12 tahun menyewa membuktikan kejayaan tidak perlu ditunjukkan dengan kemewahan berlebihan.
Khairul Aming Kembangkan Langkah Ke Dunia Perniagaan
Sebelum ini, Khairul Aming turut mencuri perhatian apabila mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan Rembayung.
Ads
Menurutnya, perancangan pembinaan restoran tersebut disimpan sebagai rahsia selama hampir setahun.
Beliau berkata, selepas hampir 10 tahun aktif dalam dunia online, sudah tiba masanya untuk melangkah ke dunia perniagaan offline sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjangnya.
Restoran Rembayung dibina dari tapak kosong di kawasan Kampung Baru dengan keluasan sekitar 8,000 kaki persegi. Lokasinya yang strategik, hanya sembilan minit dari KLCC, mencerminkan kesungguhan Khairul Aming untuk menjadikan restoran tersebut sebagai destinasi utama.
Mengangkat konsep suasana kampung di tengah kota raya, restoran itu bukan sahaja menyasarkan pelanggan tempatan, malah pelancong luar negara.
Ads
Dalam masa yang sama, pembukaan restoran tersebut turut membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 50 orang anak tempatan.
Daripada menyewa selama 12 tahun sehingga memiliki rumah sendiri, serta berkembang daripada pencipta kandungan kepada usahawan, perjalanan Khairul Aming hari ini menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai membuktikan bahawa usaha konsisten, kesabaran dan perancangan rapi mampu membawa hasil yang membanggakan.
Sumber : Siakap Keli 8 New Nugget
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak saudara kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar (13) berjaya melayakkan diri ke eringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Umairah sendiri menerusi Instagram miliknya semalam.
Sementara itu, ibu kepada Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B” – Siti Sairah
“Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir pada Jumaat ini. Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain” – Siti Sairah
Sebagai ibu, sudah pasti Siti Sairah mengharapkan kemenangan untuk anak sulungnya itu.
“Sudah tentu saya mahu melihat Umairah berjaya harumkan nama negara dan bawa pulang pingat, sekali gus membuktikan memiliki bakat tersendiri. Alhamdulillah, Umairah boleh harungi tekanan sejak tiba di LA pada 28 Jun lalu. Walaupun nampak gemuruh, tetapi Umairah ada misi untuk berjaya”
Tambahnya lagi, “Perasaan gemuruh perkara biasa untuk seorang penyanyi, apatah lagi, dalam pertandingan. Jadi, saya mohon doakan Umairah berjaya.”
Selain Umairah, antara yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah pasangan kembar, Aleysha dan Ryan bagi kategori Duet, Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan), Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo) dan Vanessa William (Tarian Solo).
Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Keputusan peringkat akhir akan diumumkan pada Ahad ini.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kumpulan K-pop, GOT7 khabarnya bakal membuat comeback pada November ini setelah mereka memuat naik poster comeback secara rasmi di Twitter.
Poster terseut mendedahkan bahawa GOT7 akan kembali dengan album baru yang berjudul “Breath of Love: Last Piece”. Kumpulan ini juga khabarnya bakal melancarkan pre-release single terbaru mereka, Breath pada 23 November waktu Korea dan dijangka album penuh akan menemui peminat pada 30 November pukul 6 petang waktu Korea.
Teaser album ini juga telah pun dilancarkan dan ia merupakan album penuh buat pertama kalinya sejak dua tahun selepas album “Present: YOU” pada 2018.
JYP Entertainment juga turut mengulas lanjut tentang album ini dan menjelaskan bahawa GOT7 sekali lagi akan memikat hati pendengar di seluruh dunia dengan comeback yang membariskan 7 anggota kumpulan ini.
GOT7
Berita ini juga turut mendapat perhatian netizen yang sememangnya menantikan comeback dari GOT7.
Sama-sama kita nantikan album penuh keempat GOT7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kita lihat apakah kelainan yang akan dibawa kali ini.
Personaliti media sosial dan model, Dahlia Rizal menzahirkan kesyukuran apabila suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil berjaya memiliki sebuah kereta elektrik jenama Build Your Dreams (BYD).
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Dahlia dilihat memuat naik video menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suaminya yang berona putih.
“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan buat bekas peserta Hero Remaja itu sehingga berjaya membeli sebuah kereta baharu yang setelah lamanya diidamkan.
“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,” coretnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menumpang gembira atas kejayaan tersebut selain menitipkan doa buat pasangan berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Dahlia berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.