
Hubungan jarak jauh atau kadangkala digelar sebagai perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan satu lumrah bagi sesetengah pasangan remaja bercinta. Ini biasanya berlaku apabila masing-masing belajar di lokasi berbeza sama ada di dalam atauluar negara. Atau ia juga boleh berlaku jika salah seorang terpaksa mengikut tugasan kerja.
![]()
Akan tetapi hubungan jarak jauh mempunyai ‘kemanisan’ yang tersendiri yang mungkin hanya boleh difahami oleh sesiapa yang pernah melaluinya. Namun, ada juga terkadang rasa curiga kan?
Jadi apa cara yng korang boleh lakukan jika berdepan dengan situasi seperti ini? Sebenarnya ada satu cara yang boleh kaum isteri guna pakai untuk mengesan lokasi suami dengan mudah.
Nak tahu bagaimana caranya, ikut perkongsian penguna TikTok yang dikenali sebagai Aiman Ikhwan menerusi akaun TikToknya @aimanikhwann_.
@aimanikhwann_Selamat mencuba ##foryoupage ##fyp ##StayAtHome♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Aiman memberi tips bagaimana hendak mengesan lokasi pasangan atau ahli keluarga dengan hanya menggunakan aplikasi Zenly.
Ketahui Lokasi Tersayang Semudah A B C
Aplikasi Zenly ini boleh dimuat turun di Google App Store dan juga Apple Store, Zenly dapat membantu para isteri mengesan suami dan ahli keluarga yang lain dengan mudah dan lancar.

Cara Menggunakan Zenly
Sebenarnya cara nak menggunakan Zenly ini sangat mudah, ikuti langkah-langkahnya di bawah.
- Muat turun aplikasi ke dalam telefon bimbit kamu dan pasangan.
- Daftar aplikasi bagi kedua-dua telefon pintar (telefon kamu dan suami)
- Kamu dah boleh semak dan lihat lokasi pasangan.

Bukan itu saja, korang juga dapat mellihat berapa jumlah bateri telefon pintar pasangan.
Penulis rasa cara ini sesuai buat korang yang selalu mencurigai pasangan masing-masing. Tapi ini hanyalah alternatif sahaja dan sama ada kamu ingin menggunakannya bergantung pada pilihan masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejarah 5 Permainan Popular Di Dunia, Ini Sebab Namanya Diberi

Penulis percaya korang mesti pernah mengidamkan permainan ini baik semasa kecil atau masih ada yang berhajat sehingga remaja dan dewasa. Mesti banyak kenangan korang bersama permainan-permainan ini.
Walaupun biasa menyebut jenama permainan ini, tapi adakah korang tahu asal usul nama yang diberikan kepada mainan tersebut?
ARTIKEL BERKAITAN : 3 Sebab Budak 90-An Takut Dengan Permainan Spirit Of The Coin
1. Barbie

Kini merupakan salah satu produk paling digemari kanak-kanak perempuan di seluruh dunia, istilah Barbie yang digunakan bagi menamakan siri anak patung itu sebenarnya merujuk kepada anak perempuan pengasas syarikat Mattel yang bernama Barbara.
Memetik laporan ThoughtCo,penampilan Barbie adalah berdasarkan anak patung bernama Bild Lilli yang dijual di Jerman. Pengasas syarikat Mattel iaitu Ruth bersama suaminya Elliot membeli hak kepada watak Bild Lilli itu dari pengeluarnya di Jerman untuk pemasaran di Amerika Syarikat dan menamakan semula patung itu menggunakan nama anak perempuan mereka.
2. Jenga

Dilancarkan pada tahun 1983, permainan Jenga menjadi kegemaran di seluruh dunia dengan pantas. Korang boleh menemui orang bermain di karnival, pameran dan dimana-mana saja.
Jenga adalah satu permainan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia dan memerlukan pemain-pemainnya untuk menarik satu blok daripada 54 bongkah kayu yang disusun mirip sebuah menara dengan selamat.
Bongkah kayu itu kemudiannya perlu diletakkan semula di atas menara tersebut untuk meninggikan lagi ketinggiannya sehingga seorang pemain gagal melakukannya sekali gus meruntuhkan menara yang telah dibina bersama-sama..
Jenga adalah kata pinjaman daripada istilah kujenga yang membawa maksud membina sesuatu dalam bahasa Swahilli. Seorang wanita Inggeris bernama Leslie Scott telah mencipta permainan ini.
3. Tamagotchi

Sudah lebih 26 tahun sejak Tamagotchi pertama pecah dari telurnya. Jika korang lahir sekitar tahun 90-an, korang mesti ada memilikinya sendiri atau menghabiskan setiap rehat melihat ke Tamagotchi.
Sebelum kewujudan telefon pintar yang membolehkan anda bermain permainan simulasi bela haiwan, pengalaman membesarkan anak digital mereka menerusi alat elektronik Tamagotchi.
Tamagotchi adalah permainan yang sangat digemari ramai pada zaman dahulu sehingga ia menjadi peranti yang dibawa secara sembunyi ke sekolah dan juga sering dirampas guru apabila para pelajar gagal menumpukan perhatian di dalam kelas.
Smithsonian Magazine melaporkan Akihoro Yokoi memperoleh inspirasi untuk mencipta Tamagotchi selepas menonton satu iklan di televisyen yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki tidak dibenarkan untuk membawa penyu peliharaannya melancong bersama-sama.
Akihiro kemudiannya menghubungi Aki Maita yang bekerja sebagai pegawai pemasaran bersama syarikat gergasi permainan Jepun iaitu Bandai pada waktu itu.
Untuk pengetahuan, Tamagotchi ialah gabungan dua istilah Jepun tamago (telur) dan uotchi (jam) ataupun jam berbentuk telur. Ia juga kadangkala disebut mengikut ejaan Jepunnya yang asal iaitu Tamagotch.
4. Hot Wheels

Nama Hot Wheels memang cukup sinonim dengan model kereta miniatur yang diperbuat daripada acuan besi. Dengan harganya yang murah serta mudah diperolehi, Hot Whells menjadi antara permainan mampu milik setiap kali pergi ke kedai maianan.
Istilah Hot Wheels itu sendiri cukup ikonik, senang diingati dan jelas mencerminkan identiti produk mereka. Tapi tahukah anda, nama itu bukanlah datang dari perbincangan usaha keras memerah otak?
Selepas pengasas syarikat Mattel, Elliot Handler mengemukakan idea kepada pasukan rekaannya untuk membangunkan prototaip permainan kereta terbaik mampu dihasilkan mereka bagi menyaingi siri Matchbox dari Britain.
Berbeza dengan Matchbox, model keluaran mereka mampu pergi laju disebabkan oleh penggunaan bahan plastik jenis delrin yang bertindak sebagai pelancar di antara paksi tayar dan roda. Apabila Handler melihat kelajuan yang mampu dicapai kereta tersebut di atas trek, dia menjerit secara spontan ‘ Those are some hot wheels!’
Dari situlah nama Hot Wheel bermula.
5. Transformers

Transformers, francais gergasi yang memaparkan robot yang mampu bertukar menjadi kenderaan, dinasour mahupun haiwan buas pada awalnya dinamakan sebagai Diaclone di Jepun, diperkenalkan pada tahun 1980 dengan pertukaran mod lebih sains fiksyen.
Bagaimanapun pada tahun 1982, Takara yang mengeluarkan siri permaianan itu memperkenalkan robot Diaclone yang bertukar menjadi kenderaan harian yang mampu kita lihat setiap hari dibawah sub-label ‘ Car Robot’. Model pertama dibawah siri baru ini adalah model ‘ Sunstreaker’, sebuah robot kereta yang kekal dikeluarkan sehingga hari ini.
Takara cuba membawa masuk Diaclone ke pasaran Amarika Syarikat dengan nama ‘Diakron’ namun jualannya kurang menjadi. Sehinggalah syarikat Hasbro membeli hak perlesenan kepada kesemua 28 Diaclone yang ada.
Hasbro akhirnya berkerjasama dengan studio komik Marvel membangunkan latar belakang dan jalan cerita model yang ada. Setiap satu model diberikan nama dan identiti. Nama ‘ Diaclone’ dan ‘Diakron’ yang digunakan juga dilihat kurang menarik.
Berikutan kemampuan setiap model itu bertukar daripada robot ke mod kenderaan, sama ada kereta jet atau van. Siri permainan itu dinamakan semula Hasbro sebagai ‘Transformers’ dan dilancarkan pada tahun 1984.
BACA LAGI : 5 Fakta Tentang Momo Challenge Yang Perlu Korang Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Idea DIY Guna Jaring “Wirenet”. Selain Dekorasi,Boleh Jadi Organizer Ruang Sempit

Hidup bujang ni semua benda kalau boleh nak yang mudah, murah tapi cantik. Termasuklah dekor rumah sekali. Kalau dapat yang DIY tapi menarik, confirm rasa nak try buat.
Mesti korang selalu jumpa jaring ni kan, tapi tak tahu nak gunakan di mana?

Jadi kami nak berikan beberapa idea yang korang boleh buat daripada jaring ini dipanggil WIRENET yang selalu korang nampak dikedai Eco mahupun kedai DIY perkongsian dari Noor Hafiza Mohamad.
Nak buat pun bukan susah sangat. Jom kita tengok idea-idea jaraing ni sat. Confirm korang boleh ikut.
- Organizer Dapur Dan Rempah

2. Organizer Alat Tulis

3. Tempat Perhiasan Kaktus

4. Simpan Periuk 
5. Alatan Dapur

6. Gantung Sudip dan Fry Pan

7. Gantung Sabun dan Alatan Dalam Tandas 
9. Gantung Jar

Mudah je kan? Walaupun hanya menggunakan jaring murah, tapi nampak style juga idea-idea ni.
Paling penting nampak kemas,murah dan jimat kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Wanita Je Lelaki Berpakaian Ketat Juga Boleh Jatuh Haram, Ini Penjelasan Mufti

Mungkin ramai tak sangka, lelaki yang berpakaian ketat boleh jatuh haram kerana mendedahkan diri kepada fitnah yang berbahaya.
Walau ada segelintir mengenakan jersi ketat dan pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita, dapat dilihat lelaki turut mengenakan pakaian ketat yang memang biasa dipakai oleh pelumba basikal.

Dipetik dari laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haram hukumnya jika berpakaian menampakkan sebahagian aurat atau bentuk badan dan kemudian menjadi tatapan bukan mahram.
Oleh itu, baik wanita mahupun lelaki dinasihatkan perlu menjaga etika pemakaian dengan memakai pakaian yang tebal atau memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan mereka
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” Surah An-Nur, ayat 24-30″
Dapat dilihat jersi dipakai lelaki ada kalanya tidak menutup lutut saat berkayuh. Sebelum ini, perkongsian dari Ustaz Syed Syahridzan Ben Agil mengenai pakaian sukan ketat.
Jika kita pertikaikan aurat wanita ketika berbasikal, fahami juga apa hukumnya untuk lelaki mengenakan pakaian ketat yang menjadi pemandangan biasa kita lihat setiap hari atau hujung minggu.
Pakaian Sukan Ketat
Wanita yang minat sukan berbasikal dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain sambil memakai pakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) hukumnya jelas lagi nyata tanpa perlu kepada fatwa mufti.
Ini kerana ia termasuk dalam urusan agama yang ‘tidak boleh tidak’ mesti dan pasti diketahui hukumnya (المعلوم من الدين بالضرورة), tidak kira orang awam atau tidak, semuanya tahu hukumnya haram yang nyata.
Saya pernah ditanya tentang kenyataan para ulama Syafi’iyyah yang menyatakan wanita yang memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya makruh. Adakah hukum makruh ini boleh dibawa di luar solat? Jawapan sudah tentu TIDAK. Ini kerana jelas dalam kitab-kitab fiqh menjelaskan hukum itu dalam bab solat sahaja bukan situasi luar solat iaitu di hadapan lelaki ajnabi/bukan mahram.
Buktinya apabila fuqaha membicarakan tentang aurat lelaki mahupun perempuan, mereka memfatwakan berdasarkan situasi berbeza. Contoh ulama syafi’iyyah menyatakan wajah wanita ketika solat tidak wajib ditutup, manakala di hadapan lelaki ajnabi mereka wajib menutup wajah mereka menurut pendapat muktamad (ada pendapat kedua dalam mazhab Syafi’ie wanita harus mendedahkan muka jika aman dari fitnah).
Sama juga perkara yang melibatkan aurat lelaki yang mana para fuqaha menyatakan bahawa aurat lelaki ketika solat paling minimum antara pusat dan lutut. Namun apabila seorang lelaki berhadapan dengan wanita ajnabi maka lelaki itu wajib menutup tubuh badan mereka. Dalam erti kata yang lain haram si lelaki berlengging (tidak berbaju) di hadapan wanita ajnabi. Jelas bukan? Fatwa berbeza berdasarkan situasi yang tak sama.
Dalam kitab al-Majmu’ (rujukan utama kitab fiqh Syafi’ie), imam nawawi menjelaskan maksudnya perkataan نساء كاسيات عاريات (Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang) dalam hadis sahih adalah wanita yang menzahirkan kecantikan tubuh badan mereka meskipun berpakaian, wanita sebegini termasuk dalam dua golongan ahli nereka. Maka jelas di sini menurut ulama wanita berpakaian ketat di hadapan lelaki ajnabi haram hukumnya. Yang makruh hanyalah ketika solat berseorangan atau bersama mahramnya.

Hukum lelaki memakai pakaian ketat termasuk pakaian sukan. Dalam kitab fiqh menyatakan lelaki memakai pakaian ketat ketika solat hukumnya “Khilaf Awla” iaitu lebih afdal ditinggalkan. Namun jelas apa yang dinyatakan ini berkait rapat ketika solat dan berbeza di luar solat terutama di hadapan wanita ajnabi. Sepakat para ulama dari mana-mana mazhab pun bahawa apa jenis pakaian dan ketrampilan lelaki yang boleh menimbulkan syahwat dari pihak wanita hukumnya haram.
Oleh itu tidak mustahil lelaki yang berbadan cantik, slim dan sado mampu menaikkan syahwat wanita yang melihatnya. Jika tidak, mengapa Allah perintahkan wanita agar menjaga mata mereka seperti yang dinyatakan dalam surah al-Nur, ayat 31? Lelaki boROY yang berpakaian ketat pun ada wanita yang bersyahwat .
Konklusinya lelaki yang berpakaian ketat boleh jatuh haram kerana mendedahkan diri kepada fitnah yang berbahaya, oleh itu sewajarnya dielakkan. Bayangkan isteri orang boleh puji ‘kesadoan’ badan lelaki ajnabi. Suami orang jangan cakaplah, lebih ramai yang puji dan terpikat dengan kecantikan tubuh badan wanita lain. Ini hakikat yang perlu diterima kerana kita kita hidup dalam persekitaran yang tidak sihat. Orang yang dipuji akan berasa bangga tetapi sedarkah pujian itu hasil dari perbuatan dosa?
Akhir sekali segala keputusan dalam menentukan gaya hidup berada di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan sama hidup kita ini tunduk pada syariat Allah atau tidak. Tidak salah bersukan tetapi biarlah ia berlandaskan patuh syariah. Sebagai suami anda bertanggungjawab mendidik isteri anda sendiri ke jalan yang diredhai Allah ta’ala. Jangan pula suami berperanan sebagai ajen penyebarkan perbuatan yang salah di sisi agama.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Fb Ustaz Syed Syahridzan Ben Agil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

