Mungkinkah kita mulai menang? Atau tahap kesedaran mulai tinggi di kalangan penduduk dunia untuk bersama-sama menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menggunakan pencuci tangan dalam setiap masa.
Menurut laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 25.4 juta kes.
Ads
Nampak seperti masih banyak tapi tahukah korang, jumlah kes harian dunia sudah menunjukkan penurunan iaitu lebih kurang 221,000 kes berbanding sebelumnya 250,000 kes.
Banyakkan. Adakah kita semakin menang?
Bagaimana pun KKM melaporkan, jumlah kes harian bagi negara India kekal iaitu sekitar 78,000 kes. Manakala negara Amerika Syarikat yang sebelum ini merebak dengan begitu pantas dengan jutaan rakyatnya dijangkiti menunjukkan penurunan. Sama dengan Brazil yang mana masing-masing menunjukkan penurunan iaitu 34,000 kes dan 15,000 kes.
Ads
Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.35% atau sekitar 851,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 68.93% atau sekitar 17.5 juta kes.
Ads
Dalam pada itu, bagi negara yang kita cintai, Malaysia untuk 31 Ogos 2020, seramai enam orang pesakit sembuh. Ada enam kes baru terdiri dari empat kes import dan dua kes tempatan yang dikesan dari Kluster Telaga dan Kluster Tawar selain satu lagi kes baru dikesan iaitu Kluster Bunga.
Satu lagi kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian bagi negara kita ialah 127 orang dari 9340 yang dijangkiti sejak kes ini merebak.
Semoga COVID-19 segera berakhir dan kita memperoleh semula nikmat kebebasan yang sebelum ini dinikmati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seawal usia 16 tahun, Emir Haady Imran Zulkharnain telah pun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dengan memperoleh 6A+, 1A dan 1B.
Keputusan yang membanggakan ini telah melayakkan Emir Haady bakal menjadi pelajar termuda ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).
Di usia 14 tahun, remaja ini menduduki peperiksaan IGCSE setelah hanya 10 bulan menjalani latihan dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam program A-Level pada Januari 2017. Sekali lagi mendapat keputusan cemerlang A+, 2A dan 1B, Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September depan.
Rata-rata masyarakat Malaysia menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan yang diperoleh oleh anak muda ini. Iye la, masa kita umur 16 tahun dulu tengah fikir nak masuk kelas Sains ke Sastera, tapi Emir dah pun berpeluang melanjutkan pelajarannya ke RCSI. Hehe!
Tahniah Emir Haady!
Ramai juga yang mengucapkan syabas kepada kedua orang tuanya kerana berjaya mendidik anak sehingga menjadi pelajar cemerlang.
Sekali lagi kami ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Emir Haady Zulkharnain. Diharap kisah kejayaan adik ini dapat memberi inspirasi buat masyarakat Malaysia untuk terus berjaya tanpa mengira peringkat umur.
Jaga diri di tempat orang, kami rakyat Malaysia doakan yang terbaik untuk anda. InsyaAllah!
Siapa yang tidak bengang apabila kereta yang dipandu diparkir di tempat yang betul, tetapi tiba-tiba terdapat kesan geseran pada kenderaan milik kita. Pasti ramai yang pernah merasai situasi seperti ini kan?
Hal ini juga berlaku kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim apabila beliau berkongsi foto dan video kereta miliknya telah digeser ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.
Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman instagram dengan kapsyen yang ditulis ‘Perangai’, bukti telah direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta BMW dengan nombor pendaftaran Singapura adalah pesalahnya.
Kejadian berlaku pada 2.17 petang semalam ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong bertentangan dengan kereta milik Tunku Idris.
Pesalah tidak langsung melihat kereta yang dilanggarnya itu sama ada berlaku kerosakan atau tidak, malah dia hanya berlalu pergi begitu sahaja. Difahamkan, kereta yang dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, iaitu kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik tanpa mempunyai enjin.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan.
Diharap agar si pelaku menerima hukuman di atas kesalahan yang dibuat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana sememangnya ia kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Lebih menyakitkan apabila si pelaku tidak bertanggungjawab dan melarikan diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah seorang pelajar darjah dua, Zahirudin yang dilaporkan hilang sejak 15 April lalu memberikan kesan yang yang bukan sedikit di hati ibu ini.
Saban masa, dia hanya mampu menangis dan terus menangis. Doa tidak pernah lekang dari mulutnya meminta agar Allah memelihara keselamatan anak bongsunya dari lima beradik agar selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah taala.
“Saya hanya mampu menangis dan terus menangis. Setiap kali namanya disebut, air mata ini terus mengalir. Saya begitu risaukan keselamatannya. Makankah Zahir? Tidurnya di mana? Selamatkah dirinya? Macam-macam yang saya fikirkan tentang anak saya,”kata Sainih binti Sunding, 46 tahun ketika REMAJA menghubunginya bagi mengetahui berita terkini.
Zahir dilaporkan hilang empat hari lalu dan sehingga kini tiada khabar berita mengenainya
Berita kehilangan pelajar Muhammad Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi yang dilaporkan hilang pada 15 April lalu di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi cukup menyesakkan nafasnya.
Setiap kali terpandang gula-gula dan bunyi loceng aiskrim, hatinya luluh. Itulah makanan kesukaan anaknya.
Hari-hari Sainih menangis mengenang nasib anaknya (tudung hijau lumut). Gambar dari FB
Berkongsi keadaan terkininya, kata Sainih, selain terus tertanya-tanya bagaimana nasib anaknya, jelas ibu berusia 46 tahun ini juga dia hanya mengharapkan usaha pihak polis dan orang ramai untuk terus membantu mencari anak kecilnya itu.
“Jujurnya saya tak tidur malam. Tak tahu nak cari di mana. Hari tu ada orang kata nampak anak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Tapi saya hairan kenapa orang tak ambil dia dan bawa kepada kami.
“Membaca komen-komen netizen membuatkan hati saya semakin takut. Takut andai jadi apa-apa padanya,” katanya ketika dihubungi. Kata Sainih, dia dan suami terus menunggu perkembangan dari pihak polis dan buat masa ini dia tidak tahu perkembangan terkini.
Usaha dilakukan sejak beberapa hari lalu bagi mengesan ZahirAnjing pengesan turut digunakan bagi mengesan kedudukan Zahir namun hingga kini belum ditemui
Saya mimpi dia tertinggal
Mungkin ramai yang bercakap mimpi hanya mainan tidur. Namun jelas Sainih enam bulan sebelum kehilangan Zahir, dia ada bermimpi.
“Dalam mimpi itu, saya pergi ke pekan bersama Zahir menaiki bas. Kami siap membeli belah. Selepas itu kami naik bas semula tapi dalam mimpi itu Zahir tidak naik. Hinggalah bas bergerak dan saya kemudian meminta pemandu bas berpatah balik untuk mengambil Zahir. Bila tiba di situ, Zahir tiada dan saya terus mencari-carinya,” katanya lagi.
Malah pada hari kejadian anaknya itu hilang, kata Sainih, dia yang sedang bekerja sebagai cleaner sempat menelefon anak perempuannya agar ditengok-tengokkan adik.
“Ketika itu hujan dan seolah mahu ribut. Hati saya rasa tak tenang. Saya hubungi anak dan suruh tengok Zahir. Dia kata iya. Setengah jam kemudian saya mesej lagi tanya adik dah balik belum tapi anak tak respon whatsapp tersebut.
“Sampailah ke petang bila balik dari kerja, tahu-tahu anak tak balik-balik. Hal yang merisaukan hati saya ialah bagaimana keadaannya,” katanya yang amat merindui anaknya itu. Amat rapat dan manja dengannnya kata Sainih, dia kini buntu dan mengharapkan doa dan bantuan orang ramai agar anaknya ditemui segera.
Zahiruddin kali terakhir memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan seluar Panjang berwarna biru dan inilah kali pertama kejadian sebegini berlaku. Kehilangan kanak-kanak ini turut dihebahkan melalui Nur Alert
Bagi korang yang ada info tentang adik Zahir, ada terjumpanya di mana-mana, bawalah dia ke balai polis berhampiran. Bantulah keluarga ini demi menghilangkan kegusaran di hati mereka yang terus menantikan sebuah jawapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...