Jika ingin melihatkan kepada tahap kecemerlangan pelajar, sewajarnya kita melihat dahulu kepada prestasi tenaga pengajarnya.

Tentunya, warga Universiti Utara Malaysia (UUM) turut berbangga dengan kejayaan Profesor Pemasaran dan E-Niaga di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Ts Norazah Mohd Suki tersenarai dalam ‘World’s Top 2% Scientists’ seperti yang diumumkan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dr Norazah sekaligus mengekalkan pencapaiannya untuk berada dalam kalangan dua peratus itu sejak tahun lalu setelah beliau dinobatkan untuk kali keempat (wow!) sebagai penerima kategori Pencapaian Tahunan dan dinobatkan untuk kali kedua sebagai penerima kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan olehnya setelah menerima anugerah ini, Dr Norazah berkata beliau berterima kasih kerana anugerah tersebut secara tidak langsung mencerminkan kualiti penerbitan dan penyelidikan.

Kerja Keras Buahkan Hasil, Profesor UUM Diiktiraf Antara 2 Peratus Saintis Terbaik Dunia
Profesor Ts Norazah Mohd Suki

“Alhamdulillah, saya bersyukur di atas pengiktirafan ini dan berharap dapat terus membanggakan UUM di peringkat global.

IKLAN

“Dinobatkan sebagai salah seorang daripada ‘2 peratus Saintis Terbaik Dunia’ mencerminkan kualiti penyelidikan dan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan bidang pemasaran dan e-dagang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Dr Masliza Mahmod Jadi Wanita Malaysia Pertama Terima Jawatan Profesor Madya Di Universiti Oxford – REMAJA

Untuk pengetahuan korang, pengiktirafan ‘2 peratus Saintis Terbaik Dunia’ ini merupakan pengiktirafan antarabangsa yang paling berprestij di mana ia ditentukan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Universiti Stanford sejak tahun 2019.

IKLAN

Dr Norazah yang juga merupakan seorang profesor pemasan dan e-dagang di   berharap kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada semua dan membuka lebih banyak peluang untuk universiti tempatan bekerjasama serta membentuk rangkaian (networking) antarabangsa.

Menurut laporan, setakat ini Dr Norazah diletakkan pada kedudukan keempat di Malaysia dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Beliau juga telah menerbitkan lebih 300 kertas kerja dengan ‘SCOPUS h-index’ sebanyak 28.

BACA LAGI : Dr. Soo Wincci Terima Gelaran Profesor Madya, Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Record – REMAJA

IKLAN

SUMBER : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI