Di saat ramai anak muda sibuk merancang percutian hujung minggu atau mencari hala tuju kerjaya yang lebih ‘trendy’, seorang remaja berusia 19 tahun ini memilih laluan berbeza apabila sanggup bergelumang dengan lumpur dan sisa buangan demi menyara kehidupan serta membantu masyarakat.
Dikenali sebagai Zamri, anak muda ini kini merupakan anggota pasukan Unit Khas Alam Flora yang bertugas dalam bahagian pembersihan longkang. Biarpun kerjanya tidak dipandang tinggi oleh segelintir masyarakat, namun hakikatnya, tugas yang digalasnya sangat besar dan penuh cabaran.
Ikut Jejak Langkah Bapa
Menurut Zamri, minatnya terhadap kerjaya ini timbul sejak kecil apabila melihat sendiri bapanya bekerja dalam bidang yang sama. Melihat ayahnya bersusah payah menyara keluarga melalui kerja-kerja pembersihan membuatkan dia sedar bahawa tidak ada kerja yang hina, selagi ia halal dan dilakukan dengan penuh kejujuran.
“Saya membesar tengok ayah kerja kuat. Jadi bila saya dapat peluang sertai Alam Flora, saya terus terima. Ini juga satu cara saya bantu keluarga dan teruskan semangat ayah,” katanya ketika ditemu bual oleh pihak Alam Flora menerusi akaun rasmi @alamflorasdnbhd.
Ads
Cabaran Bekerja Di Lokasi Sempit
Bagi sesetengah orang, longkang mungkin dianggap kotor dan menjijikkan. Tetapi bagi Zamri, ia adalah tempat di mana dia mencari rezeki dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
“Paling mencabar bila kena masuk dalam longkang-longkang yang kecil dan sempit, gelap pula tu. Tapi semua tu saya dah biasa. Bila buat kerja ni, saya tahu saya buat sesuatu yang penting,” jelasnya jujur.
Kerja yang dilakukannya setiap hari melibatkan aktiviti fizikal yang lasak, memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Namun, Zamri menganggap semua itu sebagai latihan untuk menjadikan dirinya lebih kuat dan cekal dalam menghadapi cabaran hidup.
Walaupun ada rakan-rakan yang terkejut dan mempersoalkan pilihannya, Zamri tetap tenang dan yakin dengan keputusan yang diambil.
“Ramai yang pelik kenapa saya pilih kerja ni. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu saya mampu buat, dan saya rasa bangga sebab kerja ni pun bantu bersihkan kawasan orang awam,” katanya lagi.
Ads
Lebih daripada sekadar mencari pendapatan, Zamri membuktikan bahawa setiap kerja mempunyai nilai tersendiri dan mampu memberi kesan positif kepada masyarakat, jika dilakukan dengan ikhlas.
Zamri adalah contoh anak muda berjiwa besar yang wajar dijadikan inspirasi. Dalam usia yang masih muda, dia sudah menggalas tanggungjawab besar dan menunjukkan bahawa kejayaan tidak semestinya terletak pada nama jawatan, tetapi pada keikhlasan dan usaha yang dilakukan.
“Saya pilih jalan saya sendiri, dan saya bahagia dengan pilihan ni. Tak perlu glamor, cukup saya tahu kerja saya beri manfaat.” — Zamri, 19.
Majalah Remaja melihat kisah seperti ini sebagai satu peringatan bahawa setiap individu mampu menyumbang kepada komuniti — walau dari jalan yang mungkin tidak popular, namun penuh makna.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah Resorts World Genting (RWG) mengumumkan pembukaan taman tema di Genting Skyworlds sekitar pertengahan atau suku ketiga tahun 2021, kini sebuah lagi taman tema penuh menarik telah diumumkan bakal dibuka di..
THAILAND
Bertempat di sebuah pekan persisiran pantai bernama Bangsaray iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Pattaya dan 1 jam setengah dari Bangkok, Sony Pictures Entertainment dan Amazon Falls hari ini mengumumkan perancangan mereka untuk membuka sebuah taman tema dan taman air bernama Columbia Pictures Aquaverse (Aquaverse) di Thailand.
Taman tema berkeluasan 14 ekar itu juga merupakan taman tema pertama yang dihasilkan oleh Columbia Pictures serta Sony Pictures di dunia.
Menurut kenyataan rasmi yang diterima REMAJA, Aquaverse dijangka akan siap sepenuhnya dan dijadualkan dibuka bermula bulan Oktober, tahun ini.
Ia menampilkan pelbagai tarikan bertemakan filem dan animasi Hollywood yang pernah ditayangkan oleh Columbia Pictures sendiri. Itulah yang membuatkan ramai tidak sabar untuk menantikannya.
Antara filem popular yang bakal mempunyai rides sendiri termasuklah Men In Black, Ghostbusters, Jumanji, Hotel Transylvania, Bad Boys, Cloudy with a Chance of Meatballs dan banyak lagi.
Bukan saja ia sesuai untuk mencabar keberanian korang, ada juga permainan lain serta persembahan ‘live’ yang bersesuaian untuk setiap peringkat umur.
Men In Black Thrill Rides umpamanya merupakan ride paling mencabar di Aquaverse. Ia merupakan water coaster setinggi 12 meter yang akan membuatkan setiap pengunjung menjerit ketakutan semasa mengalami free fall ride tersebut.
Manakala Jumanji Jungle Adventure pula merupakan water slide bertemakan hutan liar di mana pengunjung akan menemui Jaguar Mountain dan dikejar oleh Mandrills sebelum ‘terjatuh’ ke kolam Jumanji.
Selain rides yang ada, pengunjung juga pasti tidak ingin melepaskan peluang menetap di hotel yang disediakan, makan di sana dan merakamkan sebanyak mungkin momen menarik bersama keluarga dan rakan.
Menurut pihak Sony Pictures Entertainment yang diwakili oleh Jeffrey Godsick, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Liakat Dhanji dan Amazon Falls.
Kesemua ini dihasilkan daripada visi menjadikan Thailand sebagai satu destinasi berhibur. Ia juga adalah langkah Sony Pictures untuk membesarkan lagi pengaruh hiburan filem dan siri televisyen yang pernah dan yang akan mereka hasilkan.
Tak sabarnya nak melihat gambaran pertama taman tema Aquaverse ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki kemahiran menggunakan Microsoft Office merupakan satu kelebihan yang ada bagi individu, bukan sahaja berguna untuk melakukan tugasan pelajaran, malah ia juga adalah ‘bonus point’ untuk korang mencari pekerjaan nanti.
Dalam resume, at least kemahiran menggunakan Microsoft Office ini perlu ada bagi memudahkan bakal majikan melihat kebolehan asas yang dimiliki pemohon.
Selain daripada Microsoft Word, korang juga perlu mahir dalam menggunakan Excel. Tidak dinafikan ia agak sukar sedikit berbanding Word, jadi berikut kami senaraikan senarai asas Microsoft Excel yang perlu korang tahu.
Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai Miss VPR. Let’s check this out!
1. Kena tahu ribbon dekat atas ni untuk apa
Perkara paling basic untuk format yang korang key in
Pemain boling negara, Natasha Mohamed Roslan menyifatkan kejayaan menamatkan kemarau 53 tahun negara dengan menjadi wanita pertama merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) bagaikan satu mimpi.
Atlet berusia 28 tahun yang menewaskan peserta Jerman Birgit Noreiks 217-166 dan 226-169 pada aksi final wanita di Top Bowl, Kai Tak Sports Park di Hong Kong, meluahkan rasa gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Kredit: Instagram @natasharoslan_
“Secara jujur, segalanya seperti mimpi bagi saya. Untuk mencipta sejarah sebagai wanita pertama Malaysia memenangi Piala Dunia sesuatu yang sangat mengujakan. Saya percaya ada banyak lagi, saya mahu menang lebih banyak untuk negara saya”
“Proses saya mudah, saya tahu sentiasa ada sesuatu yang saya boleh diperbaiki. Pemikiran ini yang membuatkan saya terus berusaha, jadi saya tidak mudah selesa namun semua ini saya rasa seperti mimpi,” kata Natasha.
Kredit: Instagram @natasharoslan_
Kemenangan itu juga merupakan gelaran dunia ketiga buat Natasha selepas mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan menjuarai acara berpasukan wanita bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Datuk Shalin Zulkifli pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Sementara itu, juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail terlepas kejuaraan dalam final individu lelaki apabila tewas 223-222, 166-216, 193-235 kepada peserta China, Du Jian Chao.
Sekadar info, kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan sama ialah pada edisi 2021 di Poland menerusi Syafiq Ridhwan Abdul Malik.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...