Automotif

Kereta Terbang Cipta Sejarah Lakukan Penerbangan Pertama. Pemandu Kena Ada Lesen Juruterbang Jika Ingin Miliki AirCar

Share

Sebuah kereta terbang, AirCar mencipta sejarah selepas melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang, semalam.

Menerusi laporan akhbar The Sun UK, penumpang tersebut ialah pemuzik legenda, Jean-Michel Jarre.

Ia sekali gus menandakan pencapaian terbaharu oleh syarikat berpangkalan di Slovakia, KleinVision yang menghasilkan AirCar itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Harga Bermula RM 1.4 Juta, Kereta Terbang Pertama Dunia Dah Diluluskan! Sedia Terima Tempahan Awal

 

Jarre melakukan dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Piestany di hadapan penonton yang ramai.

“AirCar akan memasuki pasaran dalam masa setahun. Bagaimanapun, pemandu perlu mempunyai lesen memandu dan lesen juruterbang,” kata pengasas bersama KleinVision, Anton Zajac.

Kereta seberat 1,000 kilogram itu mampu bertukar daripada sebuah kereta biasa kepada kereta terbang dalam masa beberapa minit sahaja.

Selain itu, AirCar mempunyai dua tempat duduk dan dilengkapi sepasang sayap boleh lipat. AirCar hanya memerlukan landasan sepanjang 300 meter untuk berlepas dan mendarat.

AirCar boleh terbang pada ketinggian 2,438 meter pada kelajuan 192 kilometer sejam.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Google

IKLAN