
Siapa yang tidak bengang apabila kereta yang dipandu diparkir di tempat yang betul, tetapi tiba-tiba terdapat kesan geseran pada kenderaan milik kita. Pasti ramai yang pernah merasai situasi seperti ini kan?
Hal ini juga berlaku kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim apabila beliau berkongsi foto dan video kereta miliknya telah digeser ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.
Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman instagram dengan kapsyen yang ditulis ‘Perangai’, bukti telah direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta BMW dengan nombor pendaftaran Singapura adalah pesalahnya.

Kejadian berlaku pada 2.17 petang semalam ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong bertentangan dengan kereta milik Tunku Idris.
Pesalah tidak langsung melihat kereta yang dilanggarnya itu sama ada berlaku kerosakan atau tidak, malah dia hanya berlalu pergi begitu sahaja. Difahamkan, kereta yang dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, iaitu kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik tanpa mempunyai enjin.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan.
Diharap agar si pelaku menerima hukuman di atas kesalahan yang dibuat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana sememangnya ia kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Lebih menyakitkan apabila si pelaku tidak bertanggungjawab dan melarikan diri.
Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Modal Hanya RM25, Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah. Mudah!

Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin. Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond dirumah sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau atau penghawa dingin korang dah lama tak service.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Sebab Mengapa Tidur Dalam Kereta Terpasang Penghawa Dingin Boleh Membunuh
Lagi-lagi bila kes harian Covid-19 meningkat dan kita mula berkerja dari rumah semula.

Rupanya mudah sahaja melakukan sesi service aircond ni, berikut merupakan perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja.
Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.
Ada empat step yang mudah. Step easy dan mudah jer:
1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.

2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.

Beli spray cleaner boleh dibeli di shopee je.

3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.

4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.
Amacam mudahkan tip yang dikongsikan ini? Selamat mencuba!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Twitter @acapyakin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fakta Menakutkan! Gempa Bumi 8.0 Skala Ritcher Mampu Bunuh 200,000 Manusia Dalam Tempoh Kurang 5 Minit…

Gempa bumi!
Apa yang kita perlu tahu mengenainya. Dalam bulan Jun ini, boleh dikatakan setiap hari berlaku gempa bumi. Biar bukan melibatkan negara kita, namun jiran terdekat, Indonesia antara paling kerap dilanda gempa bumi.
Semalam, gempa bumi kuat berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada jam 1.24 pagi dengan kekuatan 6.2 skala ritcher. Sehari sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi berlaku di Kepulauan Kermadec , New Zealand pada jam 3:01 petang, 19 Jun dengan magnitud 6.4 skala Richter. 18 Jun pula gempa bumi kuat melanda pantai barat Honshu, Jepun pada jam 9:22 malam dengan 6.3 skala ritcher.
Apa fakta korang perlu tahu mengenai gempa bumi?

Sejarah tentang gempa bumi bukan asing kerana di dalam al-Quran sudah dinyatakan dalam surah Hud ayat 94 dan 95.
“Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.”
Bagaimana sebenarnya skala Ritcher ini mampu memberi kemusnahan besar dan mengorbankan ratusan ribu nyawa dalam masa kurang 5 minit?. Ini adalah 10 gempa bumi berukuran skala besar yang pernah direkodkan dan jumlah kematian yang dicatatkan dalam sejarah dunia. Jom semak!

Hokkaido, Jepun – Jumlah Kematian 137,000 nyawa
Jepun antara negara yang paling mudah dengan gempa kerana terletak di wilayah Lautan Pasific. Ia merupakan titik tektonik bumi serta gunung berapi yang masih aktif yang mampu menghasilkan gempa. 1730, satu Wilayah Hokkaido dilanda gempa pada ukuran lebih 8 skala Ritcher dan mengorbankan 137,000 orang dalam masa beberapa minit gegaran terjadi.
Damghan, Iran – Jumlah Kematian 245,000 nyawa
22 Disember 1856, Damghan, Iran dilanda gempa kuat berukuran 7.9 skala Ritcher. Bukan saja menghancurkan bangunan di kota tetapi juga nyawa. 200,000 dilaporkan meninggal dalam gempa itu dan di Damghan sahaja, 45,000 nyawa diragut sehingga disebut sebagai gempa paling banyak memakan korban dalam kejadian ini.

Port-au-Prince, Haiti, Jumlah Kematian 230,000 nyawa
Republik Haiti antara yang pernah menerima gempa kuat berukuran 7.0 skala Ritcher dalam satu kejadian pada 12 Januari 2010.Diberitakan 230,000 orang mati dan kota Haiti ranap dalam sekelip mara. Bukan saja rumah orang awam musnah tetapi Istana Presiden juga hancur dalam kejadian ini.
Tangshan, China Jumlah Kematian 255,000 nyawa
Wilayah Tangshan di China juga pernah dilanda gempa kuat dengan skala Ritcher. Kejadian ini berlaku pada 28 Julai 1976 dengan bacaaan 7.8 skala magnitude.
Korban nyawa yang terlibat ialah 255,000 orang tetapi difahamkan, lebih 750,000 orang dipercayai mati kerana tidak dapat diselamatkan dalam runtuhan bangunan ini. Jika negara lain hanya mengalami sekali gegaran kuat, tetapi kejadian di Tangshan ini berlaku dua kali. Bacaan kali pertamanya, 7.8 skala magnitude pada jam 3.42 pagi dan keduanya 7.1 selang beberapa minit kemudian.
Shaanxi, China Jumlah Kematian 830,000 nyawa
Gempa di wilayah Shaanxi ini yang berlaku pada 23 Januari 1556 pada bacaan 8.0 skala Ritcher bukan saja memusnahkan kota ini tetapi kota sekitarnya.
Dikhabarkan 60 peratus dari penduduk kotanya maut dalam kejadian ini dan korban keseluruhan dinyatakan adalah seramai 830,000 tetapi angka ini dibantah kerana jumlahnya terlalu besar. Tetapi tiada yang mustahil kerana gempa ini memang terlalu kuat kerana bukit juga runtuh, tanah menjadi lembah dan lain-lain kejadian memilukan.


Arica, Peru – Jumlah Kematian 25,000 nyawa
Gempa ini terjadi pada 13 Ogos 1856 di Arica, Peru. Kekuatan skala magnitudnya mencecah 9.0 sehingga mengorbankan 25,000 nyawa. Kekuatan gempa ini boleh dirasai sehingga ke Hawaii, Jepun, Australia serta New Zealand. Difahamkan juga air laut melambung setinggi 16 meter dan ia antara sebab mengapa sebanyak itu nyawa terkorban.
Kamchatka, Russia – Jumlah Kematian tidak direkodkan
Wilayah Kamchatka, Russia ini telah tiga kali mengalami gempa iaitu pada 1737, 1923 dan 1952. Bacaannya mencecah 8.2 skala Ritcher dan kemudian meningkat kepada 9.0 tetapi jumlah kematian tidak dinyatakan. Negara sekitar gempa ini turut terjejas kerana di Hawaii dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM4.4 juta.


Lautan India, Sumatera – Jumlah Kematian 230,000 nyawa
Gempa ini berukuran 9.1 skala Ritcher dan berlaku pada 26 Disember 2004 di pantai barat utara, Sumatera. 230,000 nyawa telah terkorban di Wilayah Acheh paling teruk terjejas dan turut dirasai di Malaysia.
Paling menggerikan kerana gempa ini terjadi dalam tempoh agak lama iaitu 8 ke 10 minit dan dikatakan paling teruk dirasai. Dikhabarkan juga ekoran kejadian ini planet bumi bergetar sebanyak 1 sentimeter. Banyak negara jiran terjejas seperti Sri Lanka, India, Thailand dan lain lagi.
Alaska – Jumlah Kematian, 139 nyawa
Biar jumlah kematiannya sedikit tetapi gempa bumi ini dikatakan antara terkuat direkodkan ialah pada skala 9.2 skala Ritcher. Kejadian ini berlaku pada 27 Mac 1964 dan gegaran dirasai selama 4 minit 38 saat. Dikatakan satu kawasan, Kodiak, tanahnya telah terangkat setinggi 9 meter dan kekal sehingga kini dalam keadaan tersebut.
Memang tidak banyak nyawa terkorban tetapi jumlah kerugian dicatat terlalu tinggi iaitu RM1.33 bilion untuk negara yang terkena gempa ini.

Valdivia, Chile – Jumlah Kematian 4485 nyawa
Merupakan gempa paling teruk pernah direkodkan iaitu 9.4 hingga 9.6 skala Ritcher. Kemudahan dunia yang membunyikan siren gempa mungkin membantu menyelamatkan banyak nyawa kerana angka kematian dicatatkan hanya 4485 nyawa.
Tetapi jumlah keseluruhan yang musnah terlampau tinggi iaitu Rm19.11 bilion. Dikhabarkan ombak tsunami setinggi 25 meter dan 2 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Mungkin bagi yang belum pernah merasai kejadian gegaran ini tidak boleh menceritakan ketakutan dirasai tetapi hanya mereka yang pernah merasainya akan merasakan ketakutannya. Semoga negara kita dilindungi oleh Allah SWT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa

Pelakon Uqasha Senrose mengakui sehingga kini masih trauma dengan kejadian suaminya, Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Singapura.
Menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada petang tadi, Uqasha merasa sedemikian kerana belum pernah menyaksikan kejadian seseorang dipukul menggunakan sebatang besi berlaku di hadapan matanya sendiri.
Impak daripada insiden yang brlaku di antara jam 9 malam hingga 10 malam tadi itu, Kamal terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditidurkan sebelum dibedah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan – REMAJA
Bagaimanapun, tegas Uqasha, dia enggan insiden yang masih disiasat pihak polis Singapura itu untuk mengeruhkan hubungan baik di antara peminatnya di negara Malaysia dan di Singapura.

“Ia boleh jadi dekat mana-mana pun. Jangan pula hanya disebabkan seorang pelaku, satu negara kena.
“Apa yang jadi dekat Sha dan Kamal adalah satu pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati. Sebab kita tidak tahu siapa suka kita, siapa benci kita.”
“Jadi Sha berharap jangan bergaduh antara Malaysia dan Singapura kerana benda ini. Malang yang tidak berbau, bukannya semua orang Singapura jahat.”
“Tolong, jangan tambah-tambah cerita. Jangan marah. Jangan salahkan orang Singapura, jangan salahkan Malaysia. Sha hendak jelaskan di sini orang Singapura semuanya baik-baik dan tolong kami sewaktu terkena.
“Tapi kerana benda nak jadi..,” ulasnya dalam nada sebak.
Dalam pada itu, Uqasha masih belum diberitahu mengenai butiran lanjut mengenai suspek berkenaan dan motif di sebalik perbuatannya menghayunkan sebatang besi ke arah Kamal berulang kali.
“Sampai sekarang masih belum tahu apa motif dia. Orang itu tak gila, tapi saya tidak tahu motifnya kerana tiada pergaduhan (berlaku).
“Memang niatnya untuk membunuh. Sebab itu bila dia tidak mengena di belakang kepala, itu yang dia halakan ke pipi dan badan. Kalau nak kata dia hitman kenapa dia boleh buka topeng muka dan provoke kami,” tambahnya.
BACA LAGI: Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut – REMAJA
Buat masa ini, Kamal dan Uqasha terpaksa merahsiakan lokasi mereka kerana kejadian yang berlaku semalam sudahpun berbaur ugutan membunuh.
@remaja.my Tak perlu gaduh-gaduh. Kita doakan yang baik-baik untuk Uqasha Senrose & suaminya yang menjadi mangsa pukul rambang di Singapura, Kamal Adli. 💜💜 #MajalahRemaja #RemajaNews #UqashaSenrose #KamalAdli #HeroRemaja #SelebritiMalaysia #ArtisMalaysia #viral #trending #fyp ♬ original sound – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

