Kereta Api Ala Harry Potter ‘Singgah’ Ke Singapura, Memang Onz Untuk OOTD

Share

 

Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.

Perkenalkan, model kereta api terkenal trans-Eropah iaitu The Orient Express yang kini ‘singgah’ sebentar di Singapura untuk pameran berjudul ‘Once Upon A Time on The Orient Express’.

Sekali imbas, macam kereta api Hogwarts Express pula yang digunakan dalam siri Harry Potter.

Sejak dibuka pada 12 Disember tahun lalu di West Lawn of the Gardens by the Bay, Singapura menjadi destinasi pertama untuk menerima kunjungan pameran Orient Express ini di luar negara Perancis.

Menurut beberapa risalah yang diterima oleh REMAJA baru-baru ini, pameran tersbut menampilkan 2 gerabak asli kereta api dari era 1930, satu gerabak jenis locomotive berusia 158 tahun dan juga artifak asli Orient Express yang menerangkan dengan teliti mengenai sejarah kereta api mewah ini.

Jom lihat apa yang dapat disaksikan oleh pengunjung di sana. Haihh ruginya kita!

.

.

Gerabak Pullman

Pengunjung berpeluang menaiki gerabak pullman yang telah dihiaskan dengan dekorasi bertema pada bahagian kerusi dan meja.

Lihat sajalah pada siling yang diperkemas dengan material kulit pulit, langsir baldu dari Genoa, alas meja dan cawan kristal yang dihidangkan kepada penumpang sebenar pada zaman dahulu.

.

.

Gerabak Fourgan

Ini merupakan gerabak khas bagi mengangkut kesemua bagasi penumpang. Mewah betul barangan yang dimiliki oleh penumpang dulu kala.

.

.

Artifak

Lebih 300 item asli Orient Express dipamerkan termasuklah poster filem yang diilhamkan daripada Orient Express, beberapa peti bagasi daripada Louis Vuitton yang dibawa penumpang, peta perjalanan kereta api dan macam-macam lagi.

.

.

Restoran

Walaupun pengunjung tak dapat untuk ‘menaiki’ kereta api tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat mencuba merasai menu khas di restoran pop-up di sana. Ia merupakan replika gerabak Anatolia daripada tahun 1925.

Pengunjung boleh mengalas perut dalam gerabak dining Anatolia dan menunya dihidangkan oleh tukang masak bertaraf 3 Michelin stars tau!

Selain itu, tentunya pengunjung tidak mahu lepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa cenderamata seperti set pelekat (sticker), rantai kunci, beg jenis tote, selendang sutera yang dijual dan macam-macam lagi barangan sebagai kenangan.

*

Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi memandangkan pameran Orient Express ini hanya akan dibuka sehingga 13 Jun 2021. Untuk makluman lanjut, layari laman web mereks DI SINI.

Sumber: (1)

IKLAN