Kerajaan Taliban Larang Pelajar Wanita Ke Universiti Di Afghanistan

Share

Kerajaan Taliban yang memerintah Afghanista melarang pelajar wanira daripada menghadiri universiti dan mendapatkan pendidikan tinggi di Afghanistan, berita itu menjadi tular setelah informasi tersebut yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Taliban, pada Selasa.

Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu dilihat sebagai satu langkah mengembalikan semua sekatan yang dikenakan Taliban ke atas kehidupan wanita Afghanistan sekitar tahun 1990-an.

Kenyataan tersebut telah diciap oleh jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Hafez Ziaullah Hashimi. Memetik sebahagian ciapannya, “Berdasarkan keputusan kabinet…pendidikan untuk wanita ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”

Selain itu, kenyataan yang diedar yang ditandantangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Neda Mohammed Nadim menegaskan kepada pengurusan institusi pendidikan tinggi, “Anda semua dimaklumkan untuk melaksanakan dengan segera perintah menggantung pendidikan wanita sehingga diberitahu kelak.”

Larangan terhadap pendidikan tinggi dibuat kurang daripada tiga bulan selepas beribu-ribu gadis dan wanita menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh negara.

Selepas pengambilalihan negara oleh Taliban, universiti terpaksa melaksanakan peraturan baharu. Ini termasuklah  perintah menyediakan bilik darjah dan pintu masuk yang diasingkan jantina, manakala wanita hanya dibenarkan diajar oleh profesor wanita atau lelaki tua.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto hiasan: pickpik.com

IKLAN