Selepas perbincangan diadakan di antara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kedutaan Palestin di Malaysia, kerajaan bersetuju untuk menganugerahkan biasiswa kepada lima orang rakyat Palestin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan rangkaian.
Menteri Komunikasi Datuk Faahmi Fadzil berkata, biasiswa tersebut bertujuan untuk membantu rakyat Palestin membina semula rangkaian komunikasi di sana yang malangnya telah dimusnahkan oleh rejim zionis Israel terutamanya; khususnya di wilayah Gaza.
“Apa yang telah berlaku di Gaza adalah penghancuran sistematik melibatkan prasarana dan infrastruktur. (Kerajaan) bersetuju menyediakan biasiswa untuk lima rakyat Palestin untuk datang atau (bagi yang) telah berada di Malaysia untuk biasiswa kejuruteraan radio atau rangkaian,” ulasnya.
Ads
Selain penganugerahan biasiswa tersebut, kerajaan juga kini bersiap sedia untuk menyediakan sebuah modul e-pembelajaran mirip Pengajaran dan Pembelajaraan di Rumah (PdPR) untuk anak-anak Palestin di Gaza atau Tebing Barat.
Ads
Dengan pengalaman Malaysia membina modul PdPR sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu, MCMC dilihat mampu bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pihak kedutaan Palestin untuk merangka program pendidikan khas buat mereka sebagai salah satu usaha diplomasi Malaysia.
Fahmi ditemui di Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini yang meraikan 23 orang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat tiba di tanah air pada lewat malam Selasa.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, potret rasmi terbaharu DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang menampilkan imej terbaru Permaisuri Selangor yang mengenakan hijab akan mula diedarkan.
Menerusi Instagram Selangor Royal Official, akaun tersebut mengumumkan orang ramai boleh mendapatkan potret rasmi ini secara percuma bermula 19 Ogos ini.
“Potret rasmi terbaharu DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024”
“Cetakan pertama boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam”
Bagi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkan potret tersebut di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS. Pengedaran potret ini bertujuan untuk memastikan semua pihak mendapat akses kepada potret rasmi yang baru.
Imej hijab yang ditampilkan dalam potret ini bukan sahaja mencerminkan gaya peribadi Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tetapi juga melambangkan kepentingan dan keindahan nilai budaya dalam masyarakat di Malaysia.
Potret rasmi ini diharapkan akan menjadi simbol keagungan dan keberanian dalam memelihara adat dan tradisi, sambil terus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian di negeri Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Isnin, 15 September 2025 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Menurut beliau, cuti tambahan ini diberikan bagi menghargai semangat perpaduan yang telah menyatukan rakyat Malaysia sejak penubuhan negara tercinta ini.
“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga,” jelasnya dalam pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.
Bukan itu sahaja! Datuk Seri Anwar turut mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’ menerusi MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Pemberian RM100 secara ‘one-off’ itu adalah bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 dan boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi Taman Melati: Dua pelajar universiti maut terjatuh dari kondominium sama dalam tempoh hanya 24 jam, sekali gus mengejutkan masyarakat dan komuniti pelajar di Kuala Lumpur. Kejadian yang berlaku semalam membabitkan dua penuntut Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).
Insiden pertama berlaku sekitar jam 6.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui tidak bernyawa di laluan belakang kondominium, dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 22. Penduduk setempat yang menyedari kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa.
Dua kejadian berlaku
Namun, belum reda kesedihan tersebut, malam pada hari yang sama sekitar jam 8.30 malam, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun turut ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari bahagian paling tinggi kondominium berkenaan yang menempatkan sebuah kafeteria. Kedua-dua kejadian berlaku di lokasi sama, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Beliau turut menegaskan bahawa kedua-dua insiden itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Kejadian tragis ini memberi kesan mendalam kepada komuniti pelajar universiti tersebut. Ramai rakan mangsa dilaporkan masih trauma dan terkesan dengan kehilangan mendadak dua penuntut dalam masa singkat. Di media sosial pula, isu ini mendapat perhatian ramai, sekali gus membuka perbincangan lebih luas tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa.
Anak muda hari ini sering berdepan pelbagai tekanan akademik, kewangan, hubungan peribadi mahupun cabaran sosial. Semua ini boleh mempengaruhi kesejahteraan emosi seseorang jika tidak diurus dengan baik. Oleh itu, tragedi di Taman Melati harus menjadi peringatan bahawa sokongan moral dan ruang untuk berkongsi masalah amat penting, terutama bagi golongan remaja dan pelajar universiti.
Sekiranya anda atau rakan mengalami tekanan emosi, jangan berdiam diri. Dapatkan bantuan dengan segera sama ada melalui kaunselor universiti, keluarga, rakan terdekat atau talian sokongan seperti Befrienders di 03-7627 2929 yang beroperasi 24 jam. Ingatlah, berkongsi rasa adalah langkah pertama untuk meringankan beban dan menyelamatkan nyawa.