Bagi pelajar lepasan SPM 2017, hari ini keputusan untuk kemasukan tingkatan 6 sudah boleh diketahui.

Bagi yang berminat untuk menyambung ke tingkatan enam, boleh layari SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Masukkan nama, kad pengenalan dan kemudian korang boleh tahu sama ada dengan keputusan SPM hari itu, layak ke tak layak ke tingkatan enam.

Kalau pelajar bersetuju, boleh cetak borang dan bawa semasa hari pendaftaran sekolah pada 4 Mei 2018 akan datang. Keputusan semakan ini boleh dibuat mulai hari ini sehingga 16 Mei akan datang.

“Keputusan Semakan Form 6 Dah Keluar Hari Ini”, Nak Terima Ke Tak Ya?

“Keputusan Semakan Form 6 Dah Keluar Hari Ini”, Nak Terima Ke Tak Ya?

Malah bagi pelajar yang sedang menunggu keputusan  kemasukkan ke UPU, juga digalakkan untuk masuk dahulu ke tingkatan 6 dahulu sebelum belajar ke mana-mana universiti.

IKLAN

Sebenarnya ramai yang dalam dilemma sama ada untuk menerima tawaran kemasukan ke form 6 atau tidak. Remaja pernah menyiarkan artikel kelebihan form 6 (BACA SINI).

Jangan tunggu lama-lama ya buat keputusan. Nanti takut form 6 terlepas tetapi masa yang sama tak dapat kemasukan ke UPU juga..

Berita baik kepada anda yang ingin melanjutkan pengajian ke tingkatan 6 di Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) KISAS dan SMAP Labu untuk tahun ini, anda sudah boleh mula membuat permohonan.

IKLAN

“Keputusan Semakan Form 6 Dah Keluar Hari Ini”, Nak Terima Ke Tak Ya?

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA BERASRAMA PENUH (KISAS / SMAP LABU)

  • Warganegara malaysia.
  • Lulus perperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm)
  • Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6c.
  • Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6c.
  • Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang- kurangnya 6c.
    • I)   Pendidikan Syariah Islamiah
    • Ii)  Pendidikan Al-quran & As-Sunnah
  • Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  • Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

 

IKLAN

Sekiranya anda berjaya ditawarkan kelak, surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP Labu akan dihantar melalui e-mel. Untuk muat turun borang permohonan, Sila klik disini : Borang Permohonan KISAS & SMAP LABU 2018. Untuk mengetahui pakej matapelajaran yang ditawarkan dan sebagainya, sila rujuk artikel perkongsian kami yang terdahulu dengan KLIK DISINI.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah:

Semoga perkongsian ini membantu! Jadi buatlah keputusan dengan bijak kerana ini masa depan korang semua.

Sumber : After School

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI