Seperti yang kita ketahui, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi calon tahun 2023 hari ini sudah pun dikeluarkan. Ada di antara pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik dan juga sebaliknya.
Dalam pada itu, pelakon Fadhli Masoot juga sempat berkongsi sedikit pesanan yang mungkin boleh dijadikan pegangan buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM.
Menerusi Instagram story, Fadhli menekankan supaya semua calon sentiasa menyeimbangkan ilmu dan adab. Menurutnya, menjaga adab dan akhlak juga sama penting dengan berilmu.
“Kepada semua yang menduduki SPM, Tahniah, dan percayalah. Keputusan itu tak semestinya bisa jadi penentu untuk masa akan datang jika tidak terlalu baik” – Fadhli
“Ilmu dan pendidikan masih boleh di semat setelah tamat zaman persekolahan sekalipun. Cuma, ingatlah. Apa yang harus dibekalkan untuk masa hadapan selain ILMU, adalah ADAB dan AKHLAK. Orang berilmu ni ramai, tapi belum tentu beradab” – Fadhli
Kredit: Instagram @fadhlimasoot
Fadhli juga menasihati agar semua berusaha menjadi manusia yang lebih baik bukan saja dari aspek ilmu pengetahuan, malah peradaban.
“Banyak orang terlepas pandang nak mengejar siapa yang paling berilmu berbanding orang yang beradab sudah tentu tidak perlu dibanding bandingkan. Jika nak bercakap tentang ilmu, iblis lebih tinggi ilmunya. Tak gitu?” – Fadhli
“Biar keputusan secemerlang atau segagal mana sekalipun, sekurangnya kita berusaha sendiri untuk menjadi sosok manusia yang lebih baik dari sebelumnya untuk hari hari mendatang” – Fadhli
Apa pun, nasihat yang dikongsi Fadhli itu ada betulnya. Jadi kepada adik-adik di luar sana, jangan sedih kalau keputusan kurang baik sebab di luar sana akan ada banyak peluang yang mungkin lebih baik untuk diri korang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbeza seperti tahun-tahun yang lalu, Mnet Asian Music Awards (MAMA 2020) tahun ini disiarkan secara virtual untuk peminat seluruh dunia memlalui platform muzik JOOX. Disiarkan secara langsung jam 6 petang waktu
Korea tadi, majlis gilang-gemilang itu dihoskan oleh selebriti Song Joong Ki.
Walaupun ditonton secara virtual tanpa penonton, namun para selebriti tetap hadir dengan gaya yang mempersona.
Sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
Berikut merupakan senarai antara individu Muslim yang berjaya di peringkat dunia.
1. Sadiq Khan, Datuk Bandar London
Merupakan kepada seorang pemandu bas, Sadiq Khan telah dipilih sebagai Datuk Bandar London pada Mei 2016, sekali gus menjadikan beliau individu Muslim pertama dilantik memegang jawatan tersebut.
Mempunyai pengalaman luas sebagai peguam dan aktivitis hak asasi manusia dan pernah memegang dua jawatan Menteri di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.
Beliau memanfaatkan latar belakangnya yang berketurunan Pakistan untuk berkhidmat untuk penduduk London yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sadiq Khan juga pernah menarik perhatian ramai apabila dikecam oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
2. Halima Aden, model berhijab
Muslimah ini mengejutkan ramai pihak apabila menjadi peserta pertama di dalam pertandinga Ratu Cantik Minnesota AS yang memakai hijab dan burkini. Beliau juga merupakan seorang model berhijab pertama yang menandatangani kontrak dengan agensi model terkemuka, IMG Models dan muncul sebagai cover majalah fesyen Vogue dan Allure.
Pada tahun 2019, Halima Aden menjadi model pertama yang berhijab dan memakai burkini yang ditampilkan dalam majalah Sports Illustrated. Model berketurunan Somalia ini tidak menjadikan agama sebagai penghaling dengan kontrak peragaan walaupun dirinya berhijab.
3. Mahershala Ali, pelakon
Bintang filem Moonlight ini menjadi Muslim pertama meraih anugerah Oscar, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam bidang perfileman di AS pada 2017. Setahun selepas itu, beliau meraih Anugerah Golden Globe dan Oscar untuk lakonannya sebagai komposer serta pemain piano jazz Amerika , Don Shirley, menerusi filem Green Book.
Pada tahun 2019, Mahershala tersenarai sebagai 100 Individu Berpengaruh Dunia oleh Majalah Time. Beliau memeluk Islam pada tahun 2000 dan secara terbuka sering membincangkan cabaran serta prejudis dihadapi ketika berurusan di bank dan lapangan terbang hanya kerana menggunakan nama Ali.
4. Ibtihaj Muhammad, atlet lawan pedang AS
Ibtihaj menjadi wanita Islam pertama yang memakai hijab dan mewakili AS di Sukan Olimpik Rio dalam acara lawan pedang pada 2016. Dalam temasya tersebut, beliau menjadi atlet wanita Muslim AS pertama yang meraih pingat gangsa dalam acara sabre berpasukan menerusi sukan berkenaan.
Ketika kecil, wanita ini sangat amat berminat dengan sukan tetapi berdepan kesukaran kerana kebanyakan acara memerlukan seseorang tidak berpakaian mengikut ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, selepas melihat pasukan lawan pedang berlatih, beliau memutuskan untuk menyertai sukan tersebut dan memanfaatkannya untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
5. G Willow Wilson
Selain menjadi seorang penulis komik, wanita ini merupakan seorang wartawan dan penulis yang pernah menghasilkan pelbagai novel grafik. Dilahirkan di AS, Wilson memeluk Islam ketika dalam penerbangan ke Mesir untuk mengajar bahasa Inggeris di negara tersebut.
Beliau bertanggungjawab sebagai editor bersama dan penulis bersama kepada komik adiwira Muslim pertama keluaran Marvel Comics, Kamala Khan.
6. Mehmet Oz, doktor selebriti
Dikenali sebagai Dr Oz, doktor ini mengacarakan rancangan televisyen mengenai kesihatan popular di AS. Beliau yang berketurunan Turki mula menempa populariti sejak ditampilkan sebagai pakar kesihatan dalam program bual bicara The Oprah Winfrey Show.
Pakar dalam bidang kardiotorasik dan profesor di Universiti Columbia ini menjadi penulis bersama enam buku dalam senarai Buku Terlaris New York Times.
Selain itu, Dr Oz juga menjadi penyumbang artikel kesihatan kepada beberapa majalah termasuk Esquire.
7. Khabib Nurmagomedov, atlet sukan MMA
Khabib menjadi individu pertama yang menjuarai Ultimate Fighting Championship (UFC). UFC adalah kejohanan MMA.
Pertarungannya dengan Conor McGregor pada UFC 229 pada 2018 menarik 2.4 juta tontonan berbayar, sekali gus angka tertinggi dalam penganjuran acara MMA.
Khabib membelasah McGregor untuk mengekalkan gelaran lightweight UFC 229 dan tidak berminat dengan pertarungan semula yang pastinya menjanjikan habuan paling lumayan dalam sejarah MMA.
8. Feroza Aziz, personaliti media sosial
Gadis ini mengejutkan dunia pada November 2019 apabila tiga video Tik Tok yang memaparkan tutorial mekap dan mengkritik cara China menangani isu etnik Uighur, dipadamkan oleh pengendali media sosial berkenaan.
Video pertama ditonton lebih 1.4 juta kali dan menerima lebih 500,000 tanda suka. Video sama yang dimuat naik ke Twitter pula ditonton lebih lima juta kali.
9. Mohamed Salah
Pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pemain Bola Speak Profesional England (PFA). Salah seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak pernah berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
10. Yuna
Penghijarahannya ke AS demi kerjaya nyanyian membuahkan hasil. Pada Disember 2016, Yuna melakar sejarah apabila album Chapters berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 di dalam artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyoncé Knowles, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut.
Meskipun ramai di antara kita yang mempunyai akaun media sosial, lebih-lebih lagi bagi golongan selebriti untuk tujuan kerja atau berinteraksi bersama peminat, namun masih ada lagi yang tidak mempunyai apa-apa media sosial atas alasan peribadi.
Tatkala individu lain mengambil peluang mencari duit dan populariti melalui media sosial, ada segelintir selebriti yang tidak mahu membabitkan diri dalam platform tersebut.
Berikut kami senaraikan antara selebriti Korea yang tidak mempunyai akaun peribadi media sosial.
Pelakon kacak ini pernah mengatakan bahawa dia berusaha untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial kerana akan ada memori-memori yang ingin dia lupakan.
Pelakon ini menjelaskan dia tidak menggunakan media sosial kerana bimbang menjadi ketagih dan akhirnya tidak melakukan kerja-kerja yang lain sepanjang hari.
Song Joong Ki mendedahkan bahawa dia tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir dengan teknologi. Dia memang mempunyai Instagram tetapi dikendalikan oleh agensinya.
Park Bo Young mengatakan bahawa dia tidak mempercayai dirinya untuk menggunakan media sosial kerana dirinya seorang emosional dan mudah marah. Baru-baru ini, dia membuka akaun Instagram dan dikendalikan bersama dengan syarikat pengurusannya, BH Entertainment.
Personaliti ini tidak menggunakan media sosial kerana tiga sebab, iaitu tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan, mempunyai sikap peribadi yang tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan tidak melihat media sosial sebagai tempat untuk berkomunikasi.
Pelakon ini berpendapat bahawa media sosial bakal membawa banyak masalah, jadi lebih baik dia tidak menggunakannya walaupun dia mengakui ia adalah platform terbaik untuk berkomunikasi dengan peminat.
Ha Jung Woo mengatakan bahawa dia tidak melihat keperluan untuk menggunakan media sosial, tambah pula usianya yang sudah menginjak 50-an.
Walaupun tidak mempunyai akaun peribadi media sosial, kami pasti populariti yang dikecapi mereka tidak pernah sedikit pun berkurang. Selebriti-selebriti Korea ini masih mampu meraih hati peminat di seluruh dunia dengan hasil kerja mereka.
Apa-apa pun hormati sahaja keputusan mereka untuk tidak menggunakan platform media sosial ini.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.