Sambutan luar biasa daripada puluhan ribu penonton yang hadir pada Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi ternyata memberi impak cukup kuat kepada ahli band tersebut.
Chris Martin, penyanyi utama, menyatakan bahawa mereka tidak pernah menyedari sebegitu ramai peminat mereka di Malaysia yang sudah sekian lama menantikan konsert mereka.
“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.
Seperti yang diramalkan, hujan mulai turun beberapa minit setelah kumpulan itu menyelesaikan lagu pertama. Walaupun begitu, penonton tetap bertahan tanpa berganjak, merelakan diri dibasahi hujan yang turun.
Ads
“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” komennya.
Kesetiaan penonton selama ini terbalas apabila Coldplay, yang turut dianggotai oleh Johny Buckland, Guy Berryman, dan Will Champion, memberikan pengalaman konsert yang sangat memukau.
Disajikan dengan persembahan yang penuh warna dan prop yang menarik. Bahkan, beberapa sesi letupan bunga api di udara turut memeriahkan lagi persembahan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung pengunduran kumpulan De Fam daripada program realiti, The Hardest Singing Show (THSS) atas masalah kesihatan.
Menjadikan isu tersebut lebih panas apabila kumpulan trio wanita tersebut tampil membuat persembahan di acara pembukaan kedai fizikal Apple di The Exchange TRX seminggu selepas pengumuman tersebut dibuat.
“Saya mendapat nasihat doktor agar berhenti membuat persembahan di THSS. Kalau boleh saya mengharapkan agar semua dapat menerima keputusan De Fam ini.
“Saya telah berjumpa dengan ahli De Fam dan kami bertiga sudah berbincang dan sepakat untuk menarik diri. Perkara ini juga sudah dimaklumkan dengan pihak produksi Astro. Malah saya juga mempunyai surat pengesahan doktor yang menasihatkan agar tidak menyertai pertandingan itu.
“Biarlah apa yang berlalu kepada saya hanya diketahui oleh diri saya sendiri, pasukan saya dan pihak Astro sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Viu Original, Nafsu.
Susulan masalah kesihatan tersebut, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti mengambil pendekatan untuk berehat sejenak buat masa ini sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan.
Sebelum ini, De Fam membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripadaTHSS selepas lima minggu bersaingan dalam program realiti nyanyian itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pastinya korang masih ingat dengan filem Thai remaja yang pernah mencetuskan viraliti di media sosial selepas ia menemui penonton di pawagam Malaysia, sekitar tahun 2017.
Bad Genius, sebuah filem bergenre suspen yang pernah memenangi pelbagai anugerah kerana jalan ceritanya yang lain dari yang lain serta lakonan memberansangkan oleh barisan pelakon remaja Thai.
Antara anugerah yang pernah dimenangi mereka termasuklah kategori Suntingan Terbaik dan Aktres Baru Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) 2018.
Kini, Bad Genius bersedia untuk ‘menghantui’ hari Isnin dan Khamis korang apabila sambungan filem tersebut dalam bentuk drama bersiri akan mula ditayangkan mulai HARI INI.
YES, IT IS BACK!
REMAJA ingin mengimbas semula plot Bad Genius yang menjadikan ia sebuah filem popular. Ia menceritakan mengenai Lin, seorang pelajar pintar yang menjalankan bisnes menjual jawapan ketika peperiksaan.
Lin mula mendapat idea itu selepas kawannya, Grace meminta pertolongannya mendapatkan gred yang bagus demi menyertai kelab drama sekolah. Namun, perbuatan itu pantas dihidu oleh teman lelaki Grace iaitu Pat.
Lalu, Pat mencadangkan agar Lin membekalkan jawapan semasa peperiksaan dengan upah sejumlah wang yang besar.
Operasi tersebut bertambah mega apabila Lin mendapat tugas membekalkan jawapan peperiksaan antarabangsa STIC sehingga perlu menjawab peperiksaan tersebut di Australia demi menjawabnya lebih awal dari zon masa Thailand.
REMAJA sememangnya tidak sabar untuk menantikan kesinambungan filem tersebut yang telah diterbitkan dalam bentuk drama bersiri 13 episod.
Siri ini akan mengangkat kisah 4 sahabat utama daripada filem tersebut di samping memperkenalkan beberapa watak baru. Bagaimanapun, para pelakonnya telah ditukar dengan barisan pelakon baharu.
Jom tengok siapakah mereka:
June Plearnchaya (Vokalis BNK48)
Watak : Lin
Jaonaay Wattanasin (Penyanyi)
Watak : Bank
Ice Paris (Bekas Ahli 9X9)
Watak : Pat
Nana Paisarnpayak
Watak : Grace
*
Korang boleh mula menonton Bad Genius The Series pada hari sama tayangan di Thailand bermula hari ini menerusi platform Dimsum Entertainment.
Episod baharu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, sepanjang bulan Ogos ini.
Korang ready ke belum gaiss??
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 bakal berlangsung dengan penuh berprestij pada malam ini.
Tentunya, debaran dapat dirasai bukan hanya oleh calon-calon Top 5 bagi setiap kategori yang dipertanding. Bahkan, para peminat serta kelab peminat yang masing-masing telah berkorban masa untuk mengundi artis kegemaran mereka pastinya tidak sabar untuk meraikan kejayaan pada malam ini.
Menariknya bagi edisi kali ini, calon-calon Top 5 yang baru diumumkan pada hari Rabu lepas dilihat cukup seimbang dari segi senioriti. Ada angkatan yang senior, ada juga pendatang baharu yang berjaya meloloskan diri.
Mungkin sekali ia akibat penangan penerima anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 35 pada tahun lalu, Bell Ngasri yang mencetus gelombang apabila mengenepikan pendatang baharu industri yang mempunyai jutaan pengikut di akaun Instagram bagi menggenggam trofi keramat itu.
Well, the newbies are here to give a tough competition.
Antara yang tercalon pada edisi tahun ini terdiri daripada bekas peserta serta juara pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja. Tahniah korang! Hasil usaha keras dalam graf kerjaya masing-masing serta komitmen mereka menghargai para peminat, pencalonan di ABPBH ini ibarat hadiah buat artis itu sendiri oleh kelab peminat.
AMIR AHNAF
Aktor TV Popular
MEERQEEN
Aktor TV Popular
ANNA JOBLING
Aktres TV Popular
TRACIE SINIDOL
Artis Baharu Wanita Popular
NADHIR NASAR
Aktor Pembantu TV Popular
MIERUL AIMAN
Aktor Pembantu TV Popular
Selain mereka berenam, antara pencalonan yang mencuri tumpuan ramai adalah Khairy Jamaluddin yang tercalon bagi kategori Penyampai Radio Popular, Eman Manan (Aktor Pembantu Filem Popular), Raja Ema (Aktres Pembantu Filem Popular), Sabri Yunos (Artis Komedi Popular), kumpulan Senario (Artis Komedi Popular) dan Raja Azura (Pengacara TV Popular).
Bertemakan Teguh, ABPBH 36 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton pada jam 9 malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!