
Dah namanya pun lelaki, walau ada masalah macam mana sekali pun, mereka tetap nak tunjuk cool. Kalau menggelabah tak macho la kan? Hiks!
So, tak hairanlah kenapa korang selalu nampak kaum lelaki ni happy je macam tak ada problem.
Selain tu, kehidupan lelaki ni pun tak seperti perempuan yang banyak sangat pantang larang, itu tak boleh ini tak boleh. Kalau lelaki, semua onz je. Go with the flow!
Nak tahu kenapa lelaki selalu happy? Ini jawapan win mereka!
1. Boleh pakai t-shirt putih time swimming

2. Tak pakai baju pun boleh

3. Jarang kena tipu dengan pomen

4. Boleh kencing berdiri

5. Tak payah nak call kawan tanya pasal kereta

6. Muka berkedut? Takde hal la bro!

7. Rokok RM5-RM17, harga mekap?

8. Orang tak tengok dada kita bila tengah cakap. Opps!

9. Lelaki cuma ada dua mood

10. Perbualan telefon tak lebih 30 saat

11. Dapat extra pujian

12. Tak sentap

13. Tak ada masalah ‘terselit getah’

Biasanya, mereka memang tak suka berkongsi atau menunjukkan emosi. Tu sebab kadang-kadang perempuan tengok lelaki ni macam tak ada perasan. Tapi sebenarnya, hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu.
Best betul jadi lelaki, simple je kan?
Kredit: TwtLelaki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Beradik Meninggal Selang 5 Hari Dengan Cara Sama. Bapa Dedah Doa Anak Termakbul…

Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila dua kematian dilalui selang berbeza lima hari. Bagai sudah dijanji-janji, cara kematian Adam Iqmal Najmi, 18 dan abangnya, Imaan Al-Imran sama.
Keduanya terlibat dalam kemalangan jalan raya secara sendirian. Menunggang motosikal jenis yang sama, warna yang sama malah cara kematian juga sama, iaitu alami kecederaan di kepala. Lebih syahdu dan menyayat hati, kedua beradik ini dikebumikan saling berdekatan. Bertemu kaki dan kepala!
Pemergian dua anak beza selang lima hari, Adam pada 26 Disember manakala abangnya, Imaan pada 31 Disember bagai merentap kekuatan ibu, Noreza Abdul Manaf, 50 dan suaminya, Alias Ahmad, 55.Keduanya agak terlalu sedih namun sebagai hambanya, keduanya redha!
Paling menyayat hati, bila perlu menurunkan jenazah anak sendiri. Biar tidak kuat tetapi itulah bantuan akhir buat si anak yang pergi buat selama-lamanya.

Bagi Alias Ahmad, 55, dia yang bekerja sebagai pemandu bas di Maybank dan seorang penggali kubur dan pembuat kapok sebagai kerja sambilan, sekian lama menurunkan ratusan jenazah kerana bidang kerjanya namun tatkala menurunkan anak sendiri ke liang lahat, kaki dan hatinya cukup bergoncang.
“Kali pertama ketika Adam meninggal, saya masih boleh menerima takdir Allah. Saya sendiri menurunkan jenazah anak ke liang lahat. Saya pegang kepalanya, arwah Imaan pegang pinggang adiknya manakala seorang lagi anak lelaki saya, Luqman Hakim, memegang bahagian kaki adiknya. Hanya kami bertiga.
“Tapi bila Imaan meninggal, hati saya bergoyah. Saya tak kuat. Allah menguji saya dalam tempoh terdekat. Sayang saya kepada anak namun sebagai hamba Allah yang diberi pinjaman sementara, saya sekeluarga redha biar kami kehilangan ahli keluarga di saat baru saja selesai mengadakan kenduri tahlil buat Adam dan kini bersambung kenduri tahlil Imaan pula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Blok D PPR Kerinchi, Pantai Dalam.

Lebih syahdu dan jarang sekali terjadi, Alias menjadi orang pertama yang menyaksikan anaknya maut kemalangan. Dia yang sedang memandu bas telah melalui susur lebuhraya NPE dari Kuchai ke Pantai Dalam.
“Waktu itu 4.40 petang. Saya bawa pemain hoki ke stadium Jalan Duta kerana mereka ada latihan padang. Kemalangan baru terjadi lebih kurang 10-15 minit. Dari atas bas saya ternampak motosikal Adam. Saya sangka hanya kemalangan biasa. Selepas parking bas, saya mula menghampirinya. Bila saya memaklumkan motosikal itu milik anak, seorang pekerja NPE telah memeluk saya dan meminta bertenang. Katanya anak saya sudah meninggal dunia dan tercampak di laluan sebelah.
“Memang menggigil lutut ketika itu. Saya peluk jenazah anak. Saya ambil kain pelikat dari dalam bas untuk menutup jenazahnya. Saya ambilkan juga payung lalu saya memayungi tubuhnya. Selepas itu, saya hubungi isteri, anak-anak dan paling akhir saya hubungi Imaan,” katanya memaklumkan jarak rumahnya dan lebuhraya NPE itu agak dekat, lebih kurang 5-10 minit perjalanan.
Kongsi Alias lagi, di saat dia masih dalam kesedihan, Imaan tiba di lokasi kejadian.
“Dia terus menendang benda-benda disekelilingnya kerana terlalu sedih dengan kematian adik yang cukup rapat dengannya. Ketika itu saya mendengar dia menjerit dalam nada yang kuat “YA ALLAH, KENAPA KAU TARIK NYAWA ADIK AKU YA ALLAH, TARIKLAH NYAWA AKU YA ALLAH’.
“Saya terus peluk Imaan. Saya katakan kepadanya, kalau dia sebagai abang rasa sedih, saya sebagai ayah lagi sedih. Saya tenangkan Imaan dan meminta dia beristigfar banyak-banyak,”katanya memaklumkan anak keempatnya, Adam Iqmal Najmi, merupakan pelajar Politeknik Port Dickson dan berada di Semester 2. Malah dia memaklumkan, anaknya meninggal akibat patah leher.

Imaan tidak pernah tidur di rumah
Mungkin terkesan kerana keduanya pernah belajar di pusat tahfiz bersama serta hubungan yang agak rapat kerana malam sebelum Adam meninggal itu, keduanya duduk bermain games di dalam bilik, kata Alias, selepas anak keempatnya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2 Kuala Lumpur, Imaan dilihat seperti menjauhkan diri dari keluarga.
“Saya sendiri tidak tidur. Kadang bila mesej dan bertanya mengapa dia tak balik ke rumah pada jam 4 pagi, Imaan membalas dengan cepat memaklumkan dia ada di sekitar kawasan tempat tinggal kami. Duduk rumah kawan dan sebagainya. Jadi saya tahu, dalam tempoh adiknya baru meninggal dunia itu, Imaan tidak tidur dan dia mungkin keletihan.
Jelas Alias lagi, sekuat mana dia cuba menerima takdir ditetapkan tetapi selepas dimaklumkan oleh anggota polis yang Imaan meninggal pada Ahad, 31 Disember itu, dia terduduk sambil meraung.
“Malam sebelum itu, 30 hb (Sabtu) kami sekeluarga baru selepas buat kenduri tiga hari untuk arwah Adam. Alhamdulillah, duit orang sedekah agak banyak. Kami sekeluarga sepakat mahu menyedekahkan kembali itu pada pusat tahfiz yang Adam pernah belajar. Buatkan hajinya, korban dan lain-lagi.
“Selepas selesai berbincang dengan ahli keluarga, Imaan keluar lagi. Saya sendiri tak sangka dia akan ikut grup motor ke Port Dickson. Kawan baiknya, Hambali baru beli motor Y 115, warna biru sama seperti arwah Adam miliki. Baru saja keluar manakala Hambali naik motor lamanya.
“Selama ini anak saya tak pernah konvoi motor dan itulah kali pertama. Dia pergi begitu saja, seolah-olah ingin membawa diri. Andai ada sesuatu terjadi padanya, mungkin sudah tiada rindu lagi.

Kata Alias lagi, pagi Ahad itu, 31 Disember, dia mengambil keputusan pergi memotong rumput di sebuah masjid, kebiasaan dilakukannya.
“Bila saya baru nak memotong, isteri telefon. Dia cakap ada polis datang ke rumah memaklumkan yang Imaan ditemui sudah meninggal dunia di lebuhraya Elite. Saya terduduk lama atas tanah. Meraung. Tak tahu nak cakap apa lagi.
“Doa anak saya dimakbulkan Allah. Ketika melihat jenazah adiknya, dia bertanya kenapa tidak nyawanya diambil. Walau sedih saya tahu, Allah mendengar doanya,” katanya dalam nada sebak.
Duduk dikelilingi ahli keluarga ini, penulis akui bukan mudah dengan penderitaan dilalui. Sangat memedihkan.
Dalam pada itu, kakak sulung arwah, Nur Fatin Amira, 25, berkata, sewaktu di hospital menunggu mayat adiknya dibedah siasat. Dari cerita kawan-kawan yang mengikuti konvoi berkenaan, mereka tidak jadi ke Port Dickson kerana seorang dari ahli kumpulan kemalangan jalan raya dan patah kaki.
“Mereka patah balik ke Senawang. Dari Senawang inilah mereka mulai berpecah. Adik saya hanya berdua dengan kawannya Hambali. Tiba di persimpanan Nilai, ada sekumpulan motosikal berhenti di situ. Mungkin Imaan keliru kerana dia menyangka itu konvoinya lalu masuk ke situ. Hambali pula teruskan perjalanan.
“Bila sampai rumah, dia tak sedap hati dan patah semula tapi tak jumpa adik pun. Sampailah polis datang ke rumah sekitar jam 7 lebih maklumkan yang adik sudah meninggal dan ditemui keseorangan oleh orang ramai di tepi highway itu,” katanya memaklumkan dia lima beradik iaitu Luqman Hakim, 24, Imaan Al-Imran, 21, Adam Iqmal Najmi, 18 dan Nazatul Hazani, 17, remaja istimewa yang sangat rapat dengan arwah Adam kerana Adamlah yang selalu menghantar adiknya berulang-alik ke sekolah.
Semasa pertemuan Remaja itu, ketua di bahgian Human Resources Maybank, Puan Nora turut menziarahi ahli keluarga ini dan menyampaikan salam takziah sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa.

Semoga roh dua beradik ini dimasukkan ke dalam golongan beriman dan dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.
TONTON VIDEO DI BAWAH INI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Filem Nang Nak, Winai Kraibutr Meninggal Dunia Akibat Kanser Kulit

Kehilangan yang besar buat industri perfileman Thailand apabila pelakon filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Masih Ingat Wajah Kacak Pelakon Utama Filem Nang Nak? Ini Keadaan Terkini Dirinya
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.

Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.

Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Untuk info, Filem Nang Nak dilaporkan tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath dan dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
BACA LAGI : Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Aiman Hakim Ridza Pula Jadi Mangsa Berita Palsu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: 8days
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
iKON Nyanyikan Goodbye Road Buat Kali Pertama, Tapi Kenapa Pilih Di Malaysia?

Single terbaru dari grup K-Pop, iKON ini ada makna istimewa di sebaliknya.
It is a weekend for all Malaysian K-Poppers!
Semalam, grup naungan YG Entertainment iaitu iKON telah menjayakan konsert kedua mereka di Kuala Lumpur.

Berjudul iKONtinue in KL 2018, ia merupakan comeback terbaik mereke setelah 2 tahun.
Banyak lagu hit yang dipetik daripada album terbaru mereka, Return (Januari 2018) seperti Love Scenario, Best Friend, SINOSIJAK dan juga lagu terdahulu seperti B-Day, Everything dan Dumb & Dumber.
And we just had a blast bersama B.I, Bobby, DK, Ju-ne, Chanwoo, Jinhwan dan Yunhyeong.

Namun, satu lagu yang menarik perhatian kami semalam ialah ‘Goodbye Road’. Single iKON paling latest ini ada di dalam album New Kids:The Final tetapi tidak pernah dinyanyikan secara live di mana-mana destinasi tour mereka setakat ini.
Maknanya, Kuala Lumpur, Malaysia menjadi pilihan mereka. Lucky-nya iKONic semua!

Secara kebetulan, Goodbye Road hari ini telah memenangi tempat pertama untuk rancangan Inkigayo di SBS. Ia juga adalah single kelima mereka yang pernah memenangi kedudukan tersebut, setakat ini.
Hhm, mungkin mereka telah tahu tentang kemenangan ini lebih awal? Haih, suka betul dengan conspiracy theory macam ni.
Sebenarnya, mereka baru saja melancarkan Goodbye Road secara rasmi kurang 2 minggu yang lalu. Video musiknya pun baru dikeluarkan pada 3 Oktober.
Mengikut jadual jelajah iKONtinue 2018 ni, mereka baru saja ke Seoul (18 Ogos) dan Taipei (22 September). Jadi jelaslah, Kuala Lumpur adalah tarikh paling perfect untuk mereka menyanyikan lagu tersebut secara live di luar negara, buat kali pertama.
Apapun, iKON semalam memang daebak! Terima kasih kepada penganjur, MacpiePro dan YG Entertainment yang banyak membantu para penonton.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

